Tell me about yourself? Ceritakan pasal diri anda.
Ini adalah perkara pertama yang akan ditanya pada temuduga.
Hal ini ditanya untuk berkenalan dengan lebih dekat dengan peminta kerja dan
mereka juga ingin memecahkan kebuntuan dan kecemasan anda dengan temuduga.
Tujuannya hanyalah untuk mengurangkan rasa kegugupan anda. Selain itu, mereka
ingin melihat bagaimana gaya persembahan presentation pasarkan diri anda bukan
sekadar tertulis di dalam kertas (sijil yang anda bawa sahaja).
Jadi, kalau dah namanya ‘ceritakan, huraikan,’ kenalah panjang sikit. Aku ceritakan apa yang aku tahu melalui kursus, pengalaman, pembacaan buku, majalah dan pencarian dalam internet berkait tentang topic ini. Aku rumuskan khas untuk korang yang singgah ke sini. Bertuah korang. Hehe~
Tell me about yourself? Ceritakan pasal diri anda. Nak cerita apa? Cerita saja apa-apa pun. Hehe~ Eh, mana boleh. Korang hanya perlu cerita pasal nama, pendidikan tertinggi, jawatan tertinggi, pengalaman kerja dan perwatakan anda. Itu sahaja. Tak payah pun nak masukkan hobi. Tapi kalau korang dah tak tau nak balun apa, sebat je la, hobi, adik beradik korang, asal mana.
Meh aku huraikan satu persatu.
1. Nama.
Sebut nama korang la. Nama penuh sahaja. Jangan pula disebut
nama bin bin bin.. Cukup nama penuh korang sahaja dengan satu bin atau binti.
Contohnya Siti Aminah binti Ahmad, Amiruddin Bin Ali.
Nama samaran? Tak perlulah. Korang bukannya nak berkenalan memadu asmara dengan si penginterview (intervieweer).
Nama bapa korang ada pangkat Dato’, Datuk, Tan Sri, Datuk Sri, Tun? Tak payah la sebut. Sebut nama, sudah, tak payah nak sebut pangkat. Lainlah kalau korang boleh gunakan pangkat bapa untuk dapatkan kerja tersebut. Macam mengugut pula. Tak pun, mereka tidak selesa kerana berkerjasama dengan anak seteru sendiri mungkin. Selain itu, korang macam nak belagak sahaja sebut pangkat. Belum kerja pun dah sombong, apatah nanti bila dah kerja, bagaimanalah pula perangai korang, kan?

2. Pendidikan
tertinggi tu, biarlah dua sahaja.
Contohnya korang ada diploma dan ijazah. Ikutan, adalah
seeloknya korang sebut yang paling tinggi terlebih dahulu.
Kiranya ijazah dahulu, barulah diploma. Bukan sekadar sebut
ada sijil diploma sahaja. Sebut juga
korang ambik bidang ada apa sijil-sijil itu. Contohnya, diploma Pengurusan
Perniagaan pengkhususan Pengurusan Akaun. Ijazah Pengurusan Sumber
Manusia-Perhotelan.
Kalau ada diploma sahaja, tak perlulah nak sebut ada PMR, SPM ya. Dah tentulah si penginterview sedia maklum, memang la kalau nak buat diploma mesti ada SPM dan PMR. Lagipun SPM dan PMR tak penting bagi mereka tahu. Yang penting, kelayakan tertinggi.

3. Jawatan tertinggi
Menunjukkan korang seorang yang aktif.
Tak ada jawatan pun tak apa. Cakap sahaja korang aktif dalam persatuan (apa-apalah yang korang anggotai). Contohnya saya aktif dalam Kelab Sukarelawan Peace Malaysia dan Kelab Belia 4B. Memang ada point tambahan untuk korang la kat situ. Tak kan korang tak ada aktif dalam apa-apa persatuan, kan?

4. Pengalaman kerja
Pengalaman kerja ini penting. Ini menunjukkan anda senang untuk diambil kerja. Tetapi, jangan terlalu banyak menulis atau menceritakan tentang pekerjaan dahulu kerana ia akan menggambarkan anda akan mudah berhenti jika berlaku sesuatu yang tidak memuaskan hati anda.

Kaitkan pengalaman kerja anda dengan jawatan yang dimohon.
Contohnya korang kerja restoran makanan segera sebelum ini. Kaitkan dengan
kepentingannya dengan jawatan yang dipohon dengan sifat tolong menolong,
teamwork, melayan karenah pelanggan, semagat melakukan kerja, dan sebagainya
yang difikirkan sesuai.
5. Perwatakan anda
Siapa anda sebenarnya? Nak juga majikan tahu siapakah diri
anda yang sebenarnya. Korang kena listkan beberapa potensi positif dalam diri
anda yang sesuai dengan jawatan yang dipohon dan apa yang syarikat cari.
Contohnya, anda seorang yang bersemangat, ceria, optimis,
berwawasan, cepat belajar dan lain-lain.
Tips lain:
Tips lain:
Tak perlu panjang-panjang dan meleret. Just nice je tau.
Masa yang sesuai 2-3 minit sahaja.
Berlatih cakap
depan cermin. Ada eloknya korang rakam
latihan anda. Nanti korang boleh nilaikannya sendiri.
Cakap dengan jelas,
dan terang sebut butirannya.
Pandang interviewer dengan pandangan yang menyakinkan yakni kekalkan eye contact. Jangan pandang
tempat lain.
Kalau intervieweer ramai, pandang sama rata atau boleh
pandang lebih kepada ketua penenuduga.
Jangan sesekali menundukkan kepala.
Bahasa badan
perlu juga. Jangan kaku sahaja. Boleh gerak-gerakkan tangan semasa menerangkan
sesuatu. Tapi tangan tak boleh melepasi paras bahu anda. Tak boleh buat macam
Karam Sigh Walia, itu dah langgar terma penggunaan tangan dengan sopan. Macam
nak marah dan salahkan orang sahaja.
Jangan lupa untuk senyum dan bersopan. Ucap terima kasih.
Semoga bermanfaat dan semoga lulus temuduga dan dapat kerja,
ya. Aminn..
Membantu tak tips-tips ini? Komenlah sikit.
Membantu tak tips-tips ini? Komenlah sikit.
sangat2 membantu..tenkiu =)
BalasPadamTq iz.. :-)
BalasPadamsmga brmanfaat
entry yg sgt mbntu lps abs bljr nti..tengs. nice entry.:)
BalasPadamNiazis: smga membantu
BalasPadammembantu2. hehe. terima kasih :)
BalasPadamCik suka: sama2 kasih. Hehe. :-)
BalasPadamserius bagus entry ni..tp yg penting confident.. buat resume konfiden, interview konfiden, becakap konfiden.. jalan konfiden...haha kan..
BalasPadamAbu: betul3. Jd upin ipin jap. Haha
BalasPadamYe,
BalasPadam'soalan tell me about your self' dalam temuduga kerja sememangnya tidak sama dengan seperti ditanya di sekolah dulu.
Soalan ni haru dijawab dengan teliti dengan jawapan yang menjurus ke arah 'kenapa majikan harus ambil kita bekerja / perihal diri yang boleh membantu organisasi atau majikan'
Ramai yang tidak tahu akan hal ini.
Sekian,
Bukhari Ryo
http://www.temuduga.com.my/