Langkau ke kandungan utama

Adab Berbuka Puasa- Wajib Korang Tahu

Assalamualaikum...

Entri pesanan dan agama.

Dalam apa jua kita haruslah menjaga adab dan sopan apatah lagi dalam bulan puasa. Sebagaimana waktu bersahur, ketika hendak berbuka puasa juga ada adab-adab yang sewajarnya kita lakukan.


1. Sebaiknya berada di meja makan pada waktu yang tepat. Bukan berada terlalu awal atau terlalu lewat.

Ada juga kata elok juga berkumpul satu famili, bincang masalah, berdoa, bertasbih sama-sama.



2.Bacalah doa berbuka puasa. Elak dari menyuap terus sebaik daripada azan berkumandang.

Takut tersalah dengar azan. Terbatal pula puasa tu kang. Haha~

Jangan sampai terlupa baca doa makan juga k.

Adalah elok berdoa waktu ni. Afdal berdoa.


3. Ambillah kurma atau air kosong terlebih dahulu sebelum makan makanan berat seperti nasi.

Ini ramai jugak yang tak ikut macam ni termasuklah aku. Hehe~ Tapi elok la kita ubah dengan saranan makan kurma dan air kosong dulu.. Ada hikmah ni kalau dah Nabi s.a.w suruh.


4. Makanlah dengan tertib, jangan gelojoh kerana bimbang makanan dihabiskan orang lain.

Adab kita juga kan makan dengan elok-elok.


5. Sebaiknya menunaikan solat Maghrib setelah berbuka dengan sedikit makanan.


Jangan lewat-lewatkan Maghrib tau. Solat Maghrib ni memberi ketenangan kita.


6. Jika ingin makan lagi sebaiknya sambunglah selepas solat Isyak atau solat sunat Tarawih.

Jangan makan banyak-banyak tau. Perut kita bukannya tong sampah untuk dibuang segalanya..


Adab berbuka puasa elok la kita ambik tau. Aku pun bukannya baik sangat tapi tak salah kan kalau kita saling ingat mengingati dan berpesan-pesan sesama saudara. Saudara sesama Islam.

Semoga amalan kita diterima.

Salam Ramadhan yang penuh berkat.

Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. jgn lupa pegi terawih..baik utk perut yg dh kenyang

    BalasPadam
  2. betul tu..sememangnya berbuka puasa ni ada adab2 yang patut dipatuhi...tapi ramai yang tidak mengetahuinya...semoga dgn entry ini ramai yang mengambil manfaat daripadanya...terima kasih sha...

    BalasPadam
  3. Abg Ghani: Ya..

    solat tarawih tu ada hikmah yg tersendiri

    BalasPadam
  4. encik Khairil: ya, ada adab.

    A'ah, semoga dapat disebarkan

    BalasPadam
  5. betul, aku pon selalu amalkan semua =)

    p/s : aku belajar buat onde-onde dengan mak, hehe :P

    BalasPadam
  6. keroro: baiknya ko..

    oo, rajin jugak ko masak ye.. nak belajar dgn mak ko la. Agagagatai~

    BalasPadam
  7. jarang yang ambil tahu.. asal berbuka je semua nak isi...hu3

    BalasPadam
  8. thankx sha... love to read this... :D

    BalasPadam
  9. "Takut tersalah dengar azan"

    Macam mana tu ? Ingat Azan Maghrib sekali Azan Zohor rupanya ?

    BalasPadam
  10. Touya: takut azan maghrib kat tempat lain, tak sama dgn tmpt kita

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Pantang larang dan makanan orang demam campak. Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak.  Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. Risau gatal je.   3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan . 4. Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau m...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Open Tracker