Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2024

Apabila Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Diumumkan

Keputusan SPM Apabila keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan pada 27 Mei 2024, maka banyaklah corat-coret membahaskan mengenai pelbagai aspek. Mari kita baca pendapat bernas pensyarah universiti Dr Syahr Musafir. Di mana Amalina 17A? Di mana Fatimah 18A?  Di mana Azali 21A?  Di mana Nik Nur Madihah 20A?  Sebenarnya perit bagi saya, apabila orang bercakap-cakap perihal Amalina pelajar cemerlang SPM 2004 (17 A) sekarang bergelar doktor pakar perubatan pembedahan di UK dibanding lalu dipersoalkan kenapa Nik Nur Madihah pelajar cemerlang SPM 2008 (20 A) bukanlah doktor, bukanlah graduan universiti luar negara, bukanlah influencer terkenal di media sosial, dan macam-macam lagi. Perit sebab bagi saya, perlukah banding-banding? Disebabkan kecoh perbandingan dan persoalan sebegini, nama-nama lain seperti Siti Fatimah Mukhtar pelajar cemerlang SPM 2006 (18 A) dan Azali Azlan pelajar cemerlang SPM 2007 (21 A) turut terpalit apabila ditanya-tanya di manakah mereka ini, kenapa merek

Kenangan Di Kampung Ketika Tiada Air Paip

paip air Kenangan di kampung ketika tiada air paip. Kenangan ini berlaku pada tahun 1990-an yang mana pada masa itu, ada sebahagian telah menggunakan sumber air daripada jabatan air negeri manakala sebahagian kejiranan lagi menggunakan air telaga.  Namun, kalau mereka tahu bagaimana panasnya Kedah di musim kemarau, akan memahami keadaan ini. Air paip pun tiada kerana dengar-dengar, empangan pun hampir kehabisan air.  Semua kejiranan akan serbu ke sebuah telaga yang berada di dalam kebun getah berdekatan kejiranan. Dekat, adalah 100 meter begitu.  Sumur itu jernih airnya. Sejuk. Namun tidaklah dalam mana. Kiranya tak kan takut kalau nak terjun atau terjatuh. Tidak dalam tapi tidak pernah kering airnya. Pabila (sengaja menggunakan perkataan pabila , nak nampak lebih gramatis) musim kemarau tiba, maka kami kejiranan berpusu-pusu menuju ke telaga itu. Memang kena pergi beramai-ramai kerana tempatnya agak seram dan mistik. Tidak berani pