Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Tips

Tips Membeli Kain Baju Pengantin

Ini baju contoh aku. Okay tak? Sebenarnya, aku pergi gamble sahaja ke Jakel. Rasanya, itulah first time aku menjejakkan kaki ke kedai kain terbesar di Malaysia tu. Tambahan pula, kedainya di Bangunan Jakel Mall, Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur yang baru beroperasi, lagilah kali pertama. Terdesak ok, terdesak. Nak naik pelamin bulan 12 ni, tapi persiapan yang dibuat cuma baru ada baju nikah lelaki dan sampingnya sahaja sudah ada. Lagi, dua minggu lepas, aku beli kain untuk dibuat baju tema adik-beradik perempuanku termasuk anak-anak buah perempuan. (Ni kira, girls day out. Hehe, lain pula maknanya). Just for girls. How about the boys? Ingat nak beli atau buatkan alias tempah baju t-shirt. Tapi kosnya, agak tinggi. Sehelai, RM10. Paling kurang kena buat 30 helai. Kena sediakan duit RM300 sahaja untuk baju t-shirt. Rasa macam membazir pun ada juga. Tengoklah, kalau ada rezeki lebih nanti, boleh buat. Selain itu, aku kata terdesak kerana balik raya kali ini, sekali

Tips Beli Baju Pengantin

Tips Beli Baju Pengantin anda mestilah mementingkan perkara yang disebutkan di bawah ini: 1.      B ajet 2.        Kos tambahan – kasut, veil, tudung, kerongsang, barang kemas 3.        Bawa seorang untuk memberi pendapat 4.        Pakaian ke butik pengantin –kasual, coli yang sesuai dan tanpa mekap 5.        Beli terlalu awal atau lewat – Awal: ada benda nak ubah lagi Lewat- tak sempat nak beli, dah ada orang lain ambil dulu 6.        Penyelidikan – tempat majlis, tengok gambar, apa yang sesuai untuk anda: suka yang banyak perincian atau senang tanggal dari yang serabut 7.        Cuba banyak pilihan warna 8.        Saiz yang tepat : pilih pakaian yang sesuai sekarang 9.        Cuba pakai, duduk dalam baju –korset yang menyekat, punggung ketat dan tidak selesa 10.    Beli pakaian yang anda suka lebih daripada yang lain – baju impian anda kerana majlis perkahwinan hanyalah sekali sahaja

Tips Interview Sektor Kerajaan, Sektor Awam: Cara Susun Sijil

Tips temuduga sektor kerajaan atau juga dikenali sebagai sektor awam. Cara susun sijil yang akan ditemuduga. Adalah dengan mudah, apabila kita dipanggil nama untuk semakan sijil, sijil kita dalam keadaan tersusun. Tidaklah nanti kita kalang-kabut dan sijil terbang. Ini bukan cerita tipu. Aku nampak dengan mata kepala sendiri. Kakak itu kalang-kabut dan sijil-sijilnya terbang hingga ke kaki calon lain. Fuh, kesian sangat aku melihatnya. Aku yang sudah bersiap sedia ini pun bila diminta salinan ic dan salinan surat beranak, aku nak bagi yang original. Nampak tak kekalutan dan kedebaran yang berlaku di situ? Cara susunan sijil adalah seperti berikut: 1. Kad pengenalan 2. Surat Beranak (Sijil Kelahiran) 3. SPM 4. Tamat Sekolah SPM - untuk tingkatan 5 5. Sijil akademik yang lain (jika ada) - STPM dan tamat sekolah untuk tingkatan 6. 6. Diploma/Ijazah dan transkrip 7. Sijil berkaitan dengan kerja (jika ada) 8. Sijil penglibatan aktiviti (ASAL sahaja) Kesemua perkara di atas

