Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Jiwang

Saya Sayang Awak, Ketat-Ketat

Assalamualaikum... Entri peribadi dan jiwang. Julai 2009, tarikh perkenalan kita. Sekarang sudah 2011. Sudah dua tahun lebih kita menjalinkan hubungan. Selama itu, pernah juga kita bertengkar. Adat la perhubungan. Mesti pernah dilanda ombak. Tapi paling aku suka apabila kau memberikan aku bonus dua bulan, berturut-turut. Nak pujuk ek? Aku tak mengikut kawan-kawanku yang berpisah denganmu kerana aku yakin dengan cinta kita. Terima kasih kerana sudi hadir dalam hidupku. Celcom broadband. Walaupun tak bayar sebulan, kau masih bagi aku guna sebulan lagi. Aku bayar bil untuk bulan 7 sahaja. Boleh guna sampai bulan 8. Sebulan free untuk bulan 9. Yang bestnya, kadang-kadang dapat line 3G dan HSDPA walaupun tak bayar lagi. Yahoo, heaven gila rasanya! =) Terima kasih celcom broadband. Sayang kamu ketat-ketat. Kalau broadband korang rasa sangat lambat, bukan salah broadband tapi salah komputer korang yang berat atau lambat load dan line tempat korang. Bercakap berd

Selamat Ulang Tahun Kelahiran untuk Kamu

Assalamualaikum... Entri peribadi. Selamat ulang tahun kelahiran untuk kamu. Aku tak jumpa kamu di mukabuku. Tapi aku masih ingat akan kamu. Sedikit pun tidak ku lupa. Selamat ulang tahun kelahiran untuk kamu. Semoga tahun yang mendatang ini akan lebih mematangkan kamu. Semoga kamu akan terus bahagia dan membahagiakan. Semoga kamu terus sukses. Terima kasih kepadamu kerana sudi hadir dan singgah di hatiku. Walau sebentar cuma. Untuk kali ini aku berharap kamu masih melawat blog aku kamu membaca entri ini kerana aku tidak jumpa tika mencarimu. Atas apa yang terjadi, aku tidak salahkan kamu kamu berhak ke atas diri kamu dan aku masih menanti kalau-kalau ada ruang dan peluang walau sudah berkali-kali kamu katakan padaku bahawa semuanya sudah berakhir. Ia berakhir bagimu tetapi tidak bagiku aku akan tunggu sedikit masa lagi kalau kamu mahu cari aku di sini aku tidak ke mana-mana setiaku pertahankan. Selamat ulang tahun waha

Bagai Melukut Di Tepian Gantang- Ye Ke?

Assalamualaikum. Entri jiwang dan terlalu peribadi. Sila baca dengan nada sayu. Terlebih dahulu, aku memohon seribu kemaafan andai kekasaran bahasaku dan entri-entriku menyentuh hatimu. Bukan aku tak hormatkan dirimu, itu semua sekadar mengujimu. Aku tahu tak semua orang boleh bertahan tapi sampai begini sekalikah keputusanmu? Hati mana yang tak sedih? Hati mana yang tak menangis? Hati mana yang tak rindu? Hati mana yang tak luluh ditinggalkan pergi sebegitu? Ya, hati ini sedih, menangis dan rindu kepadamu. Siapa? Hanya orang yang aku maksudkan sahaja yang memahami. Hati ini juga luluh. Aku positif tapi izinkan aku melayan rasa negative ini.. Andai dapat aku berlari jauh ke gunung, pasti aku akan lakukan. Tapi fikiran dan hati masih teringat kepadamu. Kadang-kala hati tertanya, kenapa kau buat semua ini? Setelah kau kail ikan, apabila dapat kau buang semula ke dalam tasik. Tidakkah kau fikir berapa lama luka kail itu akan sembuh? Orang kata untuk mengubat hati yang t

