Langkau ke kandungan utama

Pengalaman BERSIH 3.0: Polis Layan Rakyat Macam Penjenayah



Assalamualaikum.

Aku kumpulkan cerita-cerita daripada pengalaman mereka yang menyertai Perhimpunan BERSIH untuk kali ini. Diceritakan sendiri dari mulut Encik Mangsor.

1. Masjid Jamek


Mereka mula berkumpul dengan aman. Majoriti 50-50, Melayu-Cina.

Tetapi keadaan bertukar huru hara apabila polis atau FRU melepaskan sejenis senjata yang mana apabila terkena badan, ia akan berdarah. 
Saiznya sebesar kacang. Kacang hijau atau kacang tanah, tidak pasti.

Sikap tolong-menolong dan bersatu terserlah
Beberapa kali kedengaran polis mengeluarkan tembakan itu. Semua mereka yang hadir, lari menyelamatkan diri. Namun, apabila berlaku kecederaan, mereka yang berada berdekatan pakat tolong. Encik Rashid berkata, orang cina tolong orang Melayu, tak kira bangsa.

Begitu juga ada satu cerita, seorang wanita India membawa anaknya di dalam kereta sorong di jambatan. Orang sudah menjerit kepadanya kerana polis mula menyembur gas beracun, pemedih mata. Tetapi mungkin kerana tidak dengar dek bising, wanita tersebut meneruskan langkahnya. Apabila gas tersebut mengerumuni wanita dan anaknya, orang mula datang menolong membawa mereka ke tempat yang selamat. mereka basuhkan muka bayi tersebut, risau. 

Langgar


Kereta yang melanggar beberapa orang juga berlaku. Seorang lelaki berbangsa Cina meninggal dunia akibat dirempuh dengan laju oleh sebuah kereta polis. Tapi dalam media arus perdana, tak siarkan pun. Encik Mangsor berada berdekatan dengan tempat kejadian dalam kira-kira 10 meter.


Hishamuddin Tun Hussien sudah kata sehari sebelum BERSIH 3.0, 'saya tak akan bertanggung jawab kalau berlaku apa-apa,' menampakkan beliau merancang sesuatu. 

Didakwa pemandu kereta polis memakai helmet dan berseluar pendek, keluar dari kereta. Masuk ke dalam kumpulan polis dan hilang entah ke mana dibawanya.

Ramai yang mempersoalkan, kenapa pakai helmet dalam kereta?


Hal ini juga berbangkit apabila ada orang dedahkan ada polis yang cuba buat provoksi, bagi nampak BERSIH yang jahat. Didakwa sebanyak 3,000 polis yang berkawal, jumlah yang sama juga dalam perhimpunan BERSIH yang menyamar dan merekalah yang memukul itu ini. Nanti, nama BERSIH juga yang buruk. Taktik ini digunakan di Arabs yang sedang bergolak.


Perihal serangan oleh polis, para pemuda yang berada di situ membaling kayu, batu, apa sahaja yang boleh dibaling kepada polis setelah polis membuat serangan pertama.
Maksudnya polis yang kacau para penyokong BERSIH.


Kronologi


Ok, kronologinya, sebelum Datuk Sri Anwar Ibrahim memberi ucapan, polis melepaskan tembakan dan jatuh di tempat dekat dengan Anwar. Tembakan secara random. Sesiapa sahaja boleh terkena. (ini yang media arus perdana paparkan Anwar bagi mesej suruh Azmin langgar benteng polis, padahal polis membuat tembakan, sebab itu, dalam video itu ada orang jerit, danger, danger..)
Sesiapa yang terkena, memang berdarahlah. Seorang kanak-kanak seumur 12 tahun terkena tembakan. Ramai yang tolong dia.

Kemudian, penyokong marah. Membaling apa-apa sahaja kepada polis. Kemudian, polis tembak pula gas pemedih mata. Gas ini pedih. Masuk kata, sakit mata, sakit tekak. 


Penyelesaiannya, mereka menuju dan masuk ke dalam kolam buatan yang berada berdekatan.

Membasuh muka. Ia reda. Kemudian, ada beberapa orang Cina menawarkan garam untuk menawarkan racun tersebut. Ada yang kulum garam, dan muntah, kembali sihat dari simtom racun tersebut.


