Langkau ke kandungan utama

Lepas Geram: Semoga Berbahagia, Pak Cik. Sayonara~

Assalamualaikum...

Entri peribadi.

Sambungan dari Pak Cik Pergilah Kepada Si Dia, Dia Menantimu

Sila baca dengan lagu patah hati.. Ahaks!



Pak cik, kenapa akhirnya begini?

Kite kecewa sangat. Sangat kecewa.

Kite rasa sedih. Kite nangis. Tiap-tiap malam kite nangis.

Kenapa kite rasa sedih? Mungkin sebab kite rasa pak cik tidak jujur.

Sakit, pak cik tau tak?

Kite jujur dengan pak cik, tapi pak cik sikit pun tidak jujur dengan kite.

Kalau begitu, biarlah kite pun tidak jujur dengan pak cik lagi. Kalau pak cik nak tau, kite boleh je pergi kepada ex-bf kite pada bila-bila masa dan dia akan terima kite. Tapi kite tak buat begitu kerana kite tak nak melukai pak cik. Tapi teganya pak cik melukai kite..

Sakit, pak cik.. Sampai hati kan pak cik?

Kenyataannya hati pak cik masih pada dia. Pak cik masih ada hati pada dia. Kenapa pak cik masih nak ingat kepada dia? Kenapa pak cik masih nak fikirkan orang yang menyakiti dan memalukan pak cik satu keluarga?

Tak apa la pak cik, kalau pak cik nak terima dia kembali, terimalah. Itu hati pak cik. Itu pilihan pak cik.. Kite bukan sesiapa pun melainkan tempat untuk pak cik hamburkan perkataan 'bosan' dan 'menyampah'..

Pak cik pergi la. Kite lebih rela hidup sorang-sorang daripada dijadikan kambing hitam.

Kalau kite nak kahwin, kite nak orang yang boleh terima kite seadanya dan hatinya hanya untuk kite.. Kite tak perlukan orang yang macam pak cik yang hanya pandai berkata-kata tetapi memungkiri janji pak cik.. Pak cik marah kite bila kite kata macam ni pada pak cik. Tapi pak cik tak sedar, inilah diri pak cik sebenarnya.

Kite tak perlukan orang yang penakut (cowards) macam pak cik. Kalau pak cik nak sangat pergi kepada dia, pergi la.. Kite memang rela undur diri daripada makan hati dengan tindakan pak cik!
Pak cik masih lagi bermimpi untuk naik pelamin dengan dia.

Pak cik tahu tak, kenapa dia mesej pak cik then dia tak jawab soalan pak cik 'masih mahu bersama'? Kemudian, bila pak cik call, dia matikan telefon bimbit. Pak cik nak tahu tak?

Sebenarnya, itu hanya helah dia.. Dia hanya nak pancing perhatian pak cik dan buat jeles si dia yang lagi sorang. Tapi pak cik terkena dengan perangkap dia. Kalau dia mahu berbaik dengan pak cik, kenapa selepas enam bulan baru nak cari balik? Kenapa tak sedari dulu lagi dia cari pak cik? Pak cik tak fikir ke?


Kite bukan apa. Kite tak jeles. Kite tak benci. Kite kan cuma kawan biasa. Sebagai kawan, kite nasihatkan pak cik.


Untuk pengetahuan pak cik, kite tak ada kredit dan tak nak top up. Tak ada siapa yang kite nak gunakan kredit kalau topup pun. Kite nak duduk dengan tenang.. Lagipun pak cik sekarang ni dah lain sangat. Bila pak cik cakap pun, asyik memerli kite jer. Sakit hati kite. Pak cik dah jadi macam mula-mula kite kenal pak cik.

Pak cik pun dah tak hubungi kite lagi. Kredit pun pak cik tak bagi lagi.. Tak apa, kite tak kisah. Terima kasih juga untuk kredit-kredit yang pak cik bagi dulu. Kite akan bayar balik walaupun pak cik bagi tanpa pernah  kite minta. Boleh la pak cik gunakan kredit tu untuk hubungi dia lagi, kan?



Kite minta maaf, tak mampu nak buat pak cik happy.



Kite harap pak cik bahagia dengan pilihan pak cik.






Hati yang dilukai tak mungkin akan cepat sembuhnya..


Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Catatan popular daripada blog ini

Tips Pakaian Untuk Konvo

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)