Langkau ke kandungan utama

Rasa Tidak Mahu Makan Bila Scaling


Rasa tidak mahu makan bila dapat cuci gigi a.k.a scaling. Rasa bersihnya tu, best. Tak nak makan, nanti dah tak bersih. Rasa selesa je bersihnya tu.

Dentist pernah bagitau, kalau nak tau gigi tu bersih, rasa licin. Kalau rasa kesat tu, maknanya gigi belum bersih lagi.

Dah jadi rutin Sha akan scaling gigi setahun sekali. Tu at least dah tu. Hahaha. Sebab pada Sha agak mahal kosnya. Ye la, RM90 berbanding RM1 di klinik kesihatan kerajaan. Jauh berbeza. Maka, setahun sekali pun jadilah, buat syarat.

Pengalaman Sha mencuci gigi. Tahun 2009 ke 2010 kot, itu first time ever. Itu pun adik yang bawakan. Ikutkan kakaknya ni, takkan pi cuci seumur hidup. Hahaha.

Sebab apa, malu sebab dah berkerak banyak rasanya. Ye la, tak pernah cuci. Dah berkerang banyak. Caries gigi. Gusi pun dah turun bawah gigi yang bawah.

Lepas dah cuci, seminggu macam tu, dah okay. Gusi dah pegang gigi balik. Alhamdulillah..

Biasanya gigi akan cantik seminggu selepas scaling. Lebih putih. Gusi pun dah ok balik.

Next scaling gigi tahun 2014 kalau tak salah. Wei, lama.. Itulah seingat Sha. Bulan 5 2014 Sha buat scaling kat UTC Alor Setar, Kedah.

Ikutkan dah lama Sha nak p kat Klinik Pergigian kat UTC tu tapi bila pi, asyik ditutup sebabdah penuh je. Banyak kali Sha pergi, no ditutup. Tak ada harapan. Kena p awai sungguh. Pukul 9 lebih dah tutup no. Dulu la, masa circa 2013-2014. Time cuti sekolah lagi awal dia tutup.

Masa tu, Sha dapat doktor gigi lelaki berbangsa cina. Dia tulis kat kertas, suruh Sha cari google.

Periodantal. Itu penyakit gigi Sha. Sedih juga masa tu. Takut hilang gigi a.k.a gigi cabut, tinggal tunggul atau ronggak tak ada gigi. Kena pakai gigi palsu. Oh no!

Bulan 9 Sha pi scaling kat UTC Pudu, Kuala Lumpur pula. Jadi, sikit je la nak buang karang tu.

Lepas tu, rasanya langsung tak buat scaling. Sampailah bulan 12 2018. Buat scaling kst UTC Dato' Keramat, Kuala Lumpur.

Bulan 2 2020 pun Sha p scaling kat situ. Redah je walaupun seorang diri. Sebelum-sebelum ini pergi dengan suami. Dia pun sama-sama buat scaling gigi kecuali kat UTC Alor Setar.

Lepas tu, nak p scaling tapi kan PKP COVID-19. Bab scaling ni kat klinik kesihatan kerajaan sekejap buka, sekejap tutup. Sebab ada contact kan, bahaya. Mulut pula tu.. Masa tu, kena buat appointment temu janji. Tu pun asyik penuh.

Kebetulan ada klinik gigi swasta ada buka dekat dengan rumah Sha. Sha try hubungi. Harganya promo untuk dua orang. Jadi, Sha ajak suami sekali. Anak-anak minta jiran jaga sekejap. Masa tu bulan 9 2021.

Pengalamannya berbeza dengan klinik gigi kerajaan. Klinik gigi swasta ada spek, tak la silau. Ada nurse tolong pegangkan mesin penyedut air dalam mulut. Taklah kita nak kena sedut sendiri.

Gigi Sha ok semua. Dalam istilah dentist "song". Kecuali ada 1 gigi berpalam hitam, sejak dari darjah 2 kalau tak silap. Ada 1 lagi gigi goyang sikit sebab gigi tu berubah tempat. Dia beranjak ke dalam dan naik atas sedikit. Jadi tak sama 1 gigi Sha. Dah tak sama 😭

Next, 10.10.2022 ingat sebab birthday adik, pengumuman kabinet bubar dan 1 lagi tak ingat. Cuti bab keagamaan.

Tahun 2023 tak ingat. Tak pergi kot. Sebab duk tangguh-tangguh, banyak kerja.

Tahun 2024, bulan 4 sebelum balik kampung beraya. Terlambat dah time tu. Hari ini juga, 20.10.2024 buat scaling lagi selepas 6 bulan. Sebab promo. Murah sikit la. Lagipun best cuci gigi ni. Rasa bersih. Selesa.

Doktor nasihat cuci gigi selalu. Kena rajin cuci kat rumah, tengok cermin.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Open Tracker