Langkau ke kandungan utama

Pening, Menggigil, Tak Larat



Pagi semalam, bangun ok lagi. Tapi bila nak turun rumah, rasa pening, menggigil, tak larat. Lemah je. Risau pengsan tengah jalan je. Ajak Harraz temankan ke klinik memandangkan kebetulan sekolah kebangsaan cuti peristiwa.

Jalan nak ke klinik pun pegang je tangan si bujang. Risu jatuh tengah jalan je.

Masa tu pukul 9 pagi lebih. Ramainya orang kat klinik. Tapi masuk je la. Sebab x tengok pula klinik lagi satu ramai ke x. Biasanya jenguk dulu dari luar klinik mana yg x ramai orang.

Demam, Batuk, Selesema

Kebanyakannya pun sakit sama. Demam, batuk, selesema. Musim kan sekarang ni. Musim influenza juga. Sha berjangkit dr Harraz. Jumaat lepa dah tak selesa tekak manakala Harraz demam Jumaat tu.

Tapi Sha p kerja Jumaat tu. Tinggal dia sorang2 kat rumah. Pagi tu ayahnya bawa p klinik ambil ubat dan MC klinik sama juga. Pukul 12 tengah hari lebih mama balik teman dia sampai 2.40 petang. Tinggal kejap je lagipun dia tidur. Suhu dah turun lepas makan ubat. Kalau jadi pape jiran2 ada. Boleh minta tengok2 kan..

Sabtu Harraz dah sihat. Ahad dah p latihan silat.
Manakala Rizqi dan adiknya warded KPJ Ampang Puteri sementara Yaya lemah sangat didiagnose influenza A juga.

Sha pakai t shirt, seluar track dan tudung sarung je. Hahaha, jarang nak pakai simple macam ni. Biasanya blouse, slack n tudung shawl belit lilit. Tapi semalam tak larat sangat. Sarung tudung sarung instant je. Anak cekup (anak tudung) pun xpakai. Tapi tetap pakai stoking kaki dan kasut bertutup.

Harraz awal-awal lagi dah bagitau kata jiran bersama anaknya baru masuk klinik. Oh ya, semalam (kelmarin) ada dengar anaknha demam. Kemudian diorang datang duk sebelah kami.

Mujurlah sekejap je dah tiba giliran.

Doktor kata tekak dah merah sebab duk tahan batuk. Time dah tidur je terbatuk, tersedar p makan ubat batuk, ok lepas tu sambunh tidur xde dah batuk lagi. Jadi doktor bagi antibiotik terus makan 2 biji lepas balik klinik. Esok pagi makan 1 biji je.

Hari ni Sha dah masuk kerja dengan bawa ubat makan kat pejabat. Kawan tegur eh sarapan dengan ubat. Sha jawab saya sakit.

Untuk semua yang ditimpa sakit, semoga cepat sembuh seperti sedia kala. Aaminn.

Gambar dari jiran. Harraz berbaju merah. Sha tudung hitam, baju putih.

Ulasan

  1. Aduhai...semoga cepat sembuh ye anak- anak semua...musim sekarang kan..ada sekolah dah tutup jugak sebab berjangkit2...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Open Tracker