Sha dah batuk dan pening seminggu yang lalu. Membawa ke hari ini. Ikutkan nak je pergi kerja lagi. Tapi memandangkan risau menjangkiti orang lain, maka Sha akur untuk ke klinik.
Biasanya, kalau batuk, cepat-cepat Sha pi klinik swasta yang dekat rumah. Tapi kali ini, disebabkan cuti tak berbayar, malaslah nak pi klinik swasta dan lama juga tak berkunjung ke klinik kesihatan yang agak jauh dari rumah.
Tak jauh pun, 1km je kot. Tapi kena berkenderaanlah. Kalau klinik swasta tu, dalam 100-200meter je, boleh berjalan kaki (walking distance). Ikutlah nak pi klinik swasta yang mana. Banyak kat sini. Ada 4 buah.
Dapatlah surat berharga ni.
Doktor siap offer lagi, "Nak MC?"
"Boleh ke?"
"Boleh. Bagi IC,"
Doktor bagi ubat cair kahak dan ubat tahan sakit, paracetamol (PCM) je. Dia tanya, nak ubat apa lagi? Katanya, ubat batuk dah ada, minum yang itu je la. Dia tau sebab tadi dah soal siasat pasal ubat. Ubat beli kat luar.
Sha memang xnak ubat apa-apa dah. Sebab itu je sakitnya. Lagipun, dah banyak ubat kat rumah ni. Kadang sakit, ambil yang itu je. Tak naklah membanyakkan lagi stok ubat. Kang membazir pula. Bagilah kepada mereka yang memerlukan.
Ambil darah. Full Blood Check (FBC). The results show Hb 12.38, atas pagar katanya. 12 ke bawah tu dah bahaya. Kena berjaga2 dah ni. Kena makan sayur hijau dan daging.
Kuman dalam darah, xde. Masih ok lagi.
Minum air cukup je. Gastrik ada tapi masa ni, xde gastrik.
Doktor duk risau pasal muka pucat. Masalahnya, selera makan ok je. Batuk n pening je sikit. Batuk tu je yang teruk. Batuk berkahak yang dah rasa kat paru-paru.
Dah seminggu. Doktor cakap lagi seminggu, kalau x ok, datang balik. Akan buat check yg selanjutnya. Risau sakit lain je.
Mula2 check blood pressure (BP) kat MA, duk risau sebab BP low katanya. Sampai 3 kali buat.
Doktor pula duk risau pasal pucat muka. Risau darah rendah. Stress ke? Tak ada. Tidur pun cukup je.
Ikutkan nak mekap tadi. Tapi teringat pesanan, kalau nak jumpa doktor sebab sakit, jangan mekap. Sebab diorang nak tengok muka kita pucat ke x.
Rasanya Sha kalau sakit, memang pucat muka. Nampaklah tengah sakit. Bukan buat2 sakit 😅
Xpe la, masa sakit kan seri wajah pun akan ditarik. Nanti dah sihat, akan dipulangkan balik.
Korang yang batuk atau sakit tu, janganlah berlenggah lagi. Pergi jumpa doktor. Kadang kita rasa, alah sikit je. Padahal dah develop sakit lain tapi kita tak sedar. Macam Sha la, tak sedar muka dah pucat.
Pencegahan dari awal tu bagus. Cure better than medicine.
Tapi dah sakit tu, pi jumpa doktor. Tau lah depa nak descripe sakit apa. Kadang kita yang self descripe ni entah apa-apa je. Padahal sihat wal afiat je. Itu beza yang ada ilmu dengan yang tak ada ilmu.
Ulasan
Catat Ulasan
Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.