Langkau ke kandungan utama

Catatan

Day 3: A Memory

Tun Mahathir Tugasan hari ketiga ialah a memory. Ternyata banyak memori tapi rasanya macam sedih-sedih. Sha tidak mahu menggamit memori yang tidak indah. Biarlah ia tetap segar di dalam ingatan. Gitu.. Pada masa itu, Sha bersekolah tingkatan enam bawah. Pada suatu hari, kami diarahkan ke dewan sekolah. Rerupanya, ada jemputan dari penulis puisi terkenal tanahair dan pelakon popular. Namanya, sudah tidak ingat siapa.  Mereka mengajak untuk memasuki bidang yang mereka pelopori. Ada lah beberapa murid ke hadapan pentas untuk melakonkan emosi mimik muka dan bahasa badan yang dikehendaki seperti marah, merajuk, cemburu dan lain-lain lagi. Semasa itu pun telah diberitahu bahawa sekolah seterusnya yang akan dijelajahi mereka ialah SMK Jitra, musuh sekolah kami. Mereka seperti memprovokasi kami untuk menghantar wakil yang berminat. Namun, itu sahaja lah. Ramai pelajar masih malu-malu. Termasuk juga Sha. Tapi, tidak lama selepas itu, tahu tak apa yang terjadi? Sekolah kami mendapat tawaran lako

Day 2 : Things That Make You Happy

Makanan. (Sumber: Google) Tugasan hari kedua ialah things that make you happy (benda yang buat awak gembira). Kalau Sha, benda yang buat Sha happy ialah makanan. Yay ! Kalau nak ceritakan, pada kecil-kecil dahulu, Sha rasa selalu lapar. Mungkin sebab kanak-kanak nak membesar kot. Atau keluarga kekurangan makanan.  Bila remaja, arwah ayah Sha suka masak pada waktu petang dan malam. Itulah saat yang menggembirakan Sha apabila arwah ayah suruh makan sampai habis. Dah la sedap, boleh tambah berkali-kali dan suruh habiskan.. Boleh bayangkan tak bagaimana gembiranya Sha ketika itu? Tapi pada masa tu, makan tapi tak gemuk pun, tau. Kurus je. 38kg je. Sekarang ni je dah naik badan sikit. Sekarang ni, Sha duk craving makanan kampung yang masak kat rumah tapi susah nak dapat. Dia macam exotics sikit la.  Kalau Sha dapat masak menu tu, memang bertambah-tambah nasi. Sedap sangat. Jadi, makanan adalah benda yang membuatkan Sha gembira. Terima kasih singgah sini.

Day 1: Describe Your Personality

Describe your personality Sempena nak comeback konon-kononnya, maka Sha kena ikutlah 30 Hari Menulis. Jadi, tugasan menulis hari pertama ialah describe your personality.. Sha dilahirkan sebagai seorang yang memiliki personaliti yang sangat pendiam dan sangat pemalu. Sha juga seorang yang sensitif, mudah tersenyum dan mudah mula mengalirkan air mata. Semakin lama mengharungi liku-liku kehidupan dan aktif semasa belajar dulu, sifat pemalu dan pendiam itu telah berjaya dihakis. Adik-adik angkat Sha tak percaya bila dikatakan Sha ini seorang yang pendiam dan pemalu. Sebab mereka kenal Sha bila Sha tidak menunjukkan karektor sebegitu. Bila dah besar, rasanya sifat-sifat tersebut yang sangat pendiam dan pemalu itu tidak membawa kebaikan. Komunikasi yang baik dan berkesan itu adalah sangat penting di dalam kita melalui kehidupan. Ada lagi nak cerita. Tapi setakat itulah sahaja untuk hari ini, di entri ini. Semoga bermanfaat. Terima kasih sudi singgah di sini. Sampai jumpa lagi, insya-Allah. 

Open Tracker