Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tak Dapat Period Selepas Suntikan Depo Provera?

“Dr Imelda, kenapa selepas suntikan depo provera sebagai kaedah merancang keluarga, saya tak dapat period?” Terlalu ramai netizen tanya soalan ini. Mai chek nak habaq. Jika chek beri anda semua ilmu pengetahuan percuma, syaratnya ialah anda semua gunakan ilmu pengetahuan ini untuk tambah ilmu secara am saja. JANGAN MINTA CONSULTANCY PERUBATAN ATAU PENDAPAT PERUBATAN PERIBADI DI RUANG KOMEN. Sebab chek tak buat clinic di media sosial. Anda yang ada masalah tentang merancang keluarga pergilah ke klinik berjumpa doktor dan jangan tanya di media sosial. Jika anda post soalan tentang masalah peribadi di ruang komen dan acik bawang mai jawab soalan anda di sini.  Chek akan delete terus tau, sebab chek tak mahu menggalakkan budaya acik bawang tak bertauliah cuba menjawab soalan perubatan dan cuba jadi doktor dengan alasan ‘ilmu Allah ini luas’ padahal dia tak ada ilmu tetapi bersangka dia ada ilmu, kemudian bagi jawapan yang salah di laman chek. Penat chek nak delete nanti. Janganlah menyusah...

Belajar Bahasa Utara (Kedah) Status Dalam Keluarga

Belajar Bahasa Utara (Kedah) Status Dalam Keluarga. Lama tak buat siri belajar bahasa kan. Ada juga Sha buat belajar Bahasa Thailand dan Bahasa Kelantan. Please check it out! Ibu = mak Bapa = bapak Ibu bapa = mak bapak Saya = cek (digunakan ganti diri apabila bercakap dengan orang yang lebih tua. Jika sebaya, penggunaan 'aku' digunapakai. Janda = Bujang Duda = Bujang Pengantin lelaki = anak teruna Pengantin perempuan = anak dara Lelaki = jantan Perempuan = betina Panggilan untuk anak saudara  Anak saudara = anak menakan Bapa saudara = pak menakan Ibu saudara = mak menakan Anak pertama = Pak / Mak Long Anak kedua = Pak / Mak Ngah Anak ketiga = Pak / Mak Lang Anak keempat = Pak / Mak Njang Anak kelima = Pak / Mak Teh Anak keenam = Pak / Mak Cik Anak ketujuh = Pak / Mak Su Biasanya sampai anak kelima tu panggilannya Teh. Ke bawah lagi, panggilan mungkin berubah contohnya disebabkan anaknya 6 orang sahaja, dia nak panggil Su. Jika ada anak ramai, anak pertama atau kedua mungkin pan...

Isu Ham di Universiti Malaya

Isu Ham di Universiti Malaya ini  Sebenarnya kita boleh sahaja ambil langkah yang objektif dan sederhana. Keadaan jadi teruk bila kita terlalu ekstrim. Ekstrim dalam mempertahankan, ekstrim dalam memerli. Sebagai Muslim, kita tahu ini isu agama kita. Tapi kita kena tahu yang bukan Islam tak faham sepenuhnya kenapa ia begitu besar pada kita. Maka kita jelaskan. 2 perkara di sini. 1. Yang dijual adalah ham sandwich. Ham ikut kefahaman umum adalah daging dari khinzir. Kecuali kalau tulis turkey ham, chicken ham. Sama mcm bacon. Saya memang akan tanya, ini beef bacon ke? Kalau ada halal, saya lega. So kalau sandwich ni saya lega lah. 2. Cuma rupanya halal yang dipamerkan itu halal palsu. Tak ada pendaftaran dengan JAKIM. Maka kita tak pasti ham itu asalnya dari khinzir atau tidak. Sebab itu mereka siasat lebih lanjut untuk kepentingan umat Islam di sini. Pada umat Islam, status halal sesuatu makanan itu sangat penting. Jika masyarakat Hindu tidak makan daging dari lembu atas tuntutan agama...

Open Tracker