Langkau ke kandungan utama

Ijazah daripada 'Universiti' Ramadan

Assalamualaikum...

Entri pesanan dan agama.


Aku rasa adalah eloknya aku kongsikan artikel ini. Pesanan yang bagus untuk korang dan diriku sendiri.

Jom baca.


REBUT peluang untuk bermuhasabah pada bulan Ramadan ini dan diteruskan pula dalam bulan-bulan yang lain juga.


SYUKUR kepada Allah kerana mengizinkan kita untuk bertemu sekali lagi dengan Ramadan, bulan suci penuh rahmah, barakah dan maghfirah (keampunan) daripada-Nya.
Hakikatnya, Ramadan bukan saja mengajar kita menahan lapar dan dahaga, sama seperti mereka yang tidak berkemampuan bahkan, Ramadan juga adalah satu transformasi pendidikan tidak rasmi yang secara tidak kita sedari, kita belajar banyak perkara sepanjang menjalani ibadah daripada Rukun Islam yang ketiga itu.


Menepati masa

* Sebelum Ramadan, tidak ramai yang arif tentang masuknya waktu solat Maghrib. Berbanding ketika Ramadan, hampir segenap lapisan masyarakat maklum tentang masuknya waktu Maghrib yang juga waktu berbuka puasa.

Sewajarnya sikap ini dipraktikkan terus, bukan saja ketika Ramadan malah, sepanjang 11 bulan lainnya, bukan saja ketika berbuka puasa tetapi dalam segala aspek hidup kita seperti bekerja, bersahabat dan berhubungan dengan pasangan mahupun anak-anak.


Menjaga perlakuan

* Ketika Ramadan, ramai individu yang meninggalkan tabiat bergosip atau lebih maklum dengan mengumpat. Oppss! Jangan tidak tahu, lelaki pun dah ramai yang pandai mengumpat ya! Tabiat itu dikurang atau ditinggalkan ketika Ramadan bagi menjaga pahala puasa agar tidak cair menjelang petangnya.

* Sama jugalah dengan cara anda tampil di khalayak. Tinggalkan terus cara berpakaian yang tidak sesuai, jangan diulang corak pergaulan yang tidak sihat dan bercampur bebas lelaki dan perempuan.

Bagi yang merokok, kalau boleh bersabar lebih 13 jam tanpa rokok, anda akan boleh tinggalkan terus tabiat merokok ini jika anda usahakan lebih sikit sahaja lagi. Kalau hendak seribu daya, mahu pula seribu cara kan!


Menghubung silaturahim

* Amalan yang masih diteruskan ketika zaman serba maju ini ialah berkongsi hidangan ketika puasa, mengajak rakan berbuka puasa ataupun menaja majlis berbuka puasa. Sikap ini adalah sikap terpuji namun, sewajarnya jiran-jiran terdekat perlu diberikan keutamaan. Inilah waktu yang sesuai untuk lebih mengenali jiran yang menjadi 'saudara' terdekat kita ketika waktu kecemasan.


Menjadi hamba-Nya yang soleh

* Setuju atau tidak, saya terpaksa nyatakan, lebih ramai orang kita yang berpuasa daripada yang solat. Ramai yang puasa tetapi, tidak bersolat dan kalau yang solat pula, selalunya memang akan puasa.

* Hakikat sebenar, berpuasa itu lebih payah daripada solat. Solat tidak perlukan anda berlapar cuma peruntukan antara lima hingga 10 minit untuk lima waktu yang ditetapkan sehari-hari. Jika anda boleh menahan lapar dan dahaga hingga 13 atau 14 jam, sudah pasti anda boleh peruntukan masa tidak sampai satu jam untuk melaksanakan perintah solat lima waktu sehari semalam.


Dekatkan diri berdoa kepada-Nya

* Bagi mereka yang menghadapi ujian, gunakanlah peluang ketika Ramadan ini untuk memanjatkan doa mohon yang terbaik daripada-Nya. Berserah sepenuh hati, tanpa ada sebarang keputusan mengganggu emosi dan minda.


Ramadan akan berlalu pergi, memberikan kita pendidikan dan pengajaran jika kita betul-betul menghayatinya.

Bergantung kepada diri sendiri untuk merebut segala modul yang ada dan menikmati ijazahnya selepas ini. Selamat berpuasa. Moga dapat kita kutip barakah, rahmah dan maghfirah daripada-Nya. Amin.

Sumber: Kosmo

Macam mana, dapat kutip sesuatu tak?  Bulan puasa ni la kita nak kejar saham untuk akhirat. Bila lagi kan nak buat macam tu?

Semoga bermanfaat.

Bacaan yang berkaitan:

Kenapa ALLAH temukan kita dengan orang yang salah?
Tips Rahsia Segar di Bulan Ramadhan
Tarawih: Hafal Surah Lazim tak?
Adab Berbuka Puasa, Korang Wajib Tahu
Kelebihan Ramadhan Macam Biasa je- Tak, yang Lain
Bahaya Kekenyangan Di Bulan Puasa
Kata-kata Menarik Sempena Ramadhan


Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!





   

Ulasan

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Pantang larang dan makanan orang demam campak. Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak.  Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. Risau gatal je.   3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan . 4. Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau m...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Open Tracker