Langkau ke kandungan utama

Politik: Jangan Taksub Sangat La


Gambar diambil dari sumber.


Assalamualaikum.

Pendahuluan

Ini adalah entri membuka minda anda. Kalau anda masih mahu berfikiran kolot dan jumud, elok benarlah membacanya supaya terang hati perut anda. Tetapi tahap kepedasannya mungkin membakar hati anda. Sabar, saya hanya rakyat Malaysia yang ingin membuka minda rakyat senegara dengan saya supaya dapat berfikir dengan sewajarnya.

Sekarang ni riuh pasal isu politik itu ini. Baik di pihak kerajaan mahupun pembangkang. Yang ahli atau pro-kerajaan dan pro-pembangkang ini asyik bergaduh sahaja, keluarkan apa yang pemimpin-pemimpin mereka utarakan. Kalau setakat perbincangan elok-elok tak apa la. Tapi sampai keluarkan perkataan berbaur negatif, tu yang tak elok. Kalau macam ni, sampaikan kiamat pun tak kan habis. :P


Tujuan buat entri politik

Politik? Sebenarnya aku malas nak tulis bab ni. Pembaca aku tak berminat. Sumpah, kalau aku tulis pun, tak ramai yang akan komen apa yang aku tulis dan tak ada trafik mencanak pun masuk. 

Tapi oleh sebab aku ada ilmu dan pengetahuan (aku ada belajar secara rasmi -Ijazah Komunikasi dan Sarjana Komunikasi Kepengurusan -bukan nak berlagak, sekadar memberi bukti yang mana aku layak (eligible) dalam mengulas isu ini. Belajar secara tak rasmi dari kawan-kawan aku yang bergelar wartawan, dari bacaan dan pemerhatian) adalah menjadi tanggung jawab aku untuk terangkan kepada mereka yang aku rasa terkapai-kapai mencari pedoman.


Kepada semua: Tolonglah jangan berfikiran sempit. Apa yang media arus perdana siarkan belum tentu 100% betul. 


Apa itu media arus perdana?

TV semua seperti RTM 1, RTM2, rangkaian TV Media Prima: (TV3, TV8, NTV7, TV9), Al- Hijrah, Astro, kecuali TV Kelantan.

Radio- apa yang aku tahu, semua rangkaian radio FM adalah di bawah pemilikan kerajaan.

Semua media cetak kecuali yang dimiliki oleh pembangkang.


Kenapa berita yang disiarkan tidak adil? 

Hal ini demikian kerana ada kuasa 'mereka' dikuasai oleh pemegang saham dalam syarikat tersebut. Kebanyakannya memang dikawal oleh kerajaan yg diperintah sekarang. Siapa? Kerajaan Barisan Nasional. Contohnya akhbar Utusan Malaysia, pemiliknya ialah Umno manakala The Star pula dimiliki oleh MCA. NSTP pula orang atasnya cenderong kepada Barisan Nasional.


Kebebasan bersuara?

Kalau sesiapa student Comm. (singkatan untuk komunikasi) mesti tahu bab ni punya la (belajar dalam law in comm, dan kalau student komunikasi pembangunan lagi tahu bab ni terutamanya budak journalisme).

Di Malaysia, kebebasan bersuara adalah dikawal oleh kerajaan yang memerintah negara. Jadi, pensyarah akan tanya, kenapa tak ada kebebasan suara di Malaysia seperti Amerika Syarikat dan Britain?

Malaysia ada undang-undangnya yang tersendiri bagi mengawal isu kebebasan bersuara ini, terutamanya dengan akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1948 dan Akta Hasutan 19?? (terlupa sudah tahunnya). Selain itu, ada Akta Fitnah 1978.

Sebenarnya, isu kebebasan bersuara ini amat dipentingkan dalam kelompok wartawan. Tak ada negara pun di dunia yang mengamalkan kebebasan bersuara sepenuhnya. Seperti Amerika dan England, kita nampak seperti mereka mempunyai kebebasan bersuara tetapi sebenarnya, mereka masih lagi di bawah pengaruh stake holder (pemegang saham) yang mana kebanyakannya mempunyai kecenderungan politik yang tersendiri dan mereka (golongan wartawan) masih berjuang ke arah itu (kebebasan bersuara).


Sumber gambar dari Google Image.


Dikawal rapi oleh Gatekeeper

Jadi, apabila berita kita sudah dikawal rapi, adakah berita politik yang tulus-mulus akan keluar? Tidak, wahai pembaca-pembaca yang aku kasihi sekalian. Mereka akan mengikut siapa yang berada di atas. Kalau pun ada wartawan ingin menulisnya dengan sebetul duduk keadaan yang sebenarnya, beritanya tidak akan lepas terus terbit tetapi dia akan melalui gatekeeper.

Gatekeeper ini bertugas sebagai editor yang akan pastikan berita bagaimana akan keluar. Kalau berita itu tidak memenuhi kehendak pihak atasan dan editor, maka wartawan tersebut kena menulisnya semula sampailah semuanya diluluskan.

