Langkau ke kandungan utama

Catatan

Panas: Perdana Menteri Malaysia Yang Ke-8

Perdana Menteri Malaysia Siapakah Perdana Menteri Malaysia yang ke-8? Ini adalah isu yang panas sekarang. Ramai yang mahu tahu siapakah yang bakal diangkat sebagai orang paling berpengaruh di negara bertuah ini. Debaran semakin terasa apabila Yang Dipertuan Agong, akan menemubual kesemua ahli Parlimen untuk mendapatkan pendapat mereka. Desas-desus menyatakan beberapa orang tokoh politik yang lain juga turut tersebar. Para penyokong politik juga turut rancak meneka dan mahukan pemimpin mereka naik sebagai perdana menteri. Manakala Perdana Menteri Malaysia interim (sementara) adalah Tun Dr. Mahathir Mohamed yang merupakan Perdana Menteri Ke-7 dan ke-4. Adakah kali ini beliau sekali lagi dipilih sebagai Perdana Menteri? Mari kita sama-sama saksikan sejarah Malaysia ini.  Terima kasih singgah sini

Pengalaman Cara Buang Jarum Implanon Setelah Cukup Tiga Tahun

Cara buang implanon, inilah alat-alatnya. Bebaru ini, Sha ada mengunjungi hospital untuk temujanji membuang jarum implanon setelah cukup tiga tahun ditanam pada lengan kanan. Berikut merupakan pengalaman membuang jarum implanon setelah cukup tiga tahun. Sebelum nak pergi buang itu, terasa berdebar. Memikirkan sakit ke tak? Risau sangat kalau sakit. Ye la, nak ditoreh isi untuk dibuang benda rod besi plastik mengandungi hormon. Jadi, Sha pun google lah terlebih dahalu. Risau wei.. Ramai dan banyak yang Sha jumpa, cakap agak sakit. Hmmm, tapi Sha teringat pengalaman kawan-kawan Sha cakap tak sakit pun. Jadi, Sha berpegang kepada itulah. Appointment Sha pada 21 haribulan. Seawal pagi dah pergi sana. Tunggu giliran. Panggil nama untuk timbang. Kemudian dipanggil untuk berjumpa dengan doktor. Doktor tanya ada masalah apa tak semasa pakai implanon? Jerawat atau naik berat badan? Tiada satu pun masalah pakai implanon ni. Paling best pakai. Doktor minta jururawat untuk meletak

Claustro Phobia, Fobia Tempat Sempit

Claustro Phobia, fobia tempat sempit Korang ada fobia sesuatu? Sha ada fobia tempat sempit, Claustro Phobia. Mula sedar ada umur 20 tahun. Macam mana tahu dapat fobia? Ada banyak sebenarnya. Cuma yang paling Sha ingat adalah, suatu hari, Sha dalam kelas yang boleh kita ubah kerusi dan meja, gerak-gerak. Tetiba, Sha rasa macam sempit sangat. Minta kawan depan gerak ke hadapan sikit. Minta kawan tepi pun jauh sikit. Dah gerak semua. Tapi Sha rasa sempit lagi. Sha tanya kawan kat sebelah. Dia rasa sempit tak? Dia jawab tak sempit pun. Padahal dia tu gemuk dan tempat dia memang sempit. Tempat Sha dah lebih besar dari dia. Lepas tu, Sha minta tukar ke hadapan sedikit dan tepi jalan. Alhamdulillah, dah rasa selesa. Naik van pun, Sha tak boleh sempit-sempit. Pernah dulu, kami nak pergi Hatyai, Thailand. Juga berpengalaman dengan kawan Sha yang seorang gemuk ini lah. Naik van, Sha kat tepi. Dah mula sesak nafas. Dia rileks sahaja walaupun dia memang jauh berisi dari Sha. Sha kurus

Open Tracker