Assalamualaikum...
Ada blogger suruh aku buatkan review tentang blog dia. Sebab dia baca entri aku yang bertajuk kau yang ku sayang blogger part 1. Korang tak baca lagi? Jom klik..
Seorang lagi blogger yang telah mengikuti nasihatku ialah idham xpression. Beliau adalah blogger yang pandai melukis potret. Sesiapa yang mahu menempah, boleh. Murah-murah saja. Berbaloi.
Ya, demi kawan aku memang tak kisah.. Er, ada aku kisah? Haha. Aku dah mereng ni.. Lalala~ Sila abaikan.
Tapi serius, aku pun tak pandai lagi bab-bab teknikal blog ni. Nak tau lebih, kena tanya otai la.. Cek ni newbie yang lagi noob. *humble tak, humble tak? Ekeke~
Tetapi disebabkan dia dah bodek aku, maka aku pun kena la buat. Haha~ gurau ja..
Insan terpilih untuk direveal eh, salah.. Blog yang terpilih untuk direview adalah kepunyaan Che Sakinah yang cute-mute.. nama blog dia LIVE.LAUGH.LOVE
Ok, jom tengok apa yang Sha review untuk Che Sakinah.
-Letak widget ikut hirarki penting atas, tak penting bawah.
Apa yang penting? Yang penting adalah follower dan shoutbox. Itu yang orang cari dalam blog kita kalau diorang BW.
-Follower dan chat- biasanya org letak pada sebelah kanan.. Tak salah kalau sebelah kiri tapi orang akan rasa janggal sikit la..
-Buat senarai entri- susah nak baca atau tau perkembangan terkini kalau tak de benda alah ni.
-Buat senarai list category, senang nak cari entri dalam genre yang sama. Mana tau, nak cari rujukan lebih dan minat dalam satu kategori. Contohnya resipi.
-Bloglist-paling banyak letak 5 jer -dengar dari blogger otai mana ntah, terlupa.. Aha dari Ariff Shah
-Buat jump break. Tutorialnya? Google la. Sha malas nak cari. Wakaka~.
Ni Sha cari cara memasang read more button kat blog
Ni plak apa yang Sha tau. Sha bagitau kat sini ye la ek. Dashboard > new note > compose. Tengok kat senarai button compose. Sebelah link, ada image, video dan break jump. Aha, sudah jumpa..Meh baca sini
Entri yang disarankan adalah 3-5 dalam satu page. Adalah elok dan molek kalau buat 'break jump' bila menulis entri. Ala, yg ada 'read more', 'baca selanjutnya' tu.. Cara buat break jump:
1.Korang buka 'catatan baru' > tngok kat sebelah edit HTML, ada 'karang'
2.Tengok kat link, image, video, break jump. Aha, dah jumpa pun break jump. Boleh masukkan break jump dalam entri yang sudah siap ditulis.
Seeloknya letak break jump dlm 3-4 perenggan pertama. 3-4 perenggan pertama itu la yang akan pembaca nampak dalam page anda.
Selamat mencuba.
Ini Sha petik dalam dokumen Malaysian Blogger United, facebook group. Sha yang tulis artikel tu. Jadi tak salah kalau Sha nak ambik, kan? =) Tak de copy right pun.
-Timbang blog- nak tau blog kira berat ke tak. Jangan lebih dari 100 je. Kalau tak pembaca malas nak tunggu lama dan terus tekan pangkah. Search jer 'timbang berat blog' nanti akan keluar la pencarian tersebut.
-widget tak penting buang
jam dan feedjit tu, tak perlu kot. Jam, semua orang ada jam kat kat bawah komputer/laptop. Traffik pula, tengok je kat Design > Statistics> godek-godek je kat situ. Tak pun, tengok kat Nuffnang.
-Header tu penting sebab sebagai imej diri kita. blog Che Sakinah tak ada header. Sha pun header tak cantik dan serabut. Tahu tu tapi malas nak godek-godek. Apa la punya pemalas minah ni, kan?
-Warna blog- dah cantik tapi kalau lagi cerah, lagi cantik dan sedap mata memandang. Cuba tengok blog otai, memang sejuk ja mata memandang macam Ariff Shah tukar template warna lembut-lembut.. Cari entri tu nak link, tak jumpa pula. Tak larat nak godek dah dalam blog dia. Kalau sesape jumpa, bagitau la..
-Gambar besarkan sikit ye. Biar jelas. Cuba tengok blog hanis zalikha, pic dia jelas walaupun banyak terutamanya pic ni malay engagement majlis tunang kekna cuma gabar tu sudah siap digabungkan oleh Deesphoto.net
Bab entri Sha tak nak sentuh. Kena cari sendiri ek. Lagipun setiap blogger ada caranya yang tersendiri.
Tapi, Sha yang rajin dan baik hati ini, haha poyo.. telah cari bahan untuk santapan minda dan pengetahuan Che Sakinah. Sudi-sudilah klik, k.
Tip 20 blogging
Boleh ikut baca review dari (JT) jejakaterhangat.com kena khatam ni dulu la.. Tapi Sha tak larat la nak baca. Sha pernah baca review JT. Sangat memberangsangkan ilmu yang Sha dapat.
Sha pun rujuk sini jugak 15 kesalahan dalam blogging.
dan ini 17 cara menjadikan blog lebih elok
Pesanan Sha, kalau nak jadi baik, kena la berdamping dengan orang baik. Kalau nak berilmu, berdampinglah dengan orang yang berilmu. Kalau kita ni newbie yang baru belajar tentang blog, maka kena la ikut dan selalu selak entri blogger otai.