Budaya kerja di pejabat press (wartawan) adalah marah-marah. Editor yang akan marah-marah. Jadi daripada nak dapat kemarahan ketua (editor) maka pandai-pandai la nak taip berita tak kasi kena hentam.

Menurut kawanku yang kerja wartawan, mereka sebenarnya tertekan kerana tidak boleh bagitau/taip berita yang betul. Mereka tahu apa yang berlaku sebenarnya tapi tak boleh tulis dan tak boleh sebarkan kepada orang lain kerana nanti kredibiliti majikan mereka contohnya akhbar Utusan Melayu akan tercalar. Lagipun mereka terikat dengan kontrak dan prinsip wartawan yang mana mereka tidak boleh dedahkan sesuatu yang tidak baik.

Budak journalisme, korang masih ingat tak Prinsip Kewartawanan tu apa? Aku masih lagi ingat, tapi tak semua la. Hihi.


Kesimpulan

Cuba dengar dari sumber yang satu lagi. Kemudian timbang dengan akal. Bukannya dengan taksub kepada parti.

Korang faham tak penerangan aku ni? Semoga dengan entri ini dapat membuka sedikit mata anda. Jangan percaya kepada satu pihak sahaja. Jangan ulangi kesilapan Tunku Mansur Syah yang mana menghukum tanpa tahu asal duduk sesuatu perkara. Jangan sampai Malaysia jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggung jawab.


P/s: Aku bukan sokong sesiapa. Aku cuma rakyat Malaysia yang berfikir.
Marilah sama-sama jadi rakyat yang bijak berfikir. 

Maaf aku cakap, menteri pun belum tentu bijak berfikir kalau korang memang minat politik dan tengok berita. Serius aku cakap, aku pernah jumpa. Jadi, marilah gunakan otak kita yang bijak itu =)

P/s/s: Jangan saman saya, saya orang miskin.

Ada bangkangan? Komen? Sila tinggalkan di bawah.


Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang. 

Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Ulasan

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. yes yes yes!!! this is so true!!

    BalasPadam
  3. yes..betul skali!.semua depa yg pgg..huhu.so kena nilai dri dua2 blah pihak.politik jika mengikut islam itu bersih,tpi orng yg menceburi bidang politik itu mbuatkan ia nmpk kotor.

    BalasPadam
  4. Aiman: iya, mestilah betul. Entri ini adalah hasil dari pembelajaran secara normal dan tidak normal Kak Sha. =)

    Sesuai juga untuk student comm. hehe~

    BalasPadam
  5. so true.. berita dekat tv tu. haiya. kalau sehari tak kondem orang lain tak sah. tak elok la macam ni. pemimpin Islam. tak bagus sebar fitnah semua. moga terbuka pintu hati mreka untuk berubah ^^

    BalasPadam
  6. tau gak pasal ni walopun sy bukan budak comm.perbincangan & perbualan dgn kwn2 boleh juga menambah info..~

    p/s:x boleh letak gambar kwn yg bukan Islam membuka aurat? mmg bukan aurat bg mereka,kan..makanya sy perlu hebahkan dekat kwn2 lain sbb satu album kelas kami ada gambar2 kwn kami yg bukan Islam lam fb sana..~

    mcm jugak isu yg letak gambar kita sendiri sbg org Islam di fb tu kan..walopun tutup aurat..x baik..~

    pepepun mekasih atas ingatan~ =)

    BalasPadam
  7. skang ni dah xminat nak baca surat khabar, xminat nak tgk berita..

    sebabnyer semua pasal politik je.. aishh..

    dan tersangat ketara.. mereka semua ni dikawal oleh sape kan..kan..

    moon pon xberpihak pada mana2..

    BalasPadam
  8. Thank ya Kak sha..
    Ada jugak entri pasal ne...

    nak post dlm grop jap..
    gatai nak berpolitik..
    SPM pon xabis lagi..

    HOhoho...

    p/s : Pernah terbaca bahasawa..
    Politik adalah 1 perangkap yang disokong oleh habuan2 yang boleh menjahanamkan seseorang. Berkait rapat dengan kuasa yang dimiliki untuk mencapai keinginan yang tersembunyi. Kebolehan berpolitik menentukan sejauh mana kemampuan seseorang untuk mengambil faedah daripada kuasa yang dimiliki untuk kepentingan diri sendiri !

    so siapa suka politik memang sah orang tu suka dipermainkan oleh orang lain...

    fikir2kan dan selamat beramal !

    BalasPadam
  9. p/s: ouh, sy akan cuba bertanya pada yg lebih arif juga tentang ni nnt.
    kalo sy letak gamba kwn pompuan Islam dedah aurat, yg tu sy fhm..tp ni sbb dia non muslim..~

    BalasPadam
  10. Cik suka: itu la pasal, naik rimas juga. Nampak sangat berat sebelah =)

    BalasPadam
  11. sal: bukannya setakat budak comm je yang tahu. Semua orang tahu. tapi sama ada nak buka minda atau tidak, itu yang menjadi persoalannya. Kalau sudah taksub tu susah dah nak buka minda =)

    pasal aurat tu, kita juga dilarang membuka aurat orang lain walaupun bukan Islam =)
    Kalau tak, mestilah gambar-gambar lucah orang bukan Islam banyak bersepah.

    BalasPadam
  12. CMA: saat paling tak suka ialah masa dekat pilihan raya. Semua yang orang lain buat semuanya dikatakan jahat, apa yang dibuatnya dikatakan malaikat.

    Sesak nafas.

    Tambah sesak bila penyokong yg taksub kepada parti sampai tak leh nampak cahaya, hanya tahu nak menyondol saja.. Kesian.

    BalasPadam
  13. Peyan: ada sebab rimas tengok puak-puak asyik bergaduh sahaja.. pemimpin ok saja, orang bawahan yang teruk.

    Ok, kak sha faham. Tapi adakah itu maksud politik yg sebenar?

    Teringat pula subjek Pendidikan Islam masa sekolah dulu. Politik ialah satu sistem yang mana akan menegakkan hukum ALLAH dengan menggunakan ekonomi dan masyarakat sebagai penggeraknya. Pemimpin yang dipilih juga perlu bertanggung jawab di atas pimpinannya dan akan disoal di akhirat kelak.

    BalasPadam
  14. Peyan: ada sebab rimas tengok puak-puak asyik bergaduh sahaja.. pemimpin ok saja, orang bawahan yang teruk.

    Ok, kak sha faham. Tapi adakah itu maksud politik yg sebenar?

    Teringat pula subjek Pendidikan Islam masa sekolah dulu. Politik ialah satu sistem yang mana akan menegakkan hukum ALLAH dengan menggunakan ekonomi dan masyarakat sebagai penggeraknya. Pemimpin yang dipilih juga perlu bertanggung jawab di atas pimpinannya dan akan disoal di akhirat kelak.

    BalasPadam
  15. memang sebelum ni dh tahu... tapi.. rakyat harus bijak memilih mana yg terbaik buat mereka :)

    pasal 1 lg (tambahan tp bukan politik).. saya sebagai student teknologi media, pon wajib ambil subjek comm law ni.. sebenarnya student komunikasi ni pecahan dari teknologi media (mass comm)
    teknologi media uum ada 4 major: journalism, broadcasting, advertising, com interactive.
    & student komunikasi pula dikenali sebagai : Publishing..
    *sekadar penerangan

    BalasPadam
  16. bagi saya, xkira la sapa pun dia, pembangkang atau kerajaan, buat salah dapat dosa, buat baik dapat pahala. semuanya milik Allah. sebesar2 mana pun kita, Allah Maha Besar. xkira la jutawan ke kita, hebat ke kita, tiada apa yang dapat tandingin kekuasaan Allah. kat dunia mungkin boleh bangga kita menang tapi kat akhirat? xkann punyala.. heheh

    entry yang bagus. saya suka! :)

    BalasPadam
  17. akak kalau entri yg berkaitan politik kurang berminatlah...apa lagi nak komen..susah kalau orang yg taksub ngan politik ni kan

    BalasPadam
  18. ta minat amek taw sal politik..boleh tak?

    BalasPadam
  19. haha kadang2 aku rasa nak tergelak bila baca blog yang asyik pasal politik je.. takyah nak taksub sgt. kita yg kat bwh ni bergaduh bagai, dorang yang jawatan besar2 tu hidup senang lenang. so baik xyah nak taksub sgt

    BalasPadam
  20. Wah bagus la entry ni.. Detail.. Pasal media kena kontrol oleh kerajaan tu aku tahu la.. Tapi selepas baca entry ni baru aku tahu detail.. Tu lakita tak blh nak pakat setuju aje yg media massa khabarkan.. Iq banyak berpihak kepada kerajaan sahaja.. Ruginya orng yg tak blh serve internt dan bergantung 100% drpd tibi2 yg dibawah kawalan kerajaan itu..

    BalasPadam
  21. Terima kasih krn mngemukakan isu nie..benar kata anda kita sbgai rakyat Malaysia tidak seharusnya hanya percaya pada satu sumber sahaja..Bacalah pelbagai sumber serta lihat dan dengarlah pelbagai isu dan berita yg diperkata oleh kedua belah pihak..dan kita yg berakal ni fikirlah sebaiknya..mereka berkata hanya kerana ingin berkuasa dan kita mendengar hanya ingin hidup selesa..tp saya juga ingin membidas..bahawa mana2 parti politik yg menjadi pembangkang di negeri atau negara sekali pun seharusnya menjadi pengimbang kepada agenda pemimpin yg diberi hak ketika itu..bkn hnya mmbangkang dan tidak mmberi cadangan apa yg dibangkang..apa yg benar kita sokong..apa yg salah kita tegur dan fikirkan jln pnyelesaian untuk mmbetulkannya bkn mngusutkannya...semoga Negara Malaysia kita semakin maju dan makmur hendaknya..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Pantang larang dan makanan orang demam campak. Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak.  Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. Risau gatal je.   3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan . 4. Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau m...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Open Tracker