Langkau ke kandungan utama

Tips Penjagaan Bateri Handphone (Telefon Bimbit)-2




Assalamualaikum...

Apa khabar? Sihat tak?

Kali ini aku kongsikan pasal penjagaan bateri handphone. Hari tu aku dah kongsikan. Tak ingat? Meh klik sini Tips Penjagaan Bateri Handphone (Telefon Bimbit).

Apa lagi, jom semak.

1. Jauhkan daripada sebarang peranti elektrik

Aku pernah buat perkara ni walaupun aku tau tak elok letak dekat-dekat antara dua barangan elektrik, mesti salah satunya akan cepat alah. Orang kata, jam pun macam tu. Tak boleh letak dekat-dekat. Ye ke?

Aku letak handphone dekat dengan laptop. Haha~ Apa lagi, cepat jer bateri handphoneku down.

Wakaka~ Itulah experimen aku. Korang pernah buat tak?

Tapi bila dapat handphone baru ni, aku dah jauhkan sikit jarak antara kedua-dua alat ini. Lagi bagus kalau korang anggap, mereka adalah musuh dan tak boleh berbaik sampai bila-bila. Ekeke~


2. Jangan biarkan ia mati sendiri

Kalau bateri sudah sampai kritikal, korang kena caj. Ingat tau, caj bateri bila sudah nak habis tau. Kalau masih ada setengah, jangan caj lagi. Tapi kalau bateri sudah hampir habis dan bagi amaran bateri low tapi korang tak jumpa lagi sumber nak caj, korang kena matikan (off) handphone tu,k. Contohnya, korang dalam travel, bateri dah low. Off terus la. Nanti bila jumpa tempat boleh caj, baru la on balik.

Kalau korang biarkan ianya mati sendiri, ia akan menyebabkan ruang kapasiti dalam bateri jadi berkurangan. Bahaya ni weh. Ini akan memendekkan jangka hayat bateri telefon bimbit.

Kalau sekali korang buat, kapasiti bateri akan berkurangan sebanyak contohnya 5%. Kalau 100 kali korang buat macam tu, maka darablah sendiri.. Haha~ Kalau korang buat macam tu selalu, maka tak lambat la kena tukar bateri. Bateri yang baru pula, belum tentu akan okay macam bateri yang asal walaupun diakui oleh syarikat pengeluar, ianya ori.

Bateri handphone aku, so far dua handphone yang lalu, tak pernah ada masalah bateri. Handphone pertama tiga tahun dan handphone kedua hampir tiga tahun penggunaannya. Bukan setakat tiga tahun. Tapi dah itu sahaja jodoh mereka bersamaku, selepas itu lesap.



Erm, apa lagi ya? So far, itu la yang aku ingat. Kalau aku ada ilmu baru, aku kongsikan lagi.. Ataupun korang je komen kat bawah ni. Tapi korang kena baca Tips Penjagaan Bateri Handphone (Telefon Bimbit) dulu. Kalau tak, banyak la cadangan yang muncul. Then, we are fight, k. Yeah!

Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Catatan popular daripada blog ini

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:


Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Nak jaga pemakanan orang demam campak?
Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini.


Tidak boleh menggoreng
Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan.

Menumis pun tak boleh tau.

Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan.

Elakkan makanan laut yang gatal
Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k.

Elakkan yang pedas
Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan.


Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam


Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kalau capucinno? Erm, ikut suka korang la.

Aha, aku ada idea, kalau nak putih maka minumlah air soya. Confirm menjadi. Tapi kalau tak jadi, jangan…

Tips Pakaian Untuk Konvo

Open Tracker