Langkau ke kandungan utama

Catatan

Makan Kenduri Dalam Talam

Hidangan kenduri bertalam Masa kecik2 dulu, merasa makan kenduri yang dihidangkan dalam talam. Kemeriahan itu sangat terasa. Seronok. Kenduri dulu2, letih mentara nak kena angkat talam. Kena pastikan sekurang²nya dua orang baru boleh angkat hidangan. Kalau seorang kena tunggu orang lain atau tumpang hidangan orang lain. Lepas tu, pinggan mangkuk kaca dan sudu pula banyak nak kena basuh. Bila kenduri mula buat secara buffet, hidangan bertalam susah dah nak jumpa. Hidangan secara buffet lagi mudah. Hanya perlu pastikan makanan ditambah, pinggan, mangkuk, sudu garpu cukup. Itupun dah banyak pakai plastik yang pakai buang. Zaman berganti. Kenangan dulu2 yang tak mungkin akan kembali..

Sebab Wanita Menggilai Beg Tangan

Beg tangan wanita, Hermes Birkin Gaduh disebabkan beg tangan? Ada beberapa sebab kenapa wanita menggilai beg tangan. Wanita mana yang tidak suka beg tangan?  Cuma ada penghalang seperti kos yang tinggi, ketidaksesuaian pakaian dan kehidupan seharian yang janggal memakainya. BEG TANGAN WANITA WAJIB MAHAL? Berikut adalah beberapa jenama dan harga untuk beg tangan mewah yang sering menjadi kegemaran selebriti: Jenama dan Anggaran Harga 1. Hermès Birkin Harga : RM40,000 - RM500,000 atau lebih Sebab popular : Terkenal dengan kualiti kulit premium, edisi terhad, dan menjadi simbol status tinggi. Model Birkin sering menjadi koleksi selebriti dan sukar diperolehi. Lebih tahu pasal beg ini semasa kes perbicaraan Datin Sri Rosmah Mansor, isteri bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Razak. Sebelum ini nampak model antarabangsa pakai. Teringin juga nak pakai sebab comel. 2. Chanel Classic Flap Bag Harga : RM25,000 - RM50,000 Sebab popular: Direka oleh Coco Chanel, beg ini klasik dan ele...

Rasa Tidak Mahu Makan Bila Scaling

Rasa tidak mahu makan bila dapat cuci gigi a.k.a scaling . Rasa bersihnya tu, best . Tak nak makan, nanti dah tak bersih. Rasa selesa je bersihnya tu. Dentist pernah bagitau, kalau nak tau gigi tu bersih, rasa licin. Kalau rasa kesat tu, maknanya gigi belum bersih lagi. Dah jadi rutin Sha akan scaling gigi setahun sekali. Tu at least dah tu. Hahaha. Sebab pada Sha agak mahal kosnya. Ye la, RM90 berbanding RM1 di klinik kesihatan kerajaan. Jauh berbeza. Maka, setahun sekali pun jadilah, buat syarat. Pengalaman Sha mencuci gigi. Tahun 2009 ke 2010 kot, itu first time ever . Itu pun adik yang bawakan. Ikutkan kakaknya ni, takkan pi cuci seumur hidup. Hahaha. Sebab apa, malu sebab dah berkerak banyak rasanya. Ye la, tak pernah cuci. Dah berkerang banyak. Caries gigi. Gusi pun dah turun bawah gigi yang bawah. Lepas dah cuci, seminggu macam tu, dah okay. Gusi dah pegang gigi balik. Alhamdulillah.. Biasanya gigi akan cantik seminggu selepas scaling. Lebih putih. Gusi pun dah ok balik. Next ...

Open Tracker