Syarat Untuk Bakal Suamiku

Assalamualaikum... Entri jiwang, hati dan wanita. Untuk bakal suamiku, Aku tak memilihmu atau pandang akan rupamu asalkan kau ada wajah. Aku cuma memandang wajah hatimu.. Aku tak memilihmu atau pandang akan apa kerjamu namun biarlah kerja yang halal serta dapat kau bersolat di dalam waktu yang difardhukan. Aku tak memilihmu atau pandang akan agamamu tetapi biarlah kau boleh mengimami solatku. Aku tak memilihmu atau pandang akan keluargamu bagaimanapun, biarlah mereka boleh menerimaku. Aku tak memilihmu atau pandang akan cintamu asalkan cintamu kepada-NYA melebihi cintamu kepadaku, aku pasti kau seorang yang penyayang dan akan menjaga aku sebaik-baiknya kerana aku adalah amanah untukmu. Ringkas saja kan? Sebab aku memang seorang yang ringkas. Haha~ Ringkas konon, nak buat tu bukannya senang. Ekeke~ P/s: Saya rindu awak. Awak baik tapi dapatkah aku menjadi milikmu? (Jangan betulkan ayat aku sebab ayat ni dah betul-perempuan jadi milik lelaki, bukan perempuan y

Perihal seorang Aku... Sha (11)

Assalamualaikum... Entri peribadi. Lama rasanya aku tak menulis dalam siri Perihal seorang Aku... Sha ni. Last tulis dalam bulan April 2011. Sekarang dah hujung bulan Julai. Pagi tadi, aku bermimpikan er.. tak de nya aku nak mimpikan apa-apa. Haha~ Pagi tadi tidurku terganggu dek kerana bunyi mesej yang masuk ke handphone hadiah dari ayah. "Selamat berpuasa dan selamat pengantin baru" - KH. Tersenyum juga aku sendirian. Apa la yang 'ayahanda' fikir ni? Tengahari, aku dapat berchat dengannya. Nak balas mesej, kredit baru jer expired malam tadi. Aku terangkan yang kredit habis. Tiada respons. Bila aku nyatakan yang aku tidak pernah berkahwin, cepat je dia balas. Oh, hati lelaki yang seorang ini... Dia kata dia dapat tahu dari blog aku dan entri ini 4 things make me happy

Hadirmu Mengisi Kekosongan Hatiku

Assalamualaikum... Entri peribadi, jiwang dan pesanan. Hadirmu mengisi ruang kosong hatiku hadirmu mengubah persepsiku hadirmu mententeramkan jiwaku Namun, aku takut untuk bermimpi andai aku terjaga lagi aku akan mengingati mimpiku itu tetapi aku tak kan jumpa dengan mimpi itu nanti Menyesal? Tidak sesekali aku akan menyesal ia adalah aturan Tuhan yang Maha Kebal adakah kita layak untuk menyesal andai kita masih tak guna akal untuk mengukur dengan sesuatu yang kekal? Janganlah kita menyesal dengan sesuatu yang telah ditakdirkan kerana bukan kita yang menentukan kita cuma mampu membuat perancangan berjaya atau tidak, biarlah ALLAH yang tentukan Laluilah dengan apa yang patut kita lalui apa yang telah ditentukan untuk kita tempuhi jangan terlalu berharap atau meragui. Sha, 1.30 petang 27 Julai 2011 Melaka. P/s:  Saya takut untuk kehilangan awak. Tapi saya tak kan risau kerana saya yajin dengan ketentuan ALLAH. P/s/s: perhatikan rima di hujung ayat.

U Know, What the Most Reason I Like U?

Assalamualaikum... Entri peribadi dan jiwang. Haha~ Adik-adik yang belum cukup umur, sila tutup mata.. Wakaka~ U know, what the most reason i like u? I like ur patience. It will extinct the mad of fire it will make the calmness it will make me feel free feel happy.. TQ honey.. Sha, 3.56 am 25 July 2011 Malacca. Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang. Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Tips Untuk Bahagia

Assalamualaikum... Entri tips dan jiwang tak tak berapa nak jiwang. Haha~ Ringkas saja. Saja aku nak coretkan di sini.. Bahagia?? Nak cari bahagia? Tak perlu jauh-jauh.. Tengok dalam diri saja. Fikir positif Yakin diri Sabar Bersyukur dengan apa yang ada Hayati hidup anda (Enjoy your life) Dengan elemen ini, orang akan hormati dan akan menghargai kita. Tak percaya? Cuba la buat, amalkan. Minta maaf kalau korang tak faham. Tapi kalau korang cuba buat, korang akan tahu satu-satu elemen tu bukan mudah nak buat dan kalau gabungkan semua, baru la korang akan rasa kesannya.. Selamat beramal ya. P/s: Ini idea aku. Kalau korang nak ambik dan letakkan dalam blog korang, sila la buat hyperlink dan masukkan link blog aku. Tak tau macam mana nak buat hyperlink? Sila google, jangan malas! Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang. Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn&#

