Langkau ke kandungan utama

Review Blog (1): LIVE.LAUGH.LOVE




Assalamualaikum...

Ada blogger suruh aku buatkan review tentang blog dia. Sebab dia baca entri aku yang bertajuk kau yang ku sayang blogger part 1. Korang tak baca lagi? Jom klik..

Seorang lagi blogger yang telah mengikuti nasihatku ialah idham xpression. Beliau adalah blogger yang pandai melukis potret. Sesiapa yang mahu menempah, boleh. Murah-murah saja. Berbaloi.

Ya, demi kawan aku memang tak kisah.. Er, ada aku kisah? Haha. Aku dah mereng ni.. Lalala~ Sila abaikan.

Tapi serius, aku pun tak pandai lagi bab-bab teknikal blog ni. Nak tau lebih, kena tanya otai la.. Cek ni newbie yang lagi noob. *humble tak, humble tak? Ekeke~

Tetapi disebabkan dia dah bodek aku, maka aku pun kena la buat. Haha~ gurau ja..

Insan terpilih untuk direveal eh, salah.. Blog yang terpilih untuk direview adalah kepunyaan Che Sakinah yang cute-mute..  nama blog dia LIVE.LAUGH.LOVE

Ok, jom tengok apa yang Sha review untuk Che Sakinah.





-Letak widget ikut hirarki penting atas, tak penting bawah.
Apa yang penting? Yang penting adalah follower dan shoutbox. Itu yang orang cari dalam blog kita kalau diorang BW.

-Follower dan chat- biasanya org letak pada sebelah kanan.. Tak salah kalau sebelah kiri tapi orang akan rasa janggal sikit la..

-Buat senarai entri- susah nak baca atau tau perkembangan terkini kalau tak de benda alah ni.


-Buat senarai list category, senang nak cari entri dalam genre yang sama. Mana tau, nak cari rujukan lebih dan minat dalam satu kategori. Contohnya resipi.


-Bloglist-paling banyak letak 5 jer -dengar dari blogger otai mana ntah, terlupa.. Aha dari Ariff Shah

-Buat jump break. Tutorialnya? Google la. Sha malas nak cari. Wakaka~.
Ni Sha cari cara memasang read more button kat blog

Ni plak apa yang Sha tau.  Sha bagitau kat sini ye la ek.  Dashboard > new note > compose. Tengok kat senarai button compose. Sebelah link, ada image, video dan break jump. Aha, sudah jumpa..Meh baca sini

Entri yang disarankan adalah 3-5 dalam satu page. Adalah elok dan molek kalau buat 'break jump' bila menulis entri. Ala, yg ada 'read more', 'baca selanjutnya' tu.. Cara buat break jump:

1.Korang buka 'catatan baru' > tngok kat sebelah edit HTML, ada 'karang'



2.Tengok kat link, image, video, break jump. Aha, dah jumpa pun break jump. Boleh masukkan break jump dalam entri yang sudah siap ditulis.


Seeloknya letak break jump dlm 3-4 perenggan pertama. 3-4 perenggan pertama itu la yang akan pembaca nampak dalam page anda.

Selamat mencuba.



Ini Sha petik dalam dokumen Malaysian Blogger United, facebook group. Sha yang tulis artikel tu. Jadi tak salah kalau Sha nak ambik, kan? =) Tak de copy right pun.

-Timbang blog- nak tau blog kira berat ke tak. Jangan lebih dari 100 je. Kalau tak pembaca malas nak tunggu lama dan terus tekan pangkah. Search jer 'timbang berat blog' nanti akan keluar la pencarian tersebut.

-widget tak penting buang
jam dan feedjit tu, tak perlu kot. Jam, semua orang ada jam kat kat bawah komputer/laptop. Traffik pula, tengok je kat Design > Statistics> godek-godek je kat situ. Tak pun, tengok kat Nuffnang.

-Header tu penting sebab sebagai imej diri kita. blog Che Sakinah tak ada header. Sha pun header tak cantik dan serabut. Tahu tu tapi malas nak godek-godek. Apa la punya pemalas minah ni, kan?

-Warna blog- dah cantik tapi kalau lagi cerah, lagi cantik dan sedap mata memandang. Cuba tengok blog otai, memang sejuk ja mata memandang macam Ariff Shah tukar template warna lembut-lembut.. Cari entri tu nak link, tak jumpa pula. Tak larat nak godek dah dalam blog dia. Kalau sesape jumpa, bagitau la..

-Gambar besarkan sikit ye. Biar jelas. Cuba tengok blog hanis zalikha, pic dia jelas walaupun banyak terutamanya pic ni malay engagement majlis tunang kekna cuma gabar tu sudah siap digabungkan oleh Deesphoto.net

Bab entri Sha tak nak sentuh. Kena cari sendiri ek. Lagipun setiap blogger ada caranya yang tersendiri.
Tapi, Sha yang rajin dan baik hati ini, haha poyo.. telah cari bahan untuk santapan minda dan pengetahuan Che Sakinah. Sudi-sudilah klik, k.
Tip 20 blogging

Boleh ikut baca review dari (JT) jejakaterhangat.com kena khatam ni dulu la.. Tapi Sha tak larat la nak baca. Sha pernah baca review JT. Sangat memberangsangkan ilmu yang Sha dapat.

Sha pun rujuk sini jugak 15  kesalahan dalam blogging.
dan ini 17 cara menjadikan blog lebih elok

Pesanan Sha, kalau nak jadi baik, kena la berdamping dengan orang baik. Kalau nak berilmu, berdampinglah dengan orang yang berilmu. Kalau kita ni newbie yang baru belajar tentang blog, maka kena la ikut dan selalu selak entri blogger otai.

Minta maaf ye kalau dah reveal macam-macam kekurang blog Che Sakinah kat sini.

Er, ada sesape tak sudi nak review blog Sha pulak? Pasal header tu, Sha tau memang semak tapi malas dan tak pandai nak buat header. Sape pandai ek? Buatkanlah pada Sha.. Please..

P/s: Handphone Sha yang cap ayam tu hilang. Mohon, dipertemukan semula. Kawan-kawan, mohon doa kalian..

Sha tenang jer.. Chill. Cuma nak sim jer, sebab nak call ayah, suruh datang ambik barang-barang Sha yang banyak kat sini.. Dah habis sem, boleh balik kampung.

Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Catatan popular daripada blog ini

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Nak jaga pemakanan orang demam campak?
Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini.


Tidak boleh menggoreng
Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan.

Menumis pun tak boleh tau.

Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan.

Elakkan makanan laut yang gatal
Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k.

Elakkan yang pedas
Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan.


Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam


Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kalau capucinno? Erm, ikut suka korang la.

Aha, aku ada idea, kalau nak putih maka minumlah air soya. Confirm menjadi. Tapi kalau tak jadi, jangan…

Tips Pakaian Untuk Konvo

Open Tracker