Langkau ke kandungan utama

Catatan

Nak Racun Monyet, Kanak-Kanak Kritikal SelepasAmbil Makan

Pagar yang diletakkan jajan beracun tikus Nak racun monyet, akibatnya kanak-kanak kritikal selepas ambil makan. Seluruh negara tergempar dengan berita tentang dua orang kanak-kanak berumur 2 dan 3 tahun yang telah makan keropok jajan yang telah diletak racun tikus bagi membunuh monyet yang mencuri makanan di kebun pemiliknya. Sha baca berita, pemilik kebun tersebut telah ditahan oleh pihak polis untuk diambil keterangan berhubung perkara ini. KEADAAN MANGSA KRITIKAL Inna lillahiwa inna ilaihi rajiun. Sedihnya baca berita tentang kritikal dua beradik di Kulim yang berusia 2 dan 3 tahun tu. Adik-beradik ni jumpa bungkusan keropok yang digantung pada tiang sebuah pagar, jadi mereka pun ambil dan makan. Tak lama lepas tu, mereka dijumpai dalam keadaan muntah-muntah dan berbuih mulut, lalu segera dikejarkan ke hospital. Selepas disiasat, rupa-rupanya keropok tu telah dicampur dengan racun tikus dengan niat untuk meracun monyet. Kalau dah macam ni, sape pun teringin Kenapalah letak umpan be

Apabila Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Diumumkan

Keputusan SPM Apabila keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan pada 27 Mei 2024, maka banyaklah corat-coret membahaskan mengenai pelbagai aspek. Mari kita baca pendapat bernas pensyarah universiti Dr Syahr Musafir. Di mana Amalina 17A? Di mana Fatimah 18A?  Di mana Azali 21A?  Di mana Nik Nur Madihah 20A?  Sebenarnya perit bagi saya, apabila orang bercakap-cakap perihal Amalina pelajar cemerlang SPM 2004 (17 A) sekarang bergelar doktor pakar perubatan pembedahan di UK dibanding lalu dipersoalkan kenapa Nik Nur Madihah pelajar cemerlang SPM 2008 (20 A) bukanlah doktor, bukanlah graduan universiti luar negara, bukanlah influencer terkenal di media sosial, dan macam-macam lagi. Perit sebab bagi saya, perlukah banding-banding? Disebabkan kecoh perbandingan dan persoalan sebegini, nama-nama lain seperti Siti Fatimah Mukhtar pelajar cemerlang SPM 2006 (18 A) dan Azali Azlan pelajar cemerlang SPM 2007 (21 A) turut terpalit apabila ditanya-tanya di manakah mereka ini, kenapa merek

Kenangan Di Kampung Ketika Tiada Air Paip

paip air Kenangan di kampung ketika tiada air paip. Kenangan ini berlaku pada tahun 1990-an yang mana pada masa itu, ada sebahagian telah menggunakan sumber air daripada jabatan air negeri manakala sebahagian kejiranan lagi menggunakan air telaga.  Namun, kalau mereka tahu bagaimana panasnya Kedah di musim kemarau, akan memahami keadaan ini. Air paip pun tiada kerana dengar-dengar, empangan pun hampir kehabisan air.  Semua kejiranan akan serbu ke sebuah telaga yang berada di dalam kebun getah berdekatan kejiranan. Dekat, adalah 100 meter begitu.  Sumur itu jernih airnya. Sejuk. Namun tidaklah dalam mana. Kiranya tak kan takut kalau nak terjun atau terjatuh. Tidak dalam tapi tidak pernah kering airnya. Pabila (sengaja menggunakan perkataan pabila , nak nampak lebih gramatis) musim kemarau tiba, maka kami kejiranan berpusu-pusu menuju ke telaga itu. Memang kena pergi beramai-ramai kerana tempatnya agak seram dan mistik. Tidak berani pergi 1 keluarga kecil. Sekurang-kurangnya, 2 keluarga

Open Tracker