Langkau ke kandungan utama

Bagai Melukut Di Tepian Gantang- Ye Ke?


Assalamualaikum.

Entri jiwang dan terlalu peribadi.

Sila baca dengan nada sayu.

Terlebih dahulu, aku memohon seribu kemaafan andai kekasaran bahasaku dan entri-entriku menyentuh hatimu. Bukan aku tak hormatkan dirimu, itu semua sekadar mengujimu. Aku tahu tak semua orang boleh bertahan tapi sampai begini sekalikah keputusanmu?

Hati mana yang tak sedih? Hati mana yang tak menangis? Hati mana yang tak rindu? Hati mana yang tak luluh ditinggalkan pergi sebegitu?

Ya, hati ini sedih, menangis dan rindu kepadamu. Siapa? Hanya orang yang aku maksudkan sahaja yang memahami. Hati ini juga luluh.

Aku positif tapi izinkan aku melayan rasa negative ini..
Andai dapat aku berlari jauh ke gunung, pasti aku akan lakukan.
Tapi fikiran dan hati masih teringat kepadamu.

Kadang-kala hati tertanya, kenapa kau buat semua ini? Setelah kau kail ikan, apabila dapat kau buang semula ke dalam tasik. Tidakkah kau fikir berapa lama luka kail itu akan sembuh?

Orang kata untuk mengubat hati yang terluka mengambil masa 1000 hari. Lamanya.. Aku tak mahu macam tu. Hidup kita bukan untuk dibazirkan untuk perkara yang menyedihkan.

Tetiba dia hilang. Hilang sebentar untuk beribadat. Hilang? Ada jer terselit di celah-celah dunia. Goes somewhere in the world.
Sakit. Sakit. Tapi aku perlu redha. Bulan ini untuk beribadah.

Kadang-kadang, aku berfikir begitu tapi bila lihat perbuatannya, aku kelu. Mesej-mesej aku tak berbalas. Apa maknanya? Adakah telah kau buang no hp ku? Kalau ya, sila cari aku di fb. Aku tahu fbmu belum diactive.

Kenapa aku tak cari kau? Sebab kau sendiri yang tegah aku berbuat begitu. Aku bukannya perempuan yang tak tahu malu untuk terus-terusan mengganggu dirimu. Aku hormat keputusanmu.

Aku tak tahu sama ada untuk terus pasrah atau masih berusaha. Hati memberontak tapi aku perlu redha kalau ini jalan hidup yang telah ditakdirkan untukku. Cuma kadang-kala, hati rasa ingin memiliki.

Kalau hatimu masih mahukan aku, jemputlah aku di sini. Aku menunggumu. Namun, jangan lama sangat, nanti kalau aku tutupkan hati, jangan nak merayu bagai.

Aku masih lagi setia kepadamu seperti dulu. Walau ada yang mengganggu diriku tapi kesetiaanku kepadamu masih utuh. Bukan aku nak berlagak atau bercakap kosong. Tapi itulah buktinya hatiku masih kuat padamu.

Cukup la setakat ini. Tak boleh cakap banyak-banyak, bimbang kau akan bertambah membenci diriku.

Terima kasih kerana sudi hadir mengisi hari-hariku.


Terima kasih sudi singgah dan baca.


‘Like’ kalau suka. Tak suka, tak apa.



Ulasan

  1. jgn berpaut pd hati yg selalu sedih..:)

    BalasPadam
  2. kenapa ni cik sha?
    lama tak datang sini.. rindu rasanya..

    BalasPadam
  3. kdang kadang kita kena keras hati

    BalasPadam
  4. sabarla..banyakkan buat hal yang boleh buat lupakan dia kay?lama kelamaan Allah sapu jugak perasaan sedih tu..:)

    chill dear:)

    BalasPadam
  5. bila baca ni jadi sedih tetibe..hmm

    BalasPadam
  6. layan le lagu ingat ku dalam doa mu...haha

    BalasPadam
  7. bykkan bersabar yer sha..mungkin ada sbb tertentu dia buat mcm tu..

    BalasPadam
  8. tyme emo2 bace entry ney,terasa mcm dituju utk diri sdri..hmm

    BalasPadam
  9. bersabarlah wahai hati :)

    p/s : notebook, lappy hp compact presario CQ40. haha, lengkap aku bagi details :P

    BalasPadam
  10. Merasai apa yang sedang anda rasakan...
    Hati harus kuat...
    Dan fikiran harus diperingat, ujian ini ada hikmahnya...
    Mengapa kita?
    Kerana Allah sayang kita?
    Mengapa kita?
    Kerana Allah xnak kita terus leka dari melakukan apa yang sepatutnya kita tidak patut lakukan...
    Juz fikir dan cari sebanyak mungkin hikmah disebalik kejadian ini...
    Kalau dulu kita leka dengan mesej2 yang melalaikan yang mampu membuai hati sekaligus merosakkan jiwe...tapi selepas apa yang berlaku mungkin kita dapat menjauhkan diri kita dari perasaan2 yang xbtol ni...
    Persiapkan dulu diri kita padaNya.
    InsyaAllah Cinta terbaik itu akan hadir bila kita menjadi yang terbaik didepanNya...

    (Peringatan untuk diri ini juga)

    Terkadang kita alpa,
    Terkadang kita terleka,
    Tetapi jangan pernah lupa PadaNya,
    Yang menguasai segalaNya. ^^

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Open Tracker