Minta maaf ye kalau dah reveal macam-macam kekurang blog Che Sakinah kat sini.
Er, ada sesape tak sudi nak review blog Sha pulak? Pasal header tu, Sha tau memang semak tapi malas dan tak pandai nak buat header. Sape pandai ek? Buatkanlah pada Sha.. Please..
P/s: Handphone Sha yang cap ayam tu hilang. Mohon, dipertemukan semula. Kawan-kawan, mohon doa kalian..
Sha tenang jer.. Chill. Cuma nak sim jer, sebab nak call ayah, suruh datang ambik barang-barang Sha yang banyak kat sini.. Dah habis sem, boleh balik kampung.
Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!
Semoga ilmu ini bermanfaat..
BalasPadamSemoga apa yg hilang tu ALLAH ganti dgn yg lbih baik, yg lebih canggih.. Yah, yah, nak hp baru~
waa... banyak nak kena improve dan betulkan nih.. insyaAllah kalau betul2 lapang saya kena buat renovation... hehehhee.. thanks sha..
BalasPadamkritikan yg sangat2 membina.. kalau saya x tanya nanti saya perasan sesorang pula. sbb tu tanya sha..
walau pon saya bukan menulis secara sirius tapi saya nak sesiapa yg datang membaca, terbaca atau just terbuka blog saya berasa selesa...
once again, thanks sha :)
rajinnye buat review blog org..hihihi.. ;p
BalasPadamSelamat membuat renovation k..
BalasPadamSama2 =) no hal la..
Kdg2, kita tak tau apa yang kita tak tau.. hehe~
Ya, seeloknya, dah alang-alang ada blog, biarlah bermanfaat kpd org lain =)
Bukan rajin tapi dek kerana permintaan kawan blog.
BalasPadamAmbik masa lama tau nak buat ni, nak godek2 artikel orang lain lagi. Memang macam kajian la..
ok la tu kalau ada ikt..ehehe..dia pn dpt ilmu..kita pn dpt jgk..
BalasPadamala sian nye kene godek2.. truly speaking, saya buat blog first2 dulu sebab lecturer yg suruh... hahhaahaa..
BalasPadamdia suruh blajar cara nak buat adsense dalam blog.. subject management infomation system. sya budak business. lama2 saya edict pulak dngan blog...
first2 tu saya ingat macam diary on line.. that was the actual meaning dlm text book. then, i see more n learn more.. plus terbelajar pulak pasal politic dalam blog.. i mean blogger dngan blogger.. hahaha.. ;p
mula2 rasa janggal n rasa macam perlu ke semua ni? hal masing2 la kan... but then lama2.. pikir2 balik... ah! orang kan macam2 jenis. mana pernah puas hati. but one thing i really enjoy is to make friends and to improve the skills of writing..
see.. i already make friend with u.. didnt i? :)
aha.. kena ikut Fakrul jugak la. Fakhrul kan otai.. hihi~
BalasPadamEr, bukan ikut. Dah follow pun cuma kena rapat sikit la.. Banyak ilmu bermanfaat ada dgn otai ni.
Semoga sama2 mendapat ilmu =)
Oo, begitu sejarahnya.. dari tak tau pape, dah jadi tau kan? Itu sesuatu yg baik =)
BalasPadamNo matter what la, kalau pensyarah yang suruh pun, dah alang2 ada blog better belajar make it perfect mcm blog org lain =)
Sebab org tak tau kita buat blog ni samaada disuruh @ memang sndiri yg nak buat.
Tak kisah la lama godek pun, Sha boleh kongsi apa yg dibaca dengan orang lain jugak.
Ya, we are friends. Kalau bukan kawan, malas dah nak review.. Ekeke~
yup.. you are right! sekali lagi.. terima kasih banyak2 sbb banyak membantu.. :)
BalasPadamMy pleasure :-) dont mention it, okay..
BalasPadamblog review dari sha..banyak tunjuk ajar tu...hebat... :) tunjuk ajarku sifu...hehe ;)
BalasPadamkenapakah encik Khairil memerli kite? Kite tak hebat. kite ni newbie je, yang noob, tak tau pape..
BalasPadamEn. khairil, sila beri tunjuk ajar
waa takot la kene review..hahaha,,ni pengkritik bebas ni..haha
BalasPadamp/s: jgn pernah terfikir nak review blog aku ye..haha
Aha, pengkritik ni mmg kutuk habis-habisan.. haha~ gurau je la..
BalasPadamBlog ko mmg rasa nk reveal jer.. tapi malas r aku. Haha, ganaz x aku? Xde la, ingat senang ke nak review ni?
Dah macam asgmnt dah.. macam kajian kes. Nak kena cari bahan rujukan dan berfikir jugak.
Dah tu tak boleh salah pulak, kang aku bawa ajaran sesat.
hahaha..blog aku tu kalo nak review konfem follower aku hilang terus..dah la x cantik, semak, huduh..(sedih pula aku kutuk blog sendiri ni)..haha..
BalasPadamEh, mengutuk blog sendiri, nampak.. haha~
BalasPadamBlog ko ok je la.. (nak sedapkan hati ko). Haha~
Lagipun aku tak nak la suka hati nak review blog orang tanpa kebenaran, kan? Kang kena saman. *Jangan saman saya, saya orang miskin.