Orang cina itu sudah tahu perkara ini, mungkin sudah pernah menyertai BERSIH 2.0. Dia membawa bekal dari rumah. Dia berkata, perkara begini, biasa.

Kali kedua, semburan gas pemedih mata. Mereka lari ke jalan kecil, rumah flat dan hotel. Ada penghuni yang tolong simbahkan air. Ada juga pihak hotel tolong siramkan air. Ada orang Indonesia pun turut sama menyiramkan air kepada penyokong BERSIH di bawah.
Mungkin perkara ini sudah biasa bagi mereka. Bagi aku, terharu. Ada perpaduan di kalangan rakyat dan bukan rakyat di bumi Malaysia.

Seorang polis berkata, "selepas ini, Sogo pula." Si lelaki yang tidak tahu Sogo itu apa, hanya mengangguk. Sogo tu dekat dengan Masjid India la.


Semasa 'perhimpunan rasmi' pukul 2-4 petang, talian telefon disekat. Maka, tiada sebarang panggilan masuk dan panggilan keluar. Dalam kawasan tersebut juga disekat. Korang agak-agak sendiri, kenapa ya?


Peristiwa begini mengingatkan kepada Isreal yang lakukan kepada rakyat Palestine.

Okay, sekarang terpulanglah kepada anda menilainya.
Semoga pendedahan-pendedahan ini memberi anda sedikit gambaran jelas keadaan di sana.

P/s: Ada sesiapa lagi tak nak kasi pendedahan begini? Biar kisah kita memberi kesan kepada orang lain. Hidup biar berjasa, mati dikenang. =)

Ulasan

  1. sebenarnya itulah hakikatnya tapi penduduk malaysia hri ni rata2 menganggap Bersih menjatuhkan maruah melayu.. =( padahal mereka tidak sedar akan kebenarannya. keadilan harus ditegakkan jika tidak .. Malaysia juga akan hancur ..

    BalasPadam
  2. Haha cerita kelakar..auta...leh wat novel ni..aku xnmpk pn kebenaran cite ni..aku xpihak mana2 cuma nk aman je

    BalasPadam
  3. talian telefon disekat apa bendanya...dh ramai2 mmg la talian jd sesak..pernah masuk stdium tgk bola X ni...huhu..pendek akal tol..nk wat cite sertakan bukti yg lbh kukuh..cerita dh sedap tp tanpa bkti...dh ckup la wat huru hara..bersih yg tinggal hya kotor ngn sampah sarap diserata tmpt..sekian wasalam

    BalasPadam
  4. Hanya: ya. Susah org nak trma sebab tlalu dis0g0kkan dgn benda yg dh dputarbelitkan.
    Smga suatu hari nanti mereka akan sedar. Amin

    BalasPadam
  5. kenapa perlu merusuh???kenapa perlu bertindak mcm org gila???ini kah hak asasi yg diperjuangkan????....hak korang bersuara...macam mana pulak hak asasi org mcm aku yang x nk huru hara mcm nie..???aku x nk korang wat gila mcm nie?aku nk aman..x sengketa.mana lak hak asasi aku & org lain??????...korang hipokrit..ckp pandai..cuba ko jwb....mana hak asasi aku?bersyukurlah dengan negara kita..aman..kalu x suka krjn pon,byk cara yang lain boleh buat..jgn mcm nie.ckp bijak pandai semua.aku sedih tengok ramai bangsa aku...majoriti dipergunakan oleh individu yg ada kepentingan peribadi..mungkin dia nk tgk kita semua berpecah..jd pak turut& pejuang keganasan...sedih sungguh..semoga malaysia terus aman..peace yo..

    BalasPadam
  6. emmm nampaknnya kita tidak sependapat dalam hal ini..

    kan dah di soh jagn berhimpun kat situ.. soh pinda tempat. awat pagi sana.. alasan ambiga tak sempat nak tukar tempat.. well, kan dah moden kejap je sebarkan info kalau nak tukar tempat tujuk perasaan..

    bagi aku bersih ni mmg tak patut.. kejap cakap bukan unsur politik kejap politik.. aku pun pelik.. sebb aku tak de tv kat rumah, aku layan blog dan u tube.. cara ambiga bercakap tipikal mcm ular.. belit belit..

    bagi aku polis hnya menjalankan tugas.. must be have some reason knapa diorng berindak begitu.. aku yakin...

