Langkau ke kandungan utama

Catatan

Rupanya Kena Demam Campak

Rupanya kena demam campak. Anak Sha, Hana kena campak. Pagi ni, dekat pukul 8 baru perasan. Terus bawa p klinik. Doktor bagi kuarantin 2 minggu dari hari ini 7hb sampai 20.3.2025. Sebab suami Sha x pernah kena lg campak. Kang berjangkit dengan dia, x balik kg beraya pula. Sha pernah kena campak, jadi doktor cakap xkan kena dah. Sha akan bg ubat lajukan keluar campak anak. Jadi kuarantin seminggu sahaja lah, insya-Allah. Sha ni dah la banyak kerja, bersusun2. Dah la kawan Sha baru je cuti bersalin sejak kelmarin. Sha la kena ambil alih tugasnya. Dah tu, hari pertama ambil alih, ada 2 kerja besar turun ke batu jemala patik. Semalam pula, 1 lagi tugasan besar sudah dapat kelulusan. Seminggu bekerja ni, semalam je teman kawan ke bawah, tengok jualan Ramadhan. Sebabnya dia xde kawan nak turun. Kesian juga kat dia. Seminggu ni Sha tak turun sebab kerja banyak. Setiap hari bekerja dalam bulan puasa ni, busy dia sama je. Ingatkan slow sikit kerja. No, same je. Mungkin Allah nak bagi Sha rehat ...

Berjaya Pujuk Suami Shopping Baju Raya

Berjaya pujuk suami shopping baju raya. Dari minggu lepas lagi dah ajak si dia singgah sini. Tapi sibuk katanya. Nak hujan la. Bermacam-macam alasan. Hari ini, last minute planning berjaya. Tu pun, Sha kena tunggu lama juga. Beli brand ni bukan sebab viral yang guna duta tapi sebab pernah beli brand ni, puas hati. Pakai banyak tahun pun kekal herlok lagi. Cantik lagi. Harga pun marhaen mampu. Itu yang kita cari. Dulu beli kat Shopee je. Sekarang kedai Shopee nya dah macam x menjual di situ. Ada jual kat Tiktok. Tapi entahla, rasa lebih suka datang tengok sendiri. Suami sibuk cakap, kena bawa Harraz datang sini. Sha cakap, settle kan awak dulu. Awak penting. Harraz tak apa. Lepas tu, dia sibuk nak bawa Hana juga. Cantik-cantik baju sini katanya. Baju wanita pada Sha ada yang cantik. Ada yang kurang berkenan. Memang cantik semua tapi Sha la ada yang kurang kenan sikit. Citarasa masing2 kan. Cuma material kain macam brocade tu best . Sha pernah ada baju material sama. Rasa mahal. Balik t...

Diet Langkah Pertama Ialah Elak Air Manis

Diet langkah pertama ialah elakkan air manis. Ya, agak sukar bagi orang yang terbiasa minum manis setiap hari. Nak turun berat badan tak? Kalau nak, terpaksalah berkorban minum manis. Ini makanan 31 Januari 2025. Nasi separuh, ulam bendi celur + sambal belacan, hati dan tengkok ayam masak kicap dan ikan keli goreng. Akhirnya, sampai jua ke hari terakhir bulan Januari yang mana cukup 1 bulan bermula 1st of January 2025, Sha elakkan minum air manis. Mula-mula sekali, tak order air manis melalui aplikasi rider makanan walaupun rasa alahai teringinnya. Sha juga tak beli juga air manis waktu pagi masa masuk kerja. Biasanya setiap hari atau selang sehari akan beli air manis waktu pagi bersama sarapan nasi goreng atau nasi lemak atau spageti. Ada sekali makan di luar dengan kawan, Sha order set sekali air manis. Tapi dah janji nak bagi kat dia sebab Sha tak minum air manis. Air tu duk depan mata, rasa nak grab je. Aduhai, dugaan.. Mujurlah boleh bertahan. Ada sekali suami beli air coke. Dah a...

Open Tracker