Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2025

Pengalaman Perit Masa Lalu Membuatkan Ku Lebih Bersyukur

Pengalaman perit masa lalu Alhamdulillah aku ni dah tak ada nak merungut dalam menempuh ranjau liku-liku hidup. Mungkin disebabkan pengalaman perit masa lalu membuatkan ku lebih bersyukur. Kemiskinan macam mana yang belum aku tempuh? Ya, miskin tapi syukur Alhamdulillah belum papa kedana. Pernah bergaji harian RM30, bergaji bulanan RM500 sebulan, itu pun dah cukup bersyukur kerana ada juga kerja bergaji, boleh tanggung diri sendiri. Pernah menggangur setahun selepas tamat belajar. Alhamdulillah, ada rezeki bayar Unifi masa tu RM79 sebulan kalau tak silap. Tak ingat dah. Lama sudah berlalu. Empat bulan juga la mampu bayar. Duit yang ada buat beli pad. Makan minum ibu bapa tanggung. Tu la kan, ada je rezeki kat mana-mana. Ulat dalam batu pun boleh hidup. Ada lagi beberapa masalah yang bagiku terlalu peribadi untuk diceritakan secara terbuka. Biarlah ku pendam dan kunci rapat permasalahan atau pun duri ranjau yang aku lalui dalam hidupku. Berumahtangga Apabila berumahtangga lain pula per...

Anda Peminat Teh? Ada Bahaya Menanti

Secawan teh panas Anda peminat teh dan kerap minum teh? Percayakah anda jika ada yang berpendapat teh lebih bahaya menanti berbanding kuali Telfon? Ada dakwaan secawan teh menghasilkan 11.6 billion zarah mikroplastik masuk terus ke dalam badan. Ramai yang tanya: "Kalau peralatan masak bahaya, macam mana pulak dengan tea bag yang kita minum setiap hari?" Jawapannya lebih menakutkan. Kajian dari McGill University, Kanada, mendapati satu tea bag plastik biasa boleh melepaskan sehingga 11.6 billion zarah mikroplastik dan 3.1 billion zarah nanoplastik ke dalam secawan air panas. 11.6 billion. Bukan million. BILLION. Itu bermakna setiap kali anda rendam tea bag dalam air panas, anda sebenarnya sedang minum 'sup plastik' yang dipenuhi dengan berbillion zarah plastik yang tak nampak mata. Kenapa tea bag jadi lebih bahaya daripada kuali nonstick? Para penyelidik menjelaskan bahawa air panas tu macam pencetus kepada tea bag plastik. Bila suhu tinggi, struktur molekul plastik ja...

Open Tracker