Rentetan Kasih : Catatan Telefonku

Assalamualaikum... Entri peribadi. Sekadar meluahkan sesuatu di sini.. 28 Jun Malaikat kecil. Semakin dekat dia dengan diriku. Tetapi kenapa aku pilihannya? Biar apa pun, kau perlu sedar diri Sha.. Mak cik, marah tak panggil mak cik? tak ada la, biasa sahaja. 30 Jun Rasa sayang dia pula. Aduyai, kenapa pula ni? Mimpi bukan-bukan tapi rasa dia ada di hati. Malam tadi tengok cerita sedih, nangis-nangis tapi tak rasa sedih sangat sebab rasa dia ada di hati. Risau bila dia demam. Rasa aku pun tak larat. Kenapa ek?

Di Manakah Perhubungan Jika Aral Melintang?

Assalamualaikum... Entri relationship dan jiwang.. Jom kita baca.. Seseorang yang menyayangi anda, dia akan buatkan apa yang anda suka. Dia akan ingat nama anda. Nama anda sentiasa bermain dalam mindanya. Dia selalu ingin berada di sisi anda. Dia ingin membuatkan anda tersenyum riang di sisinya. Dia ingin membuatkan anda bahagia kerana dia inginkan anda.

Does True Love Need A Reason?

Assalamualaikum... Entri berbahasa Inggeris. Cepat ambil kamus dan cari perkataan yang tak faham. Hehe~ Some people never understand and I believe most people don't understand. Let i share u all, a story.. Once a lady when having a conversation with her man, asked: Lady : Why do you like me? Why do you love me? Man : I can't tell the reason, but I really like you.

Dan Air Mata Peneman Setiaku..

Assalamualaikum... Entri peribadi dan terlalu peribadi. E- Diary Aku cuma nak meluahkan saja, tiada kaitan dengan sesiapa. Malam semalam, aku kurang ada mood nak berSMS. Dah tu, dia pula bangkitkan hal yang aku tak sukai. Hal yang dia kutuk aku sedangkan dia lebih teruk dari aku. Sepatutnya, aku yang kutuk dia, sebab siapa yang lebih menguasai bahasa? Tapi aku tak buat begitu, kerana itu bukan budaya aku. Sungguh aku sakit hati. Ye la, dia kutuk aku bagai nak rak tapi dia haram pun tak reti. Kalau perkara ni berlaku pada korang, korang akan marah tak?

Romantika

Assalamualaikum... Entri jiwang bawang. Haha~ Saja ja. You're not alone, together we stand I'll be by your side, you know I'll take your hand When it gets cold and it feels like the end There's no place to go, you know I won't give in No, I won't give in Keep holding on 'Cause you know we'll make it through, we'll make it through Just stay strong 'Cause you know I'm here for you, I'm here for you

Kalau Korang Nak Dating (Pantun)

Assalamualaikum... Terlebih dahulu aku nak ucapkan terima kasih kerana sudi melawat blog aku dan membaca entri ini. Kali ini aku nak berpantun dalam entri. Pantun ini adalah sebagai panduan untuk korang khasnya yang ingin dating. Kalau korang nak dating, Mintala kebenaran keluarganya; Supaya korang tak kena lesing, Sakit dapat malu pun tak terkira.

