Langkau ke kandungan utama

Hormati Guru, Jaga Adab : Saya Guru Disiplin Yang Dilantik ...



Hormati guru, jaga adab

Saya guru disiplin yang dilantik secara rasmi mulai tahun ini. Setakat 6 bulan persekolahan, memang selalu sangat berjumpa ibubapa yang sangat defensive dan sentiasa memenangkan anak-anak mereka.
"Cikgu salah. Anak saya baik. Saya kenal anak saya bagaimana."
Ramai ibubapa tak faham atau saja-saja buat tak faham, mungkin. Sesetengah anak ni, depan ibubapa sikapnya lain. Di sekolah keluar taring. At least janganlah kata kat cikgu yang cikgu ni menipu atau cikgu saja nak kenakan anak dia.
Apa, kau ingat anak kau terpaling bagus, terpaling hebat sampai cikgu tak ada kerja lain nak kenakan anak kau saja? Ini bukan drama sendu pukul 7 petang.
Teachers come to school to teach. Saya sendiri ada 32 waktu seminggu, 8 kelas nak diajar. Form 1 Sejarah ada 8 bab. Form 2 Sejarah ada 10 bab. Saya tak ada masa untuk berdrama. Masa saya suntuk dan saya mahu gunakan masa saya sepenuhnya untuk MENGAJAR. Bukan untuk uruskan kes disiplin semata-mata.
Saya ucapkan takziah buat ibubapa yang terlalu memanjakan anak, defensive dan tak menyokong usaha sekolah mendisiplinkan anak, sehingga akhirnya melahirkan sampah masyarakat.
As I said to my students, saya marah dan tegur kerana saya kisah dan sayangkan kamu ibarat anak-anak saya sendiri. Bila saya sudah tak peduli lagi, lihat muka kamu pun saya akan buat tak kenal.
Yang penting saya sudah laksanakan tugas saya sebagai guru.
Kena ingat:
BAD PARENTING WILL PRODUCE BAD CHILDREN.
All reactions:
Lily Mk and 84 others







Berikut merupakan luahan seorang guru yang mendapat cabaran mendidik anak murid. Nak memanusiakan manusia tu cukup susah. Kena diajar, bukan mengikut sahaja.

Terima kasih singgah sini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Apa Nama Korang dalam Bahasa Jepun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jom main permainan ni. Nama korang berdasarkan nama Jepun A= ka, B=tu, C= mi, D= te, E= ku, F=lu, g= ji, H= ri, I= ki, J= zu, K= me, L= ta, M= rin, N= to, O= mo, P= no, Q= ke, R= shi, S= ari, T= chi, U= do, V= ru, W=mei, X= na, Y= fu, Z= zi Kemudian copy nama korang kat ruangan komen ya. Noor Hapisah : Tomomoshi Rikanoki Arikari Haha~ Lawak gile nama. Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels! Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.  Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Open Tracker