    kenapa bnyak mempersoal itu ini, sangsi.. ragu ragu.. hujung hujung buruk sangka dan fitnah..

    sebnya ramai yg tak sedar kita melayu senang je di peralatkan.. in da end kita macam kat negara2 kat asia barat.. apa yg aku nampak ambiga memprjugkan hak kebebasan menuju arah negara2 macam Singapore.. tengok la melayu kat sana..

    kewujudan pembangkang mmg penting.. tapi bukan degn cara macam ni.. risau nanti datang campur tangan asing, dan negara kita di kenakan syarat dan diperkotak katikkan oleh negara negara kuasa besar macam US..

    tang media massa tu mmg aku tak setuju.. banyak fakta dan berita yg bias.. sebab tu aku tak percaya sngt dgn newspaper dan TV.. aku nilai sendiri drpd internet, gambar, video dan blog independent... tapi blog macam papagomo tu mmg aku tak baca.. banyak fitnah dan ayat macam hanjeng..

    sebenrnya aku pun tak setuju dengn sesetengah ahli politik kerajaan yang banyak songlap.. rasuah makan duit rakyat dan tak buat kerja.. tapi biarla orng berwajib yang mgambil tindakan, kita tengok sendiri, audit, polis, mahkamah dan lain lain buat kerja ramai yang kantoi..

    dan keadaan pembangkang sekrang ni aku tak nampak mana bagusnya kalau diorang yang memerintah negara..

    so, marila kita undi calon.. bukan undi parti..hehehehe

    selamt berpolitik ya..

    eh terkomen panjng pulak.. sure besepah typo hahahaha...

    BalasPadam
  7. Tanpa nama 1: maaf, saya bukan berbl0g utk menipu. Ini bl0g peribadi yg memaparkan kisah hidup saya.
    Apa yg sy tulis mengenai pengalaman sebenar. Bukan cerita tipu.
    Tak guna saya buat bl0g klu utk menipu. Saya takut mati, akan ds0al klu saya tipu.
    Kenapa awk rasa saya tipu? Klu awk xblh nk percaya dgn kebenaran, awk patut dekatkan diri dgn Tuhan. Sem0ga DIA buka hijab utk nampak mana yg baik, mana yg tidak.
    Media arus perdana berpihak kpd krjn krn pemilik mereka sokong krjn dan media d Msia xtelus. Xbebas. Awk bc entri tajuk Politik:jgn taksub sgt. Kat dlm entri ini sy bg link kat media arus pdna.
    Jgn awk tertipu ya. Awk kena cerdik. Jgn dgr sblh pihak. Jgn tutup minda awk.
    Sem0ga awak diberkati-NYA. Amin

    BalasPadam
  8. Tanpa nama 2: kat stadium wlu final brpuluh2 ribu org, line x disekat. Jgn igt sy prmpn, sy xminat bola dan tak turun stadium.
    Saya ada bukti tapi masa nak load gambar, lambat. Nnti saya masukkan bukti ye

    BalasPadam
  9. Tanpa nama 3: huru hara itu p0lis menyamar yg pr0voke. Sy bkn nk slhkan n tuduh org sesuka ht.

    Apa tahu x apa tujuan Bersih 3.0 dilakukan? Kaji dulu ya.

    Hipokrit? Apanya?

    BalasPadam
  10. Abu: terima kasih kasi k0men pnjg2. Nnt aku trjah balik blog ko dan aku jwb kat twitter, ya.

    Media arus pdna dikuasai oleh sape? Dh musuh, xkan dia nak keluarkn brta sbliknya.. Bias gila. Brta berat sebelah.

    Bl0g papagomo? Mcm pnh dgr tp xsuka msuk bl0g politik, bnyk bias.

    Aku mmg undi teng0k cal0n.. Klu muka pn x ada nur boleh percaya, jgn harap la dpt undi aku. Haha.

