Langkau ke kandungan utama

Tips Rahsia Segar Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum...

Entri tips.

Salam Ramadhan.



Bulan puasa ni tak bermakna kita pun kena lemah longlai dan lesu kan?

Nak tahu rahsia segar bugar?

Meh aku kongsikan.

Korang ambik limau nipis, limau purut, lemon atau apa sahaja jenis limau. Dah ada tu, potong limau tu. Ambik dan lumurkan ke muka, tangan, kaki. Boleh jugak lumurkan ke seluruh badan.




Cara nak dapatkan jus limau yang banyak? Cari buah yang betul-betul masak. Kalau tak dapat buah masak, korang golek-golekkan buah tu kat papan pemotong. Buat beberapa kali. Pasti korang akan dapatkan juice yang banyak. Tapi jangan la ambik buah yang tak masak atau putik, memang tak akan dapat juice yang menyelerakan. Jangan lupa masukkan gula ya. Eh, bukan. Bukan nak minum ya tapi untuk dilumurkan pada tubuh badan.

Kalau korang nak kesan segar yang lebih sejuk, letak sekejap dalam peti sejuk juice yang dah diperah. Wah, segarnya. Tapi tak boleh sejuk sangat, rasa tak ori segar tu. Walau bagaimanapun, kalau korang tak perah buah tu, jangan letak dalam peti sejuk sebab akan mengurangkan juicy buah tersebut.

Boleh jugak korang letak dalam mikrowave sekejap dalam 15-20 saat. Ingat, korang nak dapatkan jus limau tu bukannya nak didihkannya.

Aku memang buat macam ni. Memang rasa segar je badan. Lagi-lagi lumurkan limau selepas mandi. Wah, segarnya. Bukan segar je, kulit akan rasa lebih halus. Ada orang kata akan pedih pada muka kalau lumurkan limau, pada aku ok jer tak rasa apa-apa pun. Ke kulit muka aku dah tebal bak kulit buaya? Haha~

Bulan ni bukan bermakna kita harus lemah.

Korang cuba la dan selamat beramal.




Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. wahh boleh cuba ni.. hehe tanx 4 sharing :)

    BalasPadam
  2. wah nice tips..nak cuba juga lah..thanks..(^_^)

    BalasPadam
  3. Hehe...tips yang bguna..tp tak tau laa nak buat ke tak..huhu...

    BalasPadam
  4. nice tips, baru tahu. hehe XD

    BalasPadam
  5. jgn pulak smbil scrub bdn ngn limau, mulut pun scrub skali..no no no..hehehe

    BalasPadam
  6. kulit anip nipis macam sutera kak..boleh ke?hehehek.. thanks.. ^^

    BalasPadam
  7. Berkesan ke kak ?

    panas ne kat umah...

    pasang kipas pon ...xde kesan

    langsong[sambil lap peluh dimuka]..

    waduh !!

    BalasPadam
  8. Queen F: sila la cuba dgn penuh tawaduk..

    BalasPadam
  9. Kak Sabihah: Buat la kak.. Jgn terfikir2 lagi.

    BalasPadam
  10. Keroro: tak pe, ko laki.. perempuan mmg kena tau la..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Open Tracker