Langkau ke kandungan utama

Catatan

Harga Lace Di Jakel

Lace RM 150/meter Satin itali RM ? Semua RM400 Lace ambil 2 meter sahaja Satin ambil 4+5 meter rasanya. Lace 2 meter = RM 300 Satin cuma 9 meter atau 6 meter (4+2) = RM 100 sahaja. Sebenarnya, dia letak RM 448 atau RM 484 atau RM 489 macam tu. Maaf ya sebab saya ni pelupa sikit. Sebab itu saya tulis kat sni. Nak rujuk balik nanti senang. Hihi. Aku bajet bawah RM 500 sahaja. Ikutkan, aku nak je pakej RM 289. Tapi xde plak. Dapat yg RM 400 ni pn dh okay. Dah x terlajak tinggi. Jimat RM 100. Mula-mula, dia kira sampai RM 789. Pergh, gila mahal. Nasib baik, aku ambik lace 2 meter sahaja. Kalau tidak, jenuh bayar. Pekerja sana ramah. Suka. Nanti nak pergi lagi. Nak cari cadar katil. Kali ni pergi orang ramai sebab nak beli utk persiapan raya.

Tips Membeli Kain Baju Pengantin

Ini baju contoh aku. Okay tak? Sebenarnya, aku pergi gamble sahaja ke Jakel. Rasanya, itulah first time aku menjejakkan kaki ke kedai kain terbesar di Malaysia tu. Tambahan pula, kedainya di Bangunan Jakel Mall, Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur yang baru beroperasi, lagilah kali pertama. Terdesak ok, terdesak. Nak naik pelamin bulan 12 ni, tapi persiapan yang dibuat cuma baru ada baju nikah lelaki dan sampingnya sahaja sudah ada. Lagi, dua minggu lepas, aku beli kain untuk dibuat baju tema adik-beradik perempuanku termasuk anak-anak buah perempuan. (Ni kira, girls day out. Hehe, lain pula maknanya). Just for girls. How about the boys? Ingat nak beli atau buatkan alias tempah baju t-shirt. Tapi kosnya, agak tinggi. Sehelai, RM10. Paling kurang kena buat 30 helai. Kena sediakan duit RM300 sahaja untuk baju t-shirt. Rasa macam membazir pun ada juga. Tengoklah, kalau ada rezeki lebih nanti, boleh buat. Selain itu, aku kata terdesak kerana balik raya kali ini, sekali

Me'nate Steak Hub Berbaloi dengan Harganya, Sila Bawa Duit Secukupnya

Setiap ketulan daging yang dipotong mempunyai saiz dan bentuk hampir sama. Kisah Mustafa si Pemotong Daging DI dalam bilik yang bersuhu di bawah aras beku, tangan kanannya cekap memegang sebilah pisau sambil memotong ketulan daging. Setiap kepingan daging yang dipotong mempunyai saiz dan bentuk yang hampir sama. Hampir setiap hari, pisau dan pengasah menjadi teman setia Mustaffa Othman, 61, sepanjang menjadi pemotong daging sejak tiga dekad lalu. Dek minatnya yang mendalam terhadap daging telah membawa lelaki ini merantau ke kota London, England. Di London, dia mendalami ilmu berkaitan pengurusan daging, sekali gus bergelar sebagai Master Butcher (pakar daging). Menurut pemilik Restoran Me’nate Steak Hub, kesusahan keluarganya pada masa lalu terutamanya tidak mampu membeli daging kecuali mengharap ihsan orang dan sumbangan pada hari raya korban menyebabkan dia begitu meminati daging. “Saya suka daging dan sanggup merantau ke Eropah bagi menambah penge

Membeli Kain Baju Pengantin Di Jakel Mall

Ini pilihan yang menjadi dambaan kalbu. Chewah. Satin Hijau dan lace pink Di kesempatan nak raya dan orang ramai ni, aku pun nak menyelit juga membeli baju pengantin di Jakel  sebab kalau tidak beli dari sekarang, siapa lagi yang nak belikan dan siapa lagi yang nak jahitkan? Sebab masa yang tinggal cuma ada empat ke lima bulan sahaja sebelum majlis resepsi. Membeli Kain Di Jakel Inilah bangunan Jakel Mall, Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur Ikutkan hati, aku tak nak pergi Jakel. Aku nak pergi kedai kain biasa-biasa sahaja atau Nagoya Textile saja. Namun, disebabkan terpujuk kerana mereka kata kain Jakel tu kualitinya bagus dan tak panas, maka aku pun beranikan diri. Tapi aku setkan had bajet sekadar RM500 sahaja. Tak boleh lebih dari itu. Kalau boleh, aku nak yang pakej Pengantin yang berharga RM289 sahaja. Pakej pengantin Jakel ialah 2 meter kain lace, 4 meter kain satin untuk pengantin perempuan dan 4 hingga 5 meter untuk pengantin lelaki. Selain itu, 2 meter

Kasut Pengantin Baru Yang Cantik Sangat

Kasut pengantin baru yang cantik sangat untk disarung ke kaki pengantin. Orang kata, pakailah kasutmu dan berjalanlah ke destinasi cintamu. Kasut satin dengan renda lace biru menusuk kalbu. Kerawang sepatu indahmu nan mempersona Kilauan emas itu membuat hati teruja! Keindahan lace nyata memikat hati Warna dan corak klasik tetap menjadi idaman hati Renda spandex menyerlahkan corak si tumit tinggi anda Rona kuning lembut anggun, ditambah dengan lace dan manik cukup memikat hati Kemasan kerawang berbunga menyerlah sisi ayu si pengantin baru Sungguh anggun walaupun nampak sedikit keanakan Renda halus menjadikan kasut ini sungguh romantis Merah itu cinta! Hijau itu memukau Seksi! Itu yang boleh digambarkan tatkala anda menyarungkan kasut ini di kaki Putih bersih dan menjadi idaman setiap mempelai Jelingan manja saa

Open Tracker