Langkau ke kandungan utama

Pak Cik, Pergilah Kepada Si Dia, Dia Menantimu

Assalamualaikum...

Entri peribadi dan terlalu peribadi.

Tawar hati.

Aku tak tau bagaimana untuk menyatakan di sini.. Tapi sesungguhnya, aku terasa dan tawar hati. Mungkin ada betulnya, kami sekadar teman. Teman tapi mesra kata orang. Haha~ itu kata orang tapi pada dia, aku cuma kawan biasa. Diulangi, kawan biasa!

Ok, fine. Aku cuma kawan biasa.

Baru semalam aku sedar yang aku ni tak lebih dari kawan biasanya.. Sakit? Tak adalah.. Biasa saja.

Kecewa? Tidak. Kenapa? Kerana aku juga baru sedar yang dia bukanlah pilihanku.. Dia bukan jodoh aku.


Suka hati dia jer cakap bosan dengan aku. Bukan sekali tapi sudah berkali-kali. Kemudian, "menyampah" perkataan biasa yang dia lontarkan kepadaku. Apa perasaan korang kalau ada orang menyatakan seperti itu kepada korang?

Kalau ko dah bosan dengan aku, menyampah dengar tutur kataku, tak perlulah mencari aku lagi. Lagipun kita cuma teman biasa.

Ko jugak tidak suka kanak-kanak. Tak pernah lagi aku jumpa lelaki yang tak cair dengan kepetahan kanak-kanak. Dengan anak saudaranya juga tidak bertegur sapa.. Oh, aku tak mau ada masalah dengan sesiapa. Aku pula anak-anak saudara manja dengan aku..

Ko terlalu memilih dan pentingkan kesempurnaan. Minta maaf, aku tidak sesempurna insan lain dan aku tidak layak untuk ko. Aku banyak kekurangan..

Lagi satu, ko ni asyik-asyik stress. Ko ada masalah kejiwaan ke?

Aku fikir malam tadi, kalau ALLAH nak ambik sesuatu yang aku sayang, aku yakin DIA tidak akan mensia-siakan aku.. DIA pasti akan gantikan dengan yang lebih baik.


Pesanan untuk dia:

Sha tak kisah pun kalaupun awak tak pilih Sha. Sha sedar, Sha cuma kawan biasa. Dia pula bekas kekasih. Mungkin dulu dia tersilap langkah. Berilah peluang kedua untuk dia.
Sha tak apa, Sha hepi je dengan hidup Sha. Sha tak perlukan apa-apa. Sha memang bahagia dengan keluarga dan anak-anak saudara Sha. Lagipun, Sha yakin akan ada kawan untuk setiap suka duka Sha.



P/s: Hati ko masih pada dia sungguhpun ko kata menyampah dengan dia. Kalau tak, tak kan ko nak nangis-nangis dan ko yang layan mesej dia. Bertepuk sebelah tangan tak kan berbunyi. Pergilah dengan dia. Kita kan kawan biasa saja. Aku tak apa-apa. Aku ramai kawan.

P/s/s: Aku nak duk sorang-sorang. Jangan ganggu aku lagi kalau kelukaan yang ko nak berikan..



Aku tinggalkan korang dengan catatan 'patah hati' ni:

Biarkan saja hatiku ini pergi jauh
Masa beredar hari bertukar ganti

Luka di tangan sudahlah tentu nampak darahnya
Luka di hati tidak ketahui biasa tau parahnya


P/s again: Wanna to cry. But, should i?

Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. oo dunia, lihat lah dunia.. hahahaha~

    BalasPadam
  2. tiada jodoh antara kita..tumpang sedih baca entry ni..:(

    BalasPadam
  3. Sis Bui: aah, jodoh tu penting..

    biar la bercinta lama mana pun, klu tak ada jodoh berpisah jugak

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Pantang larang dan makanan orang demam campak. Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak.  Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. Risau gatal je.   3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan . 4. Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau m...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Open Tracker