10 Tips Cara Menghadapi GST dan Mengekalkan Perbelanjaan Kewangan Yang Makin Menipis

Good and Service Tax Anda ingin pelajari cara-cara pantas menguruskan masalah kewangan? Apabila merenung kembali di saat saya kanak-kanak dahulu, dengan hanya wang 50 sen saya mampu membeli sebungkus nasi lemak beserta teh panas. Kini dengan jumlah yang sama, jika saya membeli sebungkus nasi lemak, mungkin saya hanya dapat bekas pembalutnya sahaja. Nampak sangat nilai matawang kita semakin lama semakin sikit nilainya. Perkara ini terjadi akibat daripada kenaikkan kos sara hidup tanpa henti setiap tahun. Hari ini, rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan pertambahan kos sara hidup yang baru iaitu cukai GST. 1 haribulan April 2015 merupakan tarikh bersejarah bagi negara ini, kerana tarikh ini merupakan bermulanya kuatkuasa GST. Terus terang saya katakan ramai di kalangan rakyat negara ini runsing akan wujudnya GST. Mereka masih belum bersedia untuk menghadapi cabaran baru ini. Golongan berpendapatan rendah dan sederhana antara golongan yang paling gelisah dan golongan ini jugalah

5 Blogging Worth Tips from Careen Tan

Ice-cream Aku rasa entri di bawah ini amat berharga. Sebab itu aku salinkan di sini supaya lebih memberi manfaat kepada mereka yang lain. Ilmu patut dikongsi, kan? Sharing is caring, right? Korang bacalah satu-satu dan hayatilah. Memang berbaloi.Ok, mari kita baca tips dari Careen Tan . Tip #1: Be Yourself I asked myself that as a blog reader, why do I like reading some blogs more than the others? What is it that makes my favourite bloggers well, my favourite? XiaXue, Fourfeetnine and Cheeserland are my favourite bloggers, and they all have one thing in common- they let their personalities shine through in their blogs. As a blog reader, I want to read about my favourite blogger’s lives and get to know who they are. It doesn’t matter if they’re nice or nasty, showing their personalities on their posts breathe life into their blogs, and nobody likes to read a dull blog that says nothing about the bloggers themselves. Translate everything that you are into

Petua Sembuh Virus Demam Melanda Dunia

Alolo, ciannya dia Virus demam melanda dunia. Al-kisahnya bebaru ini aku dijangkiti virus demam yang sangat kuat. Aku kelaskan ia sangat kuat dan berhantu kerana teruk aku demam (sakit kepala, pening, angin, sejuk sangat sampai menggeletar, badan panas membahang berapi, dan   bermacam lagi). Demam pula seminggu teruk. Seminggu kemudian beransur. Minggu ketiga masih ada simtom demam. Dalam tempoh aku sakit ini, aku dah pergi ke tiga buah klinik, dua kali ke hospital, tigakali ambil ujian darah, sekali ke Darul Syifa untuk rawatan alternative (rawatan Islam). Terima kasih bebanyak untuk kawan aku yang banyak membantu di kala aku kesusahan. Iyalah, demam teruk sampai menggeletar sejuk dan suhu badan naik mendadak membahang sampai 47 darjah Celsius. Tak larat nak ulang alik tandas sebab asyik nak muntah dan nak kencing saja. Penat dow. Alhamdu lillah, sekarang aku dah ok. Dah sihat macam biasa. Cumanya aku kena banyakkan minum air. Lagipun ujian darahku menunjukkan parti

Rahsia SEO: Menang Contest SEO

SEO banyak bantu kita jana pendapatan Aku rasa link ini sangat bermanfaat untuk dikongsikan.Sebagai seorang blogger, kita kena tahu pasal SEO. Sebab blog juga boleh menambah ketebalan poket anda. Jana duit melalui blog. Aku ada juga side income masuk. Nuffnang . Ok lah kan, ada daripada tak ada.  Tak guna juga kalau korang sekadar ada tempat meluah (dalam media sosial seperti facebook, twitter, weChat, Whatsapp, blog) tapi tak dapat sebarang imbuhan balik. Kan best kalau kita menulis dan diberi duit. Kaching! Masuk dalam bank kita. Tak banyak pun tak apa, janji ada dan berterusan. Alhamdu lillah. Tapi, kalau nak duit, traffik yang masuk ke dalam blog kita kenalah tinggi. Paling kurang pun kena 100 pelawat unik sehari. Kalau nak dapat trafik tinggi, kena tahu cara buat blog dengan betul. Korang boleh tengok sini, halaman Tips Blog yang aku telah usahakan dengan pengalaman dan ilmu. Macam-macam tips ada dalam Tips Blog . Memang bermanfaat. Rugi kalau korang tak masuk dan

