Langkau ke kandungan utama

Kau Yang Ku Sayang (Blogger): Part 1



Assalamualaikum...

Entri peribadi bagaimana bermulanya perkenalanku dengan seorang blogger. Er, agak jiwang sikit ya..
Tapi tiada cinta, cuma sayang. Er, ikut korang la nak tafsir macam mana..

Malam ni, aku rasa ada sedikit sinar. Moga-moga mentari akan bersinar terang untuk pagi esok. Sebuah pengharapan. Semoga tidak tersilap langkah lagi.

"Wei, what happen?"

"Nak cakap boleh, tapi susah sikit, takut ada yang terasa. Sudah la sekarang ni waktu tegang dan dingin. Takut tersilap cakap kang, lagi teruk hubungan yang bakal terjalin kembali"

Sekarang ni ibarat retak menanti belah, telur di hujung tanduk dan nyawa-nyawa ikan jer.

Biarlah ikatan itu kukuh dulu, baru la aku boleh cerita dengan sewenangnya. Ku harapkan dengan entri ini hubungan kami kembali seperti dahulu..



Sebelum ini, kami baik. Rapat. Bergurau bersama, kongsi masalah bersama. Lantaran kami satu tempat belajar, maka kami lebih rapat. Tambahan pulak, kolej kediamannya adalah kejirananku.

Sejarah

Mula perkenalan, dia menyapaku di blog, shout box. Aku pergi semula ke blognya. 'Er, nama blognya hebat. Adakah orangnya sehebat nama blognya?' Aku bermonolog sendiri.

Ku kira dia ni newbie sebab banyak perkara yang dia buat. Dengan ada lagunya, dengan entri panjang tak reti nak buat break jump, dan letak 10 entri dalam 1 page dan ada widget yang tak perlu.

Ok, aku tinggalkan jejak di situ. Kemudian, aku ringan jari jemari untuk menegur kesilapan yang dia buat, mungkin dia blogger baru dan tidak tahu. Aku yang ada sedikit ilmu pengetahuan ini tidak lokek membantu.

Masih ku ingat, aku katakan padanya tidak sepatutnya meletakkan banyak entri pada satu page. Aku berhati-hati, risau ada yang kata aku ni over plak. Risau dianggap berlagak diva or otai, sedangkan pengetahuanku masih cetek dalam bidang blog ini.

Dia membalas di shoutbox blogku, 'berapa entri yang sesuai?'

Aku katakan, '3-5 entri sahaja. Kalau tak, nanti blog dia loading jadi berat'.

Dia minta aku tengokkan blog dia ok ke tak. Pada mulanya, aku malas sebab aku tak nak dikatakan tunjuk pandai. Aku rasa dia seperti ingin menguji tahap pengetahuanku.

Aku jawab, 'Ntah, aku tak tengok pun blog ko. Aku buka dari tadi, dengar radio Frenzy.FM'.

Dia suruh aku tengok blog dia. Aku pun melawat la. Ok, dah ubah, dari 8-10 entri sudah ada 3 sahaja. 'Nice. Cepat load'.

Aku suruh dia timbang blog.

Dia tanya lagi, timbang blog tu macam mana?

Aku katakan pada dia, google 'timbang blog', nanti banyak la yang carian akan keluar.

Aku pun mencari timbang berat blog dan aku timbang blog dia dan blog aku. Resultnya, aku nyatakan kepada dia. Berapa berat blogku dan berapa berat blog dia.

Dia mencari..



Begitulah kami berbalas-balas chat kat shout box masing-masing. Dari malam sampai ke pagi. Dia ucapkan terima kasih, aku jawab hal kecik je. Apa yang aku tau, aku kongsikan. Kemudian gurau-gurau, aku minta dia nyatakan namaku dalam entri dia. Dia janji akan letakkan. Happy :-)

Berselang hari, naiklah entri dia. Ayat yang tak boleh aku lupa, 'tak sia-sia aku tak tidur malam, dapat ilmu pasal blog'.. Tapi tak ada dinyatakan pula namaku.. Sedih. Di manakah janji manismu? Eh, macam tajuk lagu pula..

Aku suarakan hal itu pada ruangan komen. 'Tak de sebut nama aku pun..' Dia cuma menjawab, meh sini nak sebut.. 'Shashashashashashasha'... Memang sengal la.. 'Aku rasa macam ko sebut shisha je' Tak apalah orang tak sudi nak sebut nama kita..

Hubungan kami macam itu je la. Just melawat bila dia buat entri atau bila lama tak melawatnya, aku pergi melawat dan tinggalkan komen. Dia ramai pengomen, kebanyakkannya perempuan.

Jeles? Sikit pun tidak. Cuma jeles sebab dia banyak pengomen je la.

Berselang berapa lama tak melawat, aku buat entri penghargaan untuk kawan-kawan bloggerku. Ku selitkan nama dia.

Dia datang komen. Dia tanya aku ni ada martial art ke? Ingat tak nak mengaku tapi dah terang-terang kat atas entri tu aku tulis, maka aku akui la. Kemudian kami berbalas-balas chat kat shout box masing-masing. Sungguh, waktu macam ni aku terfikir, kalau la ada YM atau FB, kan senang. Tapi, aku segan nak minta..


Pada suatu hari yang suam-suam kuku, aku add dia kat facebook. Tetiba kawan sepersatuan yang baru aku add pun menyibuk di wall yang aku tulis tq for the add untuk dia.. Dia tanya aku kenal mana.. Kami tak cakap kenal mana, kami buat gurau-gurau saja. Aku buka chat dan bagitau dia, macam mana kami kenal.

Dari situ, entah macam mana kami berchat pulak. Semakin lama, semakin rapat. Ada suatu malam tu, aku cakap aku nak tidur sebab pagi-pagi lagi aku ada hal non-stop sampai tengah malam. Tapi dia manipulate aku. Banyak cerita dan kisah yang kami sama-sama kongsikan.

Memandangkan kami ini satu tempat belajar, kolej berdekatan, mempunyai kawan yang sama dan satu persatuan, maka pelbagai cerita muncul. Ada cerita lucu. Aku terkekeh-kekeh gelak. Cerita dia kepadaku lebih lucu dari cerita yang sama pada blog dia. Sumpah.

Dia memberitahu aku rahsianya. Apakah rahsianya? Biarlah aku simpan, sebab dia percayakan aku.

Sungguh, dari malam sampai ke pagi kami tak tidur. Rehat solat subuh jap dan  sambung balik. Sempat dia tunjukkan padaku hasilnya. Surprise Hari Jadi kawannya. Sangat sweet ok..

Aku tunjukkan pada rumetku, Anis. Dia pun suka.

Bila sudah kesiangan, dia gelakkan aku sebab aku sudah berapa kali minta izin nak tidur tapi asyik dengan ceritanya yang pelbagai. Tak apa, ada hari bolehku balas.

All we need, to be loved when lonely...
to be protected when afraid...
to be comforted when hurting...
to be fed when hungry...
to be taught when confused....
to be filled when empty...
Sejujur-jujurnya, aku bahagia mengenalimu. Ewah, ayat tak kalah.. Tak la. Aku selesa berkawan dengan ko. Ko taraf adik-adik aku jer.

Biarlah rahsia itu kita simpan bersama. Erm, ada lagi rahsia besar yang dia bagitahu kepadaku. Sungguh besar.


Eceh, bersambung pulak..

Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!
20 ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tips Pakaian Untuk Konvo

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)