Langkau ke kandungan utama

Cara Kumpul Coin Shopee





Shopee Shake Battle pemenang 10 + 10 coin


Cara kumpul coin Shopee ni pastinya ramai yang mahu tahu, kan. Banyak coin, banyaklah boleh berjimat di zaman pandemik Covid 19 ini. Sesiapa pun suka kalau boleh tolak diskaun beberapa ringgit. 

Ini adalah contoh Sha main Shopee Shake pada pukul 12 tengah malam dan 12 tengah hari. Alhamdulillah, 2 time as a winner in a day! Tak sangka pun sebab dah jarang shake pokok sebab risau juga hp rosak asyik shake je bila siram pokok.

1. Games

Kalau ada yang tak tahu, korang boleh dapat coin bila main games yang Shopee anjurkan.

Banyak games yang ada tapi siram pokok, tembak belon, pecahkan candy, dadu, claw, dan banyak lagi. 

Shopee akan buat games bonus berkala di sepanjang hari atau beberapa hari istimewa seperti 1.1, 2.2, 3.3 dan seterusnya.

2. Shopee Live

Satu lagi tengok live Shopee. Pilih yang paling banyak bagi coin. Biasanya 5 coin seller bagi. Tapi selalu juga ada 6 coin. Jarang tapi ada 8 coin, 10 coin. Grab je la.. Jangan lupa dah cukup masa beberapa minit, tekan claim dan tekan pangkah X dekat pop up.


Coin untuk apa? Apa faedah dapat coin?

Coin tu, kalau korang shopping kat sesetengah kedai, biasanya untuk bay.aran, korang boleh tolak dari situ. 1 coin= 1 sen. 
Sikit tapi kalau kumpul tetap jadi banyak. 

Contoh harga barang RM10, coin ada 400. RM 10-4= 6
Ya, RM6 sahaja yang anda perlu bayar. Jadi kumpul lah coin tu. X rugi pun. Jimat.


3. Beli yang ada cashback

Pilih kedai yang ada cashback. Kadang-kadang masa hari istimewa Shopee akan sediakan cashback untuk semua kedai. Berbelanja sambil dapat duit balik.

Sha biasanya dapat tolak RM12-RM20. Fuh, memang jimat! Tapi sekarang ni, bebaru ni Shopee dah ada sekatan sikit.. Ada had b.a.y.a.r ikut kedai juga.


Kesimpulannya, kumpullah coin. Boleh guna. Jimat. 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Open Tracker