Tips Demam Campak Bayi dan Dewasa dan Jangan Suntik

demam campak Demam campak adalah demam yang akan terjadi kepada setiap orang dengan paling kurang dua kali seumur hidup. Tetapi boleh juga berlaku lebih dari dua kali kalau kita terdedah kepada serangan virus (ada orang yang mengalami demam campak berada dekat dengan kita) dan antibodi badan kita lemah. Kita sangat risau kalau demam campak terjadi kepada bayi. Baby yang tak tahu apa-apa kena campak. Kasihan sangat. Kita yang dewasa ini pun merasa sakit dan tidak selesa, apatah lagi bayi. Pada fasa ini, penjagaan bayi tersebut mestilah dipertingkat. Demam campak tak boleh cucuk atau dapatkan suntikan. Tolong sangat. Jangan benarkan doktor suntik anak anda. Demam campak tidak boleh cucuk. Demam campak akn sembuh sendiri. Aku ada kisah pasal cucuk ini. Kawan kakak aku, cikgu lelaki. Anaknya kena demam campak. Kanak-kanak. Umur 4 tahun, kalau tak silap aku. Bapanya bawa ke klinik. Disebabkan 'malas' untuk jaga anak yang kena campak (demam campak biasanya ambil masa dua mi

Proses Mendapatkan Lesen Memandu Motosikal Senang Lulus

Proses mendapat Lesen JPJ Proses mendapatkan lesen memandu motosikal yang senang untuk lulus. Saja kongsikan supaya ada yang mendapat manfaat dari pembacaan entri ini. Pertama: Mendaftar dengan Institut Memandu yang Berdaftar di Malaysia Banyak institut yang ada menyediakan perkhidmatan mengambil lesen. Bermacam-macam pakej yang ditawarkan. Pilih sahaja yang mana berkenan di hati. Pilih juga tempat yang menyediakan perlaksaan ujian memandu yang mana pegawai Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) turun ke tempat latihan institut tersebut. Ini akan mengurangkan rasa gugup anda sebab sudah terbiasa dengan litar yang ada. Kalau litar baru, mungkin anda akan pening dan blur sedikit. Oh ya, fikirkan juga adakah institut memandu ada menyediakan perkhidmatan pengangkutan. Anda belum memiliki lesen ye, jadi jangan memandai menunggang sendiri. Dicadangkan memilih institut yang menghantar dan menjemput anda. Tidak perlu menyusahkan orang lain kerana biasanya awal pagi calon perlu berad

Review Blog Oleh Pakar Blogger, Terima Kasih Sudi Bagi Respons

Aku ada terjumpa blog yang aku rasa baru dibina tetapi isinya mantap. Aku rasa blog ini dimiliki oleh blogger yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang blog. Kalau tidak, masakan beliau mempunyai pengetahuan dan ilmu blog yang luas. Terima kasih sudi jawab soalan Sha dan beri penerangan yang jelas. Bolehlah terjah ke blog beliau ikut link di bawah ini: cara mudah dapat duit Ada sesiapa sudi review blog aku lagi tak?

Tips Cari Hadiah Yang Sesuai Untuk Lelaki

Pening fikir apakah hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada orang lelaki? Tak tahu apa nak diberikan kepada lelaki dan apa yang disukainya? Di sini, ada tipsnya. Dompet Lelaki jenis yang setia kepada dompetnya sampai beberapa tahun dan kadang-kala dah teruk sangat pun dompetnya, masih belum mahu tukar. Jadi, anda ada kesempatan untuk memberinya hadiah sebuah dompet. Tali pinggang Sesuai juga menghadiah si jejaka dengan tali pinggang. Terdapat beberapa jenis tali pinggang. Buat pilihan yang tepat ya. Baju Kebiasaan lelaki akan memakai apa sahaja pakaian yang diberikan. t-shirt, jersi bola pasukan kegemarannya, kemaja dan baju kain kapas adalah terbaik dan buatlah pilihan yang tepat. Tali leher Pemberian tali leher adalah sesuai jika si lelaki menggunakan tali leher dalam pekerjaannya. Jika tidak, ia adalah membazir. Pin tali leher juga adalah sesuai dipadankan dengan tali leher ke tempat kerjanya. Minyak wangi Boleh tahan mahal juga minyak wangi lelaki yang berjenama mahal. Siapa k

