Langkau ke kandungan utama

Catatan

Rajah Perjalanan Komuter Aliran Transit Ringan (LRT) Kuala Lumpur

Rel transit di stesen Korang nak ke mana-mana dalam Kuala Lumpur, adalah lebih mudah dan jimat masa tidak terperangkap dalam kesesakan jalan raya dan jimat kos minyak kereta, dengan menggunakan komuter  Aliran Transit Ringan (LRT). Tapi, elakkan daripada waktu orang masuk pejabat dan keluar pejabat ya. Kalau tidak, ramai bersesak-sesak, terutamanya di bandar-bandar besar dalam Kuala Lumpur. Jadi elakkan keluar pada pukul 7 hingga 9 pagi. Selepas itu, keadaan dah okay, kurang sesak dan mendamaikan. Semoga entri ini membantu anda merancang perjalanan dan percutian di Kuala Lumpur.

Waktu Solat Sunat Dhuha

Waktu solat-solat yang lain kita tahu bila waktunya dengan mendengar muazin melaungkan azan, melihat takwim solat atau mengira panjang pendeknya kedudukan matahari . Waktu solat dhuha ramai yang ingin tahu bilakah masa yang sesuai melaksanakannya. Okay, katakanlah waktu syuruk itu pada pukul 7.00 pagi . Waktu dhuha bermula selepas 28 minit habis waktu syuruk. Jadi, 28 minit selepas pukul 7.00 pagi ialah 7.28 pagi. Itu adalah andaian kalau waktu syuruknya pada pukul 7.00 pagi. Setiap tiga hari sekali, waktu biasanya akan berubah. Jadi, rujuk takwim solat bilakah waktu syuruk dan tambahkan 28 minit ya. Waktu yang disarankan dan paling afdhal ialah pada pukul 9.30 pagi iaitu matahari tinggi segalah (tujuh ke lapan hasta). Dari 9.30 pagi ke 10.30 pagi macam tu. Kalau mula awal 8.00 pagi-9.30 atau 10 pagi sudah habis waktu dhuha. Tujuan buat solat sunat dhuha ialah untuk meminta kepada ALLAH supaya memurahkan rezeki kita . Ya, commonly, orang buat solat ni sebab nak rezeki m

Dapat Kerja di Jabatan Kerajaan, Cara Nak Pergi Tempat Kerja Sungguh Mencabar

tahniah dapat kerja. Kerja elok-elok ye Alhamdu lillah, aku telah diterima kerja untuk satu jabatan kerajaan. Mulanya, ingatkan aku boleh ditempatkan di negeri aku. Tetapi, sekali bila melapor diri, aku kena menetap di sini. Jadi orang Kuala Lumpurlah. Individu yang banyak membantu aku di sini adalah keluargaku. Ayah, kakak-kakak, abang ipar-abang ipar, abang, sepupu-sepupuku dan kawan-kawanku. Terima kasih semua. Aku gerak dari rumah pukul 6 pagi. Kiranya pukul 5 pagi dah kena bangun. Abang ipar hantar ke stesen Keretapi Klang, Selangor. Ambil komuter KTM ke KL Sentral. Kemudian ambil Kelana Jaya Liner ke Sri Rampai. Kemudian ambil bas atau teksi ke tempat kerja. Perjalanan mengambil masa selama sejam 45 minit. Klang ke KL Sentral mengambil masa sejam, manakala perjalanan dari KL Sentral ke Sri Rampai kira-kira setengah jam dan dalam sepuluh minit dari Sri Rampai ke tempat kerja. Balik pula, ambil bas dari tempat kerja. Kadang-kadang bas tu pusing satu Wangsa Maju. Jenuhlah, la

Open Tracker