    BalasPadam
  11. Sha:haha...hura-hara sbb polis provoke??iye..logik gak tu.kalu kita dipihak polis cm mn?cuba pikir2 ckit.polis dah larang jgn ke pdg merdeka..g jugak..dah dilarang jgn berhimpun..berhimpun jgk..dah bagi pilihan buat kat stadium..degil x mau.bg amaran jgn merusuh..nak jugak merusuh..habis kalu dah semua yg dok berhimpun mula naik hantu..takkan polis nak tengok je..buat..buatlah..korang nk hancurkan KL pon takpe, kami pejam mata je..he3..polis pon ada prosedur kena patuhi bkn main tembak gas je kat perusuh tu..dah tugas dia cm tu.takkan polis nak halalkan tindakan puak 3.0 pada aku minoriti daripada majoriti penduduk mysia?msti keselamatan org awan majoriti lebih penting kan?contoh simple aku bagi la..."mak ayah,tegur ank2 jgn buat benda x elok smpi berbelas kali..kalu x mkn saman gak..mau diorang bagi habuan/lempang gak kata anknya tu...."dah tggjwb mak ayah cm tu...sama la kes 3.0 nie..
    Abu: aku sama ngn ko, dah menyampah ngn ahli politik krjn..byk sgt korap...ada cara kita nk ajar depe nie..tp bkn dgn cara nk merusuh x tentu pasal kan...

    BalasPadam
  12. Tunjuk perasaan...mmg kita rakyat tidak pernah belajar sejarah...ingin mengulangi peristiwa berdarah...negara jiran tidak suka pemimpinnya mereka tunjuk perasaan, lantik pemimpin baru, tidak suka juga, tunjuk perasaan berlaku. Pilihan raya dilakukan, pemimpin naik lagi, rakyat tidak suka juga, tunjuk perasaan lagi dan lagi dan lagi..muak ku lihat, menyampah ku tengok proses demokrasi hasil pemimpin dari tunjuk perasaan...sampai bila maw maju owhhh.

    BalasPadam
  13. Bagi aku simple...jangan sampai kita jadi cam asia barat..tuntut macam2..pemerintahan tak adil..kuku besi..byk songlap duit rakyat..last2 buat demo..kononya untuk tukar pemerintahan yg lebih adil..tapi apa yg korang pelajari lat sana? Bertambah baik kehidupan diorang? Bertambah aman diorang? Makin jadi hamba di negara sendiri..korong nak semua tu berlaku kat malaysia? Dlm sesebuah pemerintahan..dlm sesebuah negera..dlm sesebuah organisasi..dlm sesebuah keluarga..pasti ada yg bawa masalah..kita kena terima semua tu sebab kita takkan dpt cari yg perfect..wpun negara kita korup..negara kita byk yg bukan HAK yg pegang tampuk pemerintahan..sekurang2 nya...kita semua masih lagi mencari rezeki dengan aman..jgnlah kita gadaikan keamanan yg ada ni hanya kerana kita tak berpuas hati dgn apa yg ada..belajarlah bersyukur dengan apa yg ada..ingatlah..negara kita mudah menuju kehancuran kiranya rakyat mudah dipergunakan oleh org2 yg berkepentingan..rujuklah kembali sejarah kita..mengapa kita terjajah hampir 500 tahun..

    BalasPadam
  14. Okey, jangan gaduh-gaduh.. masing-masing ada pendapat sendiri, ada pendirian sendiri.. yg baik kita ambil, agak2 yang tak baik tu jangan la ikut kan. Gunakan hak mengundi kita nanti sbg rakyat Malaysia dgn sebaiknya..

    BalasPadam
  15. sokong tanpa nama3 Mei 2012 pada 2:50 PG

    betul la apa cakap tanpa nama... pihak kerajaan vs pihak pembangkang... abis tu pihak yang tak suke tengok kacau bilau ni nak letak mana?? masa PRU nanti kite undi la puas2... kite gi berhimpun, kene teargas, kene maki, kene pukul, tu tak masuk lagi fitnah lagi2 tak tau sumber fakta mana yg sahih...sape betul sape salah... sape mangsa, sape kene tipu, sape sengaja tipu, sape provoke, sape plan... kite tak tau... tapi kite tunjuk hero bangkit tunjuk bersatunya kita untuk mencapai matlamat bersih... berapa ramai orang respek bersih tu..? sape nak pikir orang lain yang taknak masuk campur tapi terpaksa hadapi masalah ni... mana ada... sume pentingkan diri sendiri jer... bile ditegur, melenting... tak terima cakap orang... aduhaiii~ fenin gua~

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Pantang larang dan makanan orang demam campak. Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak.  Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. Risau gatal je.   3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan . 4. Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau m...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Open Tracker