Langkau ke kandungan utama

Apabila Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Diumumkan


Keputusan SPM

Apabila keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan pada 27 Mei 2024, maka banyaklah corat-coret membahaskan mengenai pelbagai aspek. Mari kita baca pendapat bernas pensyarah universiti Dr Syahr Musafir.

Di mana Amalina 17A?
Di mana Fatimah 18A? 
Di mana Azali 21A? 
Di mana Nik Nur Madihah 20A? 

Sebenarnya perit bagi saya, apabila orang bercakap-cakap perihal Amalina pelajar cemerlang SPM 2004 (17 A) sekarang bergelar doktor pakar perubatan pembedahan di UK dibanding lalu dipersoalkan kenapa Nik Nur Madihah pelajar cemerlang SPM 2008 (20 A) bukanlah doktor, bukanlah graduan universiti luar negara, bukanlah influencer terkenal di media sosial, dan macam-macam lagi.

Perit sebab bagi saya, perlukah banding-banding?

Disebabkan kecoh perbandingan dan persoalan sebegini, nama-nama lain seperti Siti Fatimah Mukhtar pelajar cemerlang SPM 2006 (18 A) dan Azali Azlan pelajar cemerlang SPM 2007 (21 A) turut terpalit apabila ditanya-tanya di manakah mereka ini, kenapa mereka ini juga bukan influencer, kenapa mereka begini, kenapa mereka begitu.

Tuan-Puan,

'Budaya' mengumumkan pelajar paling banyak A dalam SPM 'dibuat' sekitar tahun 2000 hingga 2010. Bermula SPM 2011, tiada pengumuman pelajar terbaik dibuat.

Dan kita semua perlu tahu, pada tahun-tahun yang dinyatakan itu, ada beberapa atau ramai lagi para pelajar lain yang juga mendapat banyak A cuma mereka bukan paling banyak A saja. Maka, nama-nama pelajar paling banyak A disebut-sebut hingga menjadi berita hangat sedangkan para pelajar tersebut tidak pernah merancang ambil subjek paling banyak supaya dapat jadi popular.

Maksudnya Nik Nur Madihah bukan ambil 20 subjek dan berusaha hingga berjaya mendapat 19 1A, 1 2A itu untuk menjadi popular apatah lagi untuk jadi InstaFamous. Maksudnya Dr Azali dengan keputusan 20 1A, 1 2A dari SMK Agama Yan, Kedah, yang kini berkhidmat sebagai molecular biologist di UK itu bukan nak jadi Tiktoker. Sebab itulah mereka sekarang bukan influencer popular di media sosial dengan jutaan followers. 

Sebab itulah mereka tak muncul di TV.

Sebab itulah berita-berita pasal mereka tak disiarkan.

Saya secara peribadi mengenali Dr Siti Fatimah Mukhtar pemegang 'title' SPM 2006 dengan kejayaan 17 1A, 1 2A tetapi percayalah, orang yang tahu saja tahu kisahnya itu. Dr Fatimah tak pernah bercerita pun, jadi rakan-rakan lain yang tak tahu Fatimah yang kami kenali itu sebenarnya Fatimah 18A tu tak tahu pun dialah Fatimah 18A tu. Boleh faham maksudnya?

Mereka bukan nak famous macam artis pun.
Jadi tak perlu pun timbul fitnah kenapa Amalina popular tetapi Nik Nur Madihah tenggelam, hilang, tak popular, mestilah sebab malu gagal pengajian. Like whattttttt..... Boleh faham tak?

Tak perlu.

Lain orang lain cara fikir, lain cara hidup, lain macam-macam. Tak sama.

Jadi janganlah sama-samakan.

Jadi janganlah banding-bandingkan.

Tuan-Puan,

Pada SPM tahun 2000, Ong Jin Hock dari SMK Ibrahim dapat 12 1A. Media sosial orang Cina tak heboh pun dia dulu di mana dia sekarang di mana, kerja apa. 

Pada SPM tahun 2001, ada 3 orang pelajar paling banyak A iaitu 12A dan kesemua mereka adalah orang Cina. Tak heboh pun nama Alvin Choong Ching Yek SMK Penang Free, Lee Shen Han SMK Ibrahim dan Joy Wee Xin Ning SMK Convent. Media sosial orang Cina tak heboh pun mereka dulu di mana mereka sekarang di mana, kerja apa. 

Pada SPM tahun 2002, pelajar paling banyak A negara adalah Yap Sui Lin dari SM (P) Kuen Cheng mendapat 15A iaitu 14 1A, 1 2A.

Bersama Nur Amalina Che Bakri 17A pada SPM 2004, ada Anushree Lalitha A/P Subramaniam dari SMK Perempuan Sri Aman yang dapat 14 1A, tidaklah orang India kecoh-kecoh kenapa Anushree bukan influencer popular sekarang ni.

Pada SPM 2005, Chong Huey Ee dari SMK (P) Treacher Methodist, Taiping dapat 16 A (15 1A. 1 2A), Chin Shiang Jin dari Sekolah Menengah Kian Kok, Kota Kinabalu dapat 15 1A, dan Esther Elizabeth Jack dari SMK Raja Lumu, Klang juga dapat 15 1A, orang Cina tak heboh persoal tiga orang doktor ke, bukan doktor ke.

Tetapi orang Melayu kita kecoh membanding-bandingkan kenapa para pelajar Melayu cemerlang paling banyak A tak jadi popular, tak jadi doktor, tak jadi itu ini? 

Paling perit orang sindir kenapa Nik Nur Madihah tu graduan Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Warisan Islam dari UIAM, bukan lulusan luar negara, bukan doktor, bukan itu ini? Aduhaiiiii 

Tuan-Puan,

Dapat banyak A bukan bermaksud kena jadi doktor.
Dapat A dalam subjek Sains pun bukan bermaksud kena jadi doktor, saintis, engineer dan seumpamanya.

Panjang lagi kalau nak tulis ni 😅

Tapi tak mahu tulis lain-lain lagi. Saya nak akhiri posting ini dengan kata-kata kita tak perlu banding-bandingkan.. Ni je, tak perlu banding-banding hingga menjatuhkan.

FB Syahr Musafir Rabu 05/06/2024

Terima kasih singgah sini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Pantang larang dan makanan orang demam campak. Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak.  Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. Risau gatal je.   3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan . 4. Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau m...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Open Tracker