Langkau ke kandungan utama

Kronologi Malaysia Menang Ke Atas tuntutan Kesultanan Sulu! Lega Penduduk Sabah


Tuntutan Kesultanan Sulu ke atas Sabah, Malaysia

Malaysia menang ke atas tuntutan Kesultanan Sulu! (Kronologi). Alhamdulillah, kita terima berita yang menggembirakan semua. Sesungguhnya, berita ini melegakan hati banyak pihak terutamanya penduduk Sabah. 

Hal ini kerana pihak Sultan Sulu dan Filifina telah beberapa tahun kebelakangan ini asyik membuat provokasi yang tidak sesuai dan mengundahkan hati Borneo.

Peristiwa Penting

Peristiwa yang besar ialah mereka berani membuat tuntutan ke atas dua buah syarikat Petronas di luar negara kerana adanya peristiwa Ketua Hakim Negara, Tommy Thomas pada masa itu menulis surat dan berjanji untuk membayar berserta tunggakan dengan interest dengan implikasi kewangan yang besar (Tunggakan dari tahun 2013 hingga 2019 sebanyak RM48,300 . 

Pada tahun 2013, Perdana Menteri pada ketika itu, Tun Najib Razak menghentikan pembayaran tahunan sebanyak RM5,300 setahun kerana Sultan Sulu telah menceroboh dan menyerang Lahad Datu, Sabah.

Kronologi 

Berikut adalah kronologi peristiwa tuntutan ini:

1878 - Kesultanan Sulu diwakili Sultan Jamalul Alam dan Syarikat Borneo Utara British diwakili Alfred Dent dan Gustav von Overbeck menandatangani perjanjian menetapkan Borneo Utara (Sabah) diserahkan atau disewakan kepada Syarikat British dengan ganjaran 5,000 dolar Malaya setahun.

1885 - Protokol Madrid (Perjanjian Britain, Sepanyol) - Sepanyol yang menaungi Filipina dan wilayah Kesultanan Sulu mengiktiraf pendudukan British dan melepaskan semua tuntutan ke atas Borneo Utara (Sabah).

1946 - Kesultanan Sulu menyerahkan haknya ke atas Borneo Utara (Sabah) kepada British melalui Perjanjian 26 Jun 1946

1957 - Sultan Esmail Kiram menyampaikan pembatalan surat pajakan Perjanjian 1878 kepada British, Borneo Utara diserahkan kepada British.

1961 - Pengumuman pembentukan gagasan Malaysia yang menggabungkan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Sarawak dan Borneo Utara oleh Tunku Abdul Rahman.

14 September 1963 - Laporan Setiausaha Agung PBB mengesahkan majoriti penduduk di Borneo Utara dan Sarawak bersetuju menyertai Malaysia.

16 September 1963 - Pengisytiharan Persekutuan Malaysia terdiri daripada Borneo Utara, Sarawak, Tanah Melayu dan Singapura.

2013 - Susulan serangan bersenjata di Lahad Datu, Malaysia menghentikan bayaran wang serahan RM5,300 setahun kepada waris Kesultanan Sulu.

31 Januari 2018 - Firma guaman mewakili waris Sultan Sulu, memohon rundingan semula bayaran wang ihsan bawah Perjanjian 1878, failkan permohonan di Superior Court of Justice, Madrid untuk melantik penimbang tara.

22 Mei 2019 - Mahkamah Madrid memutuskan untuk melantik penimbang tara, Dr Gonzalo Stampa

19 September 2019 - Peguam Negara Tommy Thomas menulis kepada waris Sultan Sulu menyatakan rasa kesal kerana bayaran dihentikan pada 2013 selepas pencerobohan Lahad Datu, dan menambah Malaysia 'kini bersedia dan sanggup' membayar tunggakan dari 2013 hingga 2019 berjumlah RM48,300.

14 Januari 2020 - Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak membuat keputusan tidak memihak kepada pihak yang menuntut dengan memutuskan Perjanjian 1878 tidak mengandungi apa-apa peruntukan timbang tara.

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu juga memutuskan mahkamah Malaysia, dan bukannya mahkamah Sepanyol, yang sepatutnya menyelesaikan pertikaian yang timbul daripada Perjanjian 1878.

25 Mei 2020 - Penimbang tara, Dr Stampa mengeluarkan perintah Partial Award atas Penghakiman Timbang Tara

Februari 2021 - Mahkamah Arbitrasi Perancis merekodkan keputusan Dr Stampa bahawa Malaysia perlu bayar RM62.59 bilion (AS$14.92 bilion) kepada waris terakhir Sultan Sulu kerana melanggar Perjanjian 1878.

Jun 2021- Mahkamah Tinggi Madrid membatalkan pelantikan Dr Stampa dan memutuskan semua prosiding timbang tara serta keputusannya, termasuk Final Award adalah tidak sah, terbatal dan tidak boleh dikuatkuasakan.

September 2021 - Waris Sultan Sulu memperoleh Perintah Exequatur secara ex-parte (sebelah pihak) daripada Tribunal de Grande Instance di Paris, yang mengiktiraf 'Partial Award' yang dikeluarkan pada 25 Mei 2020 dan membenarkan Dr Stampa memindahkan tempat prosiding timbang tara ke Paris.

13 Oktober 2021 - Mahkamah Madrid memutuskan bahawa Partial Award on Jurisdiction yang dikeluarkan oleh Dr Stampa bertarikh 25 Mei 2020 adalah terbatal.

16 Disember 2021 - Kerajaan Malaysia mencabar Perintah Exequatur yang diperoleh secara ex-parte itu dan memperoleh perintah penggantungan daripada Mahkamah Rayuan Paris

Mei 2022 - Malaysia menghantar nota diplomatik kepada 168 negara yang menandatangani Konvensyen New York untuk makluman awal jika ada mana-mana pihak mahu membawa tuntutan mewakili waris Sultan Jamalul Kiram II atau Dr Stampa berhubung 'Final Award' (pampasan) kepada waris Sultan Sulu.

11 Julai 2022 - Dua syarikat subsidiari Petronas di Luxembourg dimaklumkan mengenai penguatkuasaan Final Award melalui penyerahan notis yang dikeluarkan oleh Mahkamah Luxembourg.

12 Julai 2022 - Mahkamah Rayuan Perancis membenarkan permohonan Malaysia untuk menggantung penguatkuasaan Final Award dikeluarkan Mahkamah Arbitrasi Paris.

6 Jun 2023 - Mahkamah Rayuan Perancis mengekalkan keputusan menolak penguatkuasaan 'Partial Award' kepada Kumpulan Sulu yang sebelum itu diputuskan penimbang tara, Dr Gonzalo Stampa pada 2020.


Kesimpulan

Syukur kita menang dan berjaya mengenepikan tuntutan mereka pada kali ini. Tetapi, percayalah mereka tidak akan berputus asa untuk membawa perkara ini ke mahkamah lain pula dan terus membuat provokasi yang boleh menjejaskan kedaulatan negara bertuah ini.

Dengar-dengar, ada ura-ura yang menyatakan dalang dari dalam negara dan dari luar yang mahu merobek kedaulatan Malaysia. Semoga kita dapat membawa mereka ke muka keadilan.

Sesungguhnya, mengekalkan kemerdekaan dan kedaulatan negara majmuk berbilang kaum ini amatlah susah kerana negara kita yang aman damai ini kaya dengan khazanah bumi serta lokasi strategik telah lama menjadi idaman kepada negara-negara luar untuk dimiliki.

 Terima kasih singgah sini

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Open Tracker