Langkau ke kandungan utama

Catatan

Persediaan Sebelum Pergi ke Pusat Pemberian Vaksin

Mesti ramai yang nak tahu apa yang perlu dibawa, pakai baju apa. Okaylah sempena aku pun kena pi vaksin esok, maka adalah moleknya aku kongsikan dengan korang semua apa persiapan dan persediaan yang perlu sebelum ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV). Sumber ini aku dapat dari suamiku yang telah dapat vaksin di bawah Program PIKAS, Miti untuk pekerja sektor keperluan (essential sector). Pakaian Memakai baju yang sesuai untuk proses vaksin. Kemas dan sopan. Bagi wanita disarankan pakai 2 lapis baju seperti cardigan dan baju lengan pendek di dalam. Aurat lebih terjaga. Bawa air sendiri. Bawa beg atau bekas yang sesuai untuk letak sedikit sumbangan makanan selepas vaksin.  Jangan lupa bawa pen! Kalau rajin, print surat consent, isi siap2 kat rumah. Tapi jangan risau kat sana pun diorang bagi.  IC jangan lupa.  MySejahtera apps.  Sebelum pergi vaksin, sila makan dahulu. Tidur awal pada malamnya.  Maaf, tak cukup masa. Nanti edit balik

Cara Kumpul Coin Shopee

Shopee Shake Battle pemenang 10 + 10 coin Cara kumpul coin Shopee ni pastinya ramai yang mahu tahu, kan. Banyak coin, banyaklah boleh berjimat di zaman pandemik Covid 19 ini. Sesiapa pun suka kalau boleh tolak diskaun beberapa ringgit.  Ini adalah contoh Sha main Shopee Shake pada pukul 12 tengah malam dan 12 tengah hari. Alhamdulillah, 2 time as a winner in a day! Tak sangka pun sebab dah jarang shake pokok sebab risau juga hp rosak asyik shake je bila siram pokok. 1. Games Kalau ada yang tak tahu, korang boleh dapat coin bila main games yang Shopee anjurkan. Banyak games yang ada tapi siram pokok, tembak belon, pecahkan candy, dadu, claw, dan banyak lagi.  Shopee akan buat games bonus berkala di sepanjang hari atau beberapa hari istimewa seperti 1.1, 2.2, 3.3 dan seterusnya. 2. Shopee Live Satu lagi tengok live Shopee. Pilih yang paling banyak bagi coin. Biasanya 5 coin seller bagi. Tapi selalu juga ada 6 coin. Jarang tapi ada 8 coin, 10 coin. Grab je la.. Jangan lupa dah cukup mas

Skema Temuduga Terbaru

Skema temuduga terbaru berbeza daripada temuduga stail dahulu. Sekarang ini, sesi temuduga ada stail terbaru iaitu ada menjawab soalan bertulis dan juga ujian DASS! Selepas anda selesai ujian bertulis, barulah akan dipanggil untuk ditemuduga. Kena studi cara terbaik menjawab soalan. Perkara yang paling penting adalah menjadi diri sendiri. Tips yang Sha ingat, apabila diajukan kenapa perlu kami menggajikan anda, jangan menjawab sebab tak ada duit, terdesak nak kerja nak bayar sewa rumah, kereta, sara diri dan sebagainya. Jawab lah, saya akan membantu membangunkan syarikat tuan hingga menjadi no 1 di peringkat antarabangsa.  Lebih kurang begitu lah jawapannya. Sha tak ingat jawapan yang disyorkan oleh penemuduga. 

Open Tracker