Langkau ke kandungan utama

Blogger: Karenah Buruk Yang Aku Alami

Assalamualaikum...

Entri peribadi.

Karenah blogger

Hai kawan-kawan..

Kalau korang yang baru-baru nak berjinak-jinak (er dulu liar ek korang ni? Haha~ Gurau jer) dengan dunia blog, korang kena la bersiap sedia mental dan fizikal. Apa yang aku ceritakan pada korang adalah 99% cerita dari pengalaman aku bergelar blogger.

Malam ni jalan-jalan ke blog dengan line internet yang boleh menaikkan darah.. Haha~ Tapi tak pe, bersyukur dengan apa yang ada.


1. Silent readers jangan terusan, komen juga sekali sekala [ P E N G H A R G A A N]

Tadi, aku melawat pembaca setia blog aku yang komen entri. Kalau korang tak komen, macam mana la aku nak tahu? Kalau singgah kat shoutbox jer, terus terang aku cakap, aku malas nak jengah kecuali lah mood aku ok plus line internet clear, sampai la aku ke daerah korang. Ekeke~

Tapi kalau korang ni pemalu jugak la, korang letak je blog aku kat bloglist korang atau korang sebutkan nama blog aku dalam entri korang. Senang la aku trace dengan internet. Aku cari nama blog aku di Search Engine Official macam yahoo, google dan bing. Hehe~


2. Kalau ada ilmu, jangan kedekut, janji bagai [H I P O K R I T]

Aku berblogwalking bukan jalan-jalan nak promote blog. Aku ni suka akan ilmu. Tadi dapat la ilmu. Tapi kena edit dulu, kena buat betul-betul, baru ok. Tak apa, yang tu belakang hari aku boleh buat. Yang penting, aku dah dapat ilmu macam mana nak buat.

Senang jer rupanya. Tapi aku pelik la bila jer aku minta kawan-kawan seuninversiti dan kawan blog aku ajarkan diorang cakap

"susah sikit, rumit.."

suruh cari kat internet,

"banyak tutorial kat internet"


Same goes to header. Kata nak buatkan header untuk aku. Bila aku tanya balik, betul ke ko nak buatkan header untuk aku, diam.

"Nanti la aku buat kat ko"

Tapi lepas tu senyap jer. Aku pun malas la nak tanya-tanya lagi sebab masa aku tanya tu katanya masih nak belajar pasal perisian (software). Sebab ni jugak la aku lambat join segment header free dari Anip. Ye la orang tu kan dah janji nak buatkan header untuk aku, kalau aku masuk risau diorang kecik hati plak. Diorang? Sebab bukan seorang jer yang aku minta tolong buatkan header.

Aku bukannya nak suruh jer, kalau boleh aku nak suruh diorang ajar. Aku lebih suka buat sendiri. Aku optimis, aku yakin aku boleh buat. Ye la kalau orang lain boleh buat kenapa tidak aku?
Erm, ke korang tak nak tolong aku?

Aku bukan tak nak cari sendiri, masalahnya aku bukannya pandai sangat bab teknikal ni.. Korang dah ada pengalaman dan mahir, apa salahnya tolong aku? Itu pun berkira ke? Haizs..


4. Sombong tak ada tempat [ B E R L A G A K]

Eh, ada persamaan plak diorang ni. Tak pernahnya nak komen entri aku walaupun aku selalu singgah, tinggal jejak kat shoutbox dan komen entri. Em, sombongnya. Tak pe la, orang femes amos mana la ada masa nak lepak kat blog yang nak buat header pun tak pandai ni,kan?

Minta maaf la, aku tak kan datang lagi blog ko. Apa, ko sibuk sangat dan ramai nak kena jejak balik? Tipu! Aku tahu tak ramai yang komen blog ko pun, bukannya sampai 80 komen, nak dapat 30 komen pun susah.

Tak pe, tak pe.. Ko tunggu la suatu hari nanti bila aku dah pandai. Jangan lah ko datang nak kipas-kipas aku pula.


5. Follower sikit, otai tak pandang [ S E K U F U]

Serius, otai ni pandang kepada berapa jumlah pengikut ko. Kalau sikit, jangan harap la diorang nak singgah kat blog ko.

Blog aku mula dipandang oleh otai-otai blog bila follower dah cecah 1K. Sedih juga, ye la aku tak pandai buat entri.

Tapi aku ni follower aku pun tak tau kenapa diorang nak ikut blog aku. Kalau nak kata aku selalu BW, jangan harap la. Dengan internet yang line putus-putus bak nyawa-nyawa ikan ni aku nak jelajah blog orang.

Aku tak sombong tapi aku ni panas baran kang tak pasal-pasal keluar entri macam ni..  minta maaf tak dapat singgah. Penuh emo entri tu. Tak percaya klik la. Haha~



Erm, cukup la kot setakat tu..

Kalau ada buruk, pasti la ada yang buruknya, kan? Nanti aku sambung bahagian yang baiknya karenah blogger ni pula, k. Nantikan kedatangannya di pasaran. Haha~ Macam promote buku plak. Er, pembetulan, kat pasaran tak ada tau.. Tunggu jer bila aku up date nanti. Haha~ Insya-ALLAH.

Er, ada yang terasa ke? Bagus kalau ada yang terasa. Itulah tujuan aku, supaya korang terasa dan sedar diri. Ekeke~

Korang nak tambah pape tak? Tulis kat ruangan komen, k.

Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Catatan popular daripada blog ini

Tips Pakaian Untuk Konvo

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Nak jaga pemakanan orang demam campak?
Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini.


Tidak boleh menggoreng
Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan.

Menumis pun tak boleh tau.

Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan.

Elakkan makanan laut yang gatal
Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k.

Elakkan yang pedas
Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan.


Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam


Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kalau capucinno? Erm, ikut suka korang la.

Aha, aku ada idea, kalau nak putih maka minumlah air soya. Confirm menjadi. Tapi kalau tak jadi, jangan…