Langkau ke kandungan utama

Mana Entri Luahan Sanubari?



Assalamualaikum...

Mesti ada yang tertanya-tanya ke mana la entri yang aku sendiri dan penangannya?

Minta maaf yer kawan-kawan yang menatap blog ini, belum muncul kembali entri yang bagus dan luahan diriku.

Kenapa?
  1.  Aku demam bebaru ni- wah, tak larat nak bangun kot. Tapi ku gagahi diri jua. Chewah, macam la teruk sangat, kan?
 



 2. Aku sibuk- menghantar thesis, aktif dalam persatuan siang dan malam.
Malam macam biasa la, hari Selasa malam Rabu dan hari Sabtu malam Ahad ada kelas latihan. Aku jadi mentor dan kadang-kadang jadi partner jugak.

Kemudian, aku diajak ke kelas latihan untuk Ujian Sijil Rendah (USR) pada hari Ahad, Rabu dan Khamis. Sebagai mentor persatuan  yang bertanggungjawab,  (ceh, perasan betui la minah ni) aku kena la pantau adik-adikku.. Hihi~ Aku saja ja join, nak  bagi semangat kat diorang. Sape lagi la yang nak bantu diorang kalau bukan aku yang dah ambik USR, kan?

Ramai ahli majlis tertinggi (MT) kat dalam kelas kemahiran ni dan nak ambik USR. Zul selaku Yang Di-Pertua (YDP) minta aku tolong-tolong USR yang bakal dijalankan pada 15 dan 16 ni. Aku boleh jer tolong-tolong diorang. Tak kisah pun. Hehe~

3.  Menjelajah ke blog-blog sempena gegar blog 1000 April
Aku terjah semua 99 blog dalam kumpulanku, kumpulan 8. Penat jugak la.. Maaf kalau aku tak terjah blog korang, sebabnya blog korang lambat load. Tak larat nak tunggu kot. Sekali bukak, 10 blog. Kalau lambat tahap siput, memang aku tutup jer la..

Lagi satu banyak giler blog ada word verification. Please la buang.. Melambatkan dan buang masa betul la. Tak tau nak buang? Meh klik SINI


4. Join Sahabat Blogger (SB).
 Best lepak sana.. Kalau korang blogger, maka itu lah tempat yang paling baik untuk marketkan blog anda..
Biasanya lepak sampai pagi la.. Hihi~

Itu jer kot ceritaku pada kali ini.. Minta maaf yer, tak de pengajaran..
Eh, pengajarannya aktiflah korang sebab hidup ini untuk dinikmati, bukan untuk ditangisi.


Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Open Tracker