Langkau ke kandungan utama

Waktu Solat Sunat Dhuha





Waktu solat-solat yang lain kita tahu bila waktunya dengan mendengar muazin melaungkan azan, melihat takwim solat atau mengira panjang pendeknya kedudukan matahari. Waktu solat dhuha ramai yang ingin tahu bilakah masa yang sesuai melaksanakannya.

Okay, katakanlah waktu syuruk itu pada pukul 7.00 pagi. Waktu dhuha bermula selepas 28 minit habis waktu syuruk. Jadi, 28 minit selepas pukul 7.00 pagi ialah 7.28 pagi. Itu adalah andaian kalau waktu syuruknya pada pukul 7.00 pagi. Setiap tiga hari sekali, waktu biasanya akan berubah. Jadi, rujuk takwim solat bilakah waktu syuruk dan tambahkan 28 minit ya.

Waktu yang disarankan dan paling afdhal ialah pada pukul 9.30 pagi iaitu matahari tinggi segalah (tujuh ke lapan hasta). Dari 9.30 pagi ke 10.30 pagi macam tu. Kalau mula awal 8.00 pagi-9.30 atau 10 pagi sudah habis waktu dhuha.

Tujuan buat solat sunat dhuha ialah untuk meminta kepada ALLAH supaya memurahkan rezeki kita. Ya, commonly, orang buat solat ni sebab nak rezeki murah.  Tak tahu nak baca surah yang disarankan baca? Taka pa, korang buat juga dengan menggantikan dengan surah lain. Tak salah pun. Dalam masa yang sama, korang berusaha hafal surah yang disarankan itu seperti surah As-syam, Al-kafirun, ad-Dhuha, Al-Iklhas, Surah Kursi, dan lain-lain. Islam itu mudah, jangan susahkannya.

Doa dhuha juga, korang hafallah. Aku suka nasyid tu, selalu nyanyi:

Ya ALLAH, waktu dhuha itu dhuha-Mu
Kecantikan, kecantikan-Mu,
Keagungan, Keagungan-Mu
Kekuasaan, kekuasaan-Mu.


Ya ALLAH, jika rezeki masih di langit turunkanlah,
jika di bumi keluarkanlah,
jika di laut, timbulkanlah,
jika haram, sucikanlah
jika sedikit, perbanyakkanlah
jika sukar, permudahkanlah.

dan jadikanlah kami hamba-Mu yang soleh.


Dalam radio Kedah fm, akan pasang pada pukul 7.45 pagi. Dengarlah.

Seeloknya, buat solat Sunat Taubat dahulu sebelum melaksanakan solat sunat dhuha. Sebab bila dosa kita diampuni, mudahlah ALLAH memberi rezeki kepada kita. Macam manusia juga, kalau ada orang buat salah pada kita, kemudian nak pinjam duit kita, susah kan kita nak bagi pinjam. Tapi kalau orang tu dah minta maaf, mudah pula kita nak bagi pinjam. Ya tak?

Dah buat solat dhuha, sebolehnya jadikan amalan setiap hari, korang tawakal (kebergantungan seratus peratus) kepada ALLAH, di samping berusaha. Korang tunggu je nanti, pasti akan ada rezeki yang masuk dalam hidup anda. Nanti, bagitahu aku ya, apakah rezeki yang korang dapat. Senyum.


Ulasan

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Pantang larang dan makanan orang demam campak. Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak.  Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. Risau gatal je.   3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan . 4. Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau m...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Open Tracker