Langkau ke kandungan utama

Kenangan Di Kampung Ketika Tiada Air Paip

paip air

Kenangan di kampung ketika tiada air paip. Kenangan ini berlaku pada tahun 1990-an yang mana pada masa itu, ada sebahagian telah menggunakan sumber air daripada jabatan air negeri manakala sebahagian kejiranan lagi menggunakan air telaga. 

Namun, kalau mereka tahu bagaimana panasnya Kedah di musim kemarau, akan memahami keadaan ini. Air paip pun tiada kerana dengar-dengar, empangan pun hampir kehabisan air. 

Semua kejiranan akan serbu ke sebuah telaga yang berada di dalam kebun getah berdekatan kejiranan. Dekat, adalah 100 meter begitu. 

Sumur itu jernih airnya. Sejuk. Namun tidaklah dalam mana. Kiranya tak kan takut kalau nak terjun atau terjatuh. Tidak dalam tapi tidak pernah kering airnya.

Pabila (sengaja menggunakan perkataan pabila, nak nampak lebih gramatis) musim kemarau tiba, maka kami kejiranan berpusu-pusu menuju ke telaga itu. Memang kena pergi beramai-ramai kerana tempatnya agak seram dan mistik. Tidak berani pergi 1 keluarga kecil. Sekurang-kurangnya, 2 keluarga akan pergi bersama.

Semua ambil giliran mandi. Masa tu, aku masih kecil. Aku tidak faham apa sebab ibu dan kakak-kakakku tidak mahu mandi dahulu padahal giliran mereka sudah tiba. Mereka memberi laluan kepada keluarga lain dahulu. 

Telaga itu memang tidak pernah kering. Telaga-telaga yang lain, walaupun lebih dalam, tetap kering pada musim kemarau. Lokasinya terletak di dalam sebuah kebun getah tua. Berdekatan dengan telaga itu, ada dalam 30 meter, ada sebatang pokok Jering yang tinggi berkembar dengan pokok getah yang besar. Di sinilah selalu berlaku kejadian seram dan mistik. Di tambah pula dengan bunyi yang menggerunkan dihasilkan apabila kedua-dua pokok ini bergesel ditiup angin.

Namun, apabila meningkat remaja, kebun (ladang) getah itu, dijual kepada orang lain. Orang itu memugarnya dan ditukar tanaman kontan, daripada getah kepada kelapa sawit. Kebunnya pun dipasang pagar. Tidak sesuka hati boleh masuk ke dalamnya. 

Tinggalkan memori telaga cangkat tapi tidak pernah kering waima di kemarau kering. Bayu berhembus dan kenangan pun berlalu..


Terima kasih singgah sini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Apa Nama Korang dalam Bahasa Jepun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jom main permainan ni. Nama korang berdasarkan nama Jepun A= ka, B=tu, C= mi, D= te, E= ku, F=lu, g= ji, H= ri, I= ki, J= zu, K= me, L= ta, M= rin, N= to, O= mo, P= no, Q= ke, R= shi, S= ari, T= chi, U= do, V= ru, W=mei, X= na, Y= fu, Z= zi Kemudian copy nama korang kat ruangan komen ya. Noor Hapisah : Tomomoshi Rikanoki Arikari Haha~ Lawak gile nama. Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels! Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.  Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Open Tracker