Langkau ke kandungan utama

Tutorial: Buang Word Verification tu, Menyampah la..

Assalamualaikum...

Entri ni nak ajar korang macam mana nak buang worg verification kat comment form.

Isk, rasa menyampah juga bila masuk blog orang lepas tu nak tinggalkan komen kena ada tulis perkataan untuk verify pulak. Bukan je sekali dua je masukkan huruf-huruf tu. Tiga kali baru boleh. Tu kalau boleh, kalau tak boleh, memang hangin la..
 

Elo, ini bukan berkaitan dengan kewangan. Jadi tak payah nak letak word verification tu semua. Leceh la..

Tak tahu macam mana nak buat? Jom aku ajar korang. Panggil aku cikgu, tak pun lecturer. Haha, perasan betul la minah ni. Okay-okay, serius cikgu nak mengajar ni:




1. Pergi ke dashboard atau papan pemuka. (Sebab aku guna yang berbahasa Melayu. Aku yakin ramai yang guna blog berbahasa Melayu ni. Jadi korang tak de masalah lagi atau terkebil-kebil nak faham apa yang dimaksudkan dalam bahasa penjajah tu).



2. Pilih Setting atau tetapan
Pilih Ulasan atau Comment




3. Pada 'papar pengesahan perkataan untuk ulasan' sila pilih 'tidak pada yang telah diletakkan 'ya'. Pilih 'tidak' ok.

Bahasa Inggeris  pula ialah kalau tak silap aku la, 'show word verification for commnet'. Pilih 'no' ok.


4. Save. Siap.


Tahniah kerana sudi ubah comment verification tu. Menjimatkan masa orang lain yang nak mengulas sesuatu di entri kita.:-)

Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. Menyenangkan orang lain adalah menyenangkan diri sendiri.. :-)

    BalasPadam
  2. susah dulu senang kendian... haha

    BalasPadam
  3. kamal: tak perlu menyusahkan diri sendiri andai ada alat utk menyenangkan.. :)

    BalasPadam
  4. posheart: kenapa tak jadi? cuba cek betul2..

    BalasPadam
  5. dah. awak tertinggal, bila dah p setting kena select 'comment'

    BalasPadam
  6. blogger kan pandai.. lagipun nak buat kan tentang komen, memang la kena pilih komen..

    BalasPadam
  7. terpulang pada individu. lagi menyampah kalau blog ada lagu.....

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Open Tracker