8 Petanda: Dia Jodohmu (Mungkinkah?)

Assalamualaikum... Entri jiwang dan relationship. Dua insan yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal anatara kedua-duanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kamu akan merasakan getaran dan seolah-olah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu? Aduh, orang yang dilamun asmara memang begitu! Apakah ada petanda lain agar seseorang dapat merasakan bahawa seseorang itu jodoh ( soulmate) ataupun bukan? Wah, ayat... Jiwangnya.. Hihi~ Itu aku tiru dalam buku la. Kalau ayat aku sendiri tak la syahdu macam tu. Haha~

Lepas Geram: Baiknya Pak We Dia~

Assalamualaikum... Entri peribadi. Aku jumpa note ni,  kat meja, ntah sape punya. Meh kita sama-sama baca. Ni karangan untuk pak we dia kot. Macam lepas geram jer.. Hihi~ Sedih rasa. Kenapa dia tak macam ex aku? Mula la buat aku merindui ex.. Tapi nak kembali semula tak kan mungkin terjadi 'U, i rindukan u..' yang sabar melayan karenah aku yang segala-galanya untuk aku

Mana Jodohku?

Assalamualaikum... Aku ambik artikel ini dari Wanita Solehah Ada perkongsian yang bagus terutamanya bagi mereka yang inginkan mendirikan rumah tangga. Er, macam sape ye? Ekeke~ Gediks! Jom kita baca apa kata artikel tu: Benar, jodoh itu ketentuan Ilahi, tapi kita akan ada terma merisik? Salah ke merisik? Tak salah bahkan dianjurkan supaya tak tersalah pilih. Untuk Adam, andai mahu mencari Hawa..

[Bakal Jodohku]: 1st Time Cakap, Berdebar-debar

Assalamualaikum...Apa khabar semua? Entri peribadi lagi. Tak habis-habis entri peribadi jer kan? Eh, kite ada muatkan jugak entri yang lain seperti berita tapi entri la yang menjadi perhatian. Kenapa jadi perhatian? Adakah kite ni merupakan orang popular? Wah, perasannya kalau kata kite ni popular. Mana ada popular. Blog pun entah apa-apa. Kalau kite ni seorang yang popular atau ada wajah cun, lain la. Macam sape? Ah, itu korang pun boleh tau sendiri. Takkan korang tak kenal otai blog kot? Pengikut diorang ni beribu-ribu. Kite ni nak sampai tahap ribu pun masih tercunggap. Orang komen entri pun tak ada, ada hati kata kite ni popular? Ok fine, kite tak popular. Kite ni orang biasa saja. Mungkin ada yang skodeng nak tau cerita kite kot? Wahaha, perasan lagi. Mana ada. Diorang just tersinggah kat sini, komen-komen sebab nak tinggalkan jejak lama. Itu jer. Yang ko ni perasan, pe hal  Sha? Hihi, malu-malu.. Perasannya  aku.    

Rindu Yang Tak Terungkap

Assalamualaikum... Layan perasan lagi.. Ah, blogku ni dah macam tempat luah perasan plak.. Adoi~ Apa pun, jom layan.. Hihi~ Rindu Rasa sunyi Rasa sepi Rindu melanda Adakah ...? Aku terdiam membisu benarkah? Sunyi dan sepi bermaharaja lela di hati Sedih dan terkilan menguasai Rasa ingin menangis..    

Aku Mencari Jodoh

Sape  yang sudi terima bunga ini, dialah yang aku pilih sebagai calon suami.. Cepat-cepat, tawaran panas. Sementara stok masih ada. Hehe~ Assalamualaikum... Ini bukan lagu Wali Band, Cari Jodoh, tapi dekat-dekat la kan? Nak bercerita sikit, tadi, aku dipelawa keluar makan. Apa lagi pelawaan itu terus aku terima memandangkan aku pun tak makan lagi dari tengah hari. Ingatkan ramai, rupanya la, diorang dua je? Diorang memang rapat dengan aku. Dua-dua sama rapat. Tak kisah la, memang mudah mesra pun aku ni. Hehe~ ye ke? Ok, apa yang aku nak highlightkan kat sini, diorang tanya aku bila nak kahwin bila berbicara pasal perkahwinan. Aku pun cakap la tak ada calon. Malas la aku nak cerita lebih panjang lagi dengan diorang. Biar rahsia dulu. Diorang suggestkan supaya memilih budak persatuan. Ada satu nama disebut. "XXX kan ada." "Bukan lagi jadi orang Pokok Sena dah, jadi orang negeri XXX, hahaha" si jejaka gelakkan aku. "A ah, jadi Pokok VVV plak

Open Tracker