Langkau ke kandungan utama

Catatan

Batuk Dan Pening Seminggu

MA sedang ambil darah Sha dah batuk dan pening seminggu yang lalu. Membawa ke hari ini. Ikutkan nak je pergi kerja lagi. Tapi memandangkan risau menjangkiti orang lain, maka Sha akur untuk ke klinik. Biasanya, kalau batuk, cepat-cepat Sha pi klinik swasta yang dekat rumah. Tapi kali ini, disebabkan cuti tak berbayar, malaslah nak pi klinik swasta dan lama juga tak berkunjung ke klinik kesihatan yang agak jauh dari rumah. Tak jauh pun, 1km je kot. Tapi kena berkenderaanlah. Kalau klinik swasta tu, dalam 100-200meter je, boleh berjalan kaki (walking distance). Ikutlah nak pi klinik swasta yang mana. Banyak kat sini. Ada 4 buah. MC klinik kesihatan  Dapatlah surat berharga ni. Doktor siap offer lagi, "Nak MC?" "Boleh ke?" "Boleh. Bagi IC," Doktor bagi ubat cair kahak dan ubat tahan sakit, paracetamol (PCM) je. Dia tanya, nak ubat apa lagi? Katanya, ubat batuk dah ada, minum yang itu je la. Dia tau sebab tadi dah soal siasat pasal ubat. Ubat beli kat luar.

Hormati Guru, Jaga Adab : Saya Guru Disiplin Yang Dilantik ...

Hormati guru, jaga adab Saya guru disiplin yang dilantik secara rasmi mulai tahun ini. Setakat 6 bulan persekolahan, memang selalu sangat berjumpa ibubapa yang sangat defensive dan sentiasa memenangkan anak-anak mereka. "Cikgu salah. Anak saya baik. Saya kenal anak saya bagaimana." Ramai ibubapa tak faham atau saja-saja buat tak faham, mungkin. Sesetengah anak ni, depan ibubapa sikapnya lain. Di sekolah keluar taring. At least janganlah kata kat cikgu yang cikgu ni menipu atau cikgu saja nak kenakan anak dia. Apa, kau ingat anak kau terpaling bagus, terpaling hebat sampai cikgu tak ada kerja lain nak kenakan anak kau saja? Ini bukan drama sendu pukul 7 petang. Teachers come to school to teach. Saya sendiri ada 32 waktu seminggu, 8 kelas nak diajar. Form 1 Sejarah ada 8 bab. Form 2 Sejarah ada 10 bab. Saya tak ada masa untuk berdrama. Masa saya suntuk dan saya mahu gunakan masa saya sepenuhnya untuk MENGAJAR. Bukan untuk uruskan kes disiplin semata-mata. Saya ucapkan takziah b

Jaga Kepercayaan Terhadap Kita

Kepercayaan Kepercayaan..  Bila kita rapat pun tapi kepercayaan tu dah tiada, faham² je la nilai dirimu. Kosong! Tu orang kata jangan musnahkan kepercayaan orang pada dirimu. Ada kisah kawan 1 tempat kerja. Selalu lambat padahal sama je tempat tinggal dan tempat kerja dengan Sha tapi boleh kata setiap hari diorang datang lambat. Dengan bos pun diorang rapat. Tapi bos x ambil diorang kerja pun lepas tu. Sebab asyik datang lambat ni la, buat pening kepala bos je. Time management out. Begitulah hidup kita. Bila orang ambil kita bekerja, ada kepercayaan di situ. Jangan musnahkan kepercayaan orang kepada kita. Tak leh pakai. Sentap woo dengar ayat ni.

Open Tracker