Tips Petua Meningkatkan Trafik Blog Untuk CPUV Iklan Nuffnang

Pertanyaan ini dari entri Rahsia Makna CPUV Nuffnang Dapat Tiga Iklan Sudah lama rasanya aku tidak menulis bab ilmu blogging ini. Apa yang ada, simpan dalam dada dan kepala. Sebab sudah hadam dan faham sangat dengan dunia blog Malaysia. Tapi, bebaru ini, aku ada mendapat satu soalan yang mana aku kira, aku perlu menjawabnya. Ilmu yang bermanfaat adalah elok untuk dikongsi. Sebenarnya, telah banyak entri yang aku buat berkenaan cara meningkatkan trafik blog dan ramai juga blogger lain yang turut sama membuat entri yang memberi tips tersebut. Untuk ke link tips blog yang aku kongsikan, korang boleh klik sini, Tips Blog . Tips Cara Nak Dapat Tambah Duit dalam Akaun Nuffnang 19 tips Mudah Jana trafik Blog Korang boleh godek-godek lagi entri kat dalam tu. Macam-macam ada. Terbaik punya. Tapi sekarang ini, aku cuma nak kongsikan petua tips nak dapatkan iklan CPUV yang aku rasa pihak Nuffnang tengok. Trafik UV (unique views) korang mestilah cecah 100 setiap hari. Kekalkan trafik unik seba

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Tips Jaga Kesihatan Di Kala Suhu Sejuk 'Aneh' Melanda Malaysia

Kenyataan dari Jabatan Meteorologi Malaysia Sekarang ini, di mana-mana sahaja, orang sibuk memperkatakan tentang suhu sejuk aneh. Suhu sejuk sekarang yang melanda Malaysia dan dihebohkan dengan salji yang turun di Indonesia dan Filifina. Tetapi, sayangnya harapan dan dambaan jutaan rakyat Malaysia untuk bermain salji di tanah air sendiri ternyata hampa kerana sumber mengesahkan tiada fenomena salji turun di negara jiran kita. Huhuhu. Maka, pakat simpan balik baju sejuk bulu-bulu dan sarung tangan kait bulu kambing, dalam almari. Hehe~ Sebenarnya, Malaysia mengalami musim Kemarau bagi bulan Januari dan Februari. Tapi, cuaca sekarang ni siang panas terik, langit cerah tapi angin sejuk. Malam, mulai maghrib sejuk sampai ke pagi. Angin yang sejuk ni datang dari hembusan bayu kuat Tanah Besar China yang mengalami Musim Sejuk (Salji) sekarang. Tips Cuaca Sejuk Ada orang kata suhu yang dialami sekarang macam iklim Mediterranean. Jadi, bibir kita akan cepat menggelupas dan pec

Tips Tutorial Cara Membuat Rayuan Lesen Tamat Tempoh Di Laman Web JPJ

Di sini, saya perturunkan cara-cara membuat Rayuan Lesen Tamat Tempoh di Laman Web Jabatan Pengangkutan Jalan. Ok, kalau anda pening dan tidak tahu bagaimana untuk memilih yang mana satu kerana laman web JPJ banyak sangat pautan, saya boleh ajarkan. Saya terangkan mengikut pengalaman sendiri yang mana membuat rayuan tamat tempoh bagi Lesen Memandu Percubaan (PDL). Saya orang awam Malaysia, memiliki ic Biru, warganegara. 1. Masuk dalam laman web mereka dengan menaip JPJ di Google , Bing , Yahoo atau terus masuk ke dalam laman web JPJ iaitu dengan jaringan jpj.gov.my 2. Pilih lesen Kenderaan Motor (LKM): Permohonan Memperbaharui Lesen dan klik Mula. Daftar terlebih dahulu sebagai orang awam Malaysia dan masukkan IC anda.  Apabila anda telah mendaftar, anda boleh menggunakan Transaksi dalam Talian. Kemudian, pilih Rayuan Memandu Tamat Tempoh. Cara untuk mendapatkan halaman itu adalah dengan tidak mengalihkan cursor tetikus (melalui laman tersebut). Kemudian, klik. A

Open Tracker