Langkau ke kandungan utama

Kelebihan Ramadhan? Macam Biasa Je. Tak, Lain..

Assalamualaikum...

Entri pesanan dan agama.

Sempena bulan puasa ni, jom la baca tentang kelebihan berpuasa.

Berpuasa memang banyak ganjaran baik yang dapat dilihat atau tidak,  baik rohani mahupun jasmani. Sekiranya kita menjalani rukun puasa dengan betul iktibar darinya, nescaya kesannya akan timbul setelah tamat berpuasa.


Kelebihanannya


Dapat merasai bagaimana peritnya orang miskin yang tak dapat makan sepanjang hari.

Kita fokus kepada makanan sahaja ek. Kalau kita tak dapat makan sehari (sama jugak berpuasa), kita akan merasai apa itu lapar. Pada masa itu, fikiran kita mesti teringat kepada orang yang susah, yang papa kedana, yang tiada makanan di Malaysia.

Kalau kat luar negara, kita akan teringat kepada benua Afrika terutamanya Somalia sekarang ni yang mengalami kemarau yang buruk menyebabkan 12 juta rakyatnya berdepan dengan kebuluran.


Terlebihnya

Dapat merehatkan anggota tubuh khususnya dalam perut yang bekerja tanpa henti.

Ini memang masa rehat kepada anggota tubuh yang kerjanya memproses makanan. Buah-buahan lebih mudah diproses berbanding dengan makanan yang dimasak. Tapi bukannya kita selalu makan buah saja kan? Kita bukannya sedang berdiet kuat sampai makan buah jer.

Kita makan macam-macam. Pagi, roti canai dengan teh tarik. Tengah hari, nasi berlauk dengan 3 jenis lauk, 2 masak lemak, 3 sayur. Air pulak order 5 jenis. Haha~


Terlebih-lebih

Sekurang-kurangnya dapat mengurangkan  berat badan jika berpuasa dengan betul.

Tapi jangan la pula asyik makan jer masa dah boleh makan (selepas berbuka). Ini, masa berbuka dah la beli makanan kat bazaar sampai penuh meja, masa nak pergi tarawih makan lagi. Lepas balik tarawih dapat makan pula, moreh. Sebelum nak tidur, makan lagi, habiskan makanan yang beli masa bazzar tadi, takut basi. Then, bangun sahur. Wah, banyaknya makan..

Baru je dengar tadi, Doktor kata. Dia kata, kalau nak diet pun, jangan tinggalkan sahur tau. Lagipun, dengan sahur la membezakan kita dengan puasa orang Yahudi.


Melebih-lebih

Dapat mengurangkan sedikit perbelanjaan dari segi belanja makan dan kegiatan luar.

Tapi kalau dah penuh tangan dan berat 5 kilo masa balik dari bazaar, kurang ke perbelanjaan? Aku rasa itu lebih daripada perbelanjaan seharian.

Aku pun masa sara diri, masa jadi student la, perbelanjaan masa bulan puasa lagi banyak daripada hari biasa. Lari bajet aku. Haha~

Tapi yang dapat kurangkan perbelanjaan ini orang yang berbelanja makanan luar. Ye la, sekali makan RM50. Lepak pula kat restoran yang top-top punya. Starbuck la, The Chilies, Kenny Rogers la..

Jadi bila tiba bulan puasa, tak de la nak lepak sana kan. Ke ko tak puasa nak lepak sana? Haha~

Bila dah puasa, kena la makan makanan ruji, nasi. Mata yang biru lepak tempat-tempat macam tu pun berubah jadi warna hitam legam. Haha~


Melebih-lebih pulak

Dapat mengurangkan kalau pun tidak dapat mengubah tabiat buruk seperti berbohong, mengumpat, mencuri makan sebelum makanan siap dimasak, dan sebagainya.

Kalau sebelum ni, belum pun makanan siap dimasak sepenuhnya, maksud aku goreng pisang tak habis lagi, yang masak awal tu dah jadi ratahan. Bila yang last masak, tinggal yang tu je.. Haha~


Selebihnya

Dapat dijadikan cara hidup sihat untuk dipraktikkan pada bulan-bulan lain.

Memang dapat dijadikan amalan yang sihat dan kekalkan amalan ibadah korang jugak. Makan masa maghrib dan solat, mengaji al-Quran, bersedekah dan bersabar.

Aku paling suka bulan Ramadhan sebab semua orang akan jadi baik. Sebelum ni perangai macam syaitan tapi bila masuk Ramadhan kalah malaikat. Haha~ Kalah malaikat? Tak mampu la nak lebih dari malaikat kerana kita hanya hamba.


Semoga kupasan kali ini membawa seribu pengertian.

Apa komen korang?

Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. salam kenal .
    kunjugi balik ya
    http://jusushare.blogspot.com

    BalasPadam
  2. terbaik!!

    serius just nice :)

    BalasPadam
  3. melebih2 kita kna hargai ramadhan.. :)

    BalasPadam
  4. masa buka selalunya berlebih lebihan

    BalasPadam
  5. kalau akak perasan,orang kita ni mmg suka melebih-lebih bab makanan..kdg2 smpai membazir.. so ayat sesuai dia ---> opss terlebih suda..haha

    BalasPadam
  6. abg Ghani: jgn la berlebih2an.. nnti tak larat nak bangun.. haha~

    BalasPadam
  7. Anip: Ops, terlupa sudah.. haha~

    BalasPadam
  8. hehe kelebihannya banyak kot :)
    mmbawa kabaikan kpd kesihatan,ekonomi,kesedaran dn mcm2 lg :)

    nice entri^^

    BalasPadam
  9. banyak kelebihan puasa ni.. same2 la kita merebut satu malam itu pula.. ^^

    BalasPadam
  10. Alif: a ah, banyak kelebihannya..
    jom rebut keberkatan Ramadhan

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Open Tracker