Langkau ke kandungan utama

Sebab Wanita Menggilai Beg Tangan


Beg tangan wanita, Hermes Birkin


Gaduh disebabkan beg tangan? Ada beberapa sebab kenapa wanita menggilai beg tangan. Wanita mana yang tidak suka beg tangan? 

Cuma ada penghalang seperti kos yang tinggi, ketidaksesuaian pakaian dan kehidupan seharian yang janggal memakainya.

BEG TANGAN WANITA WAJIB MAHAL?

Berikut adalah beberapa jenama dan harga untuk beg tangan mewah yang sering menjadi kegemaran selebriti:

Jenama dan Anggaran Harga

1. Hermès Birkin
Harga: RM40,000 - RM500,000 atau lebih

Sebab popular: Terkenal dengan kualiti kulit premium, edisi terhad, dan menjadi simbol status tinggi. Model Birkin sering menjadi koleksi selebriti dan sukar diperolehi.

Lebih tahu pasal beg ini semasa kes perbicaraan Datin Sri Rosmah Mansor, isteri bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Razak. Sebelum ini nampak model antarabangsa pakai. Teringin juga nak pakai sebab comel.


2. Chanel Classic Flap Bag
Harga: RM25,000 - RM50,000

Sebab popular: Direka oleh Coco Chanel, beg ini klasik dan elegan dengan rekaan quilted dan tali rantai emas yang ikonik. Selalu diinginkan kerana keabadian rekaan.

3. Louis Vuitton Capucines
Harga: RM20,000 - RM40,000

Sebab popular: Louis Vuitton terkenal dengan produk kulit berkualiti tinggi dan beg tangan yang tahan lama. Capucines sering dipilih kerana rekaannya yang moden dan kemas.

4. Dior Lady Dior
Harga: RM15,000 - RM30,000

Sebab popular: Rekaannya feminin dan elegan dengan quilted pattern serta berikan aura eksklusif kepada pemiliknya. Nama beg ini terinspirasi daripada Puteri Diana.

5. Gucci Dionysus
Harga: RM8,000 - RM15,000

Sebab popular: Beg ini menjadi kegemaran kerana rekaan yang unik, bold dan ikonik Gucci dengan sentuhan moden yang menarik perhatian.

6. Prada Galleria
Harga: RM10,000 - RM20,000

Sebab popular: Beg ini menawarkan reka bentuk minimalis dan elegan, sesuai untuk kegunaan harian dengan kualiti yang sangat tahan lama.

5 Sebab Kenapa Ramai Wanita Menggemari Beg Tangan Mewah?

1. Status Simbol dan Keyakinan Diri

Beg tangan berjenama sering dilihat sebagai simbol status dan kejayaan. Memiliki beg tangan ini boleh memberi keyakinan diri yang lebih tinggi. Buat modal kejayaan kepada orang lain terutamanya orang bawahan dalam bisnes.

2. Kualiti dan Ketahanan

Beg tangan berjenama dibuat dengan bahan berkualiti tinggi dan sering bertahan lama. Tahan hingga tiga ke sepuluh tahun dan mungkin lebih.

Faktor ini menjadikannya pelaburan yang baik bagi mereka yang menghargai kualiti.

Kalau beg fashion yang murah-murah hanya akan bertahan sebulan sahaja jika penggunaan setiap hari ke pejabat.

3. Rekaan dan Fesyen

Reka bentuk yang ikonik dan estetika yang elegan menjadikan beg tangan berjenama ini sentiasa diinginkan. Setiap jenama biasanya menawarkan keunikan yang sukar ditiru oleh jenama lain.

4. Pelaburan dan Nilai Jualan Semula

Beberapa beg tangan, terutamanya yang edisi terhad atau daripada jenama seperti Hermès, boleh menaikkan nilai dari masa ke masa. Ini membuatkan mereka bukan sahaja untuk fesyen tetapi juga sebagai aset.

5. Pengaruh daripada Selebriti dan Media.

Selebriti yang memakai beg tangan berjenama ini sering memberi inspirasi kepada peminat. Media sosial pula memainkan peranan besar dalam menguatkan tren ini, menjadikan beg tangan mewah lebih diinginkan.

Kesimpulan

Oleh yang demikian,beg tangan ini memang lebih sekadar aksesori; bagi sesetengah wanita, ia adalah simbol pencapaian dan refleksi peribadi mereka.

Nampak sekarang kenapa bag tangan boleh pecah belahkan rumah tangga?

Gittew.

Sebagai wanita, adalah suka dapat menggayakan beg yang cantik lagi eksklusif. Lebih bermakna lagi apabila datangnya dari titik peluh sendiri.

Bukan macam seorang selebriti yang katanya nak jual balik (preloved) koleksi begnya dengan susah payah, padahal umum tahu dia dapat dana dari kerajaan dan GLC, berpuluh juta.

Dan bukan juga berebut beg dari seorang chef makan barat yang bagi beg bekas isteri kepada skandal.

Sekian, done into the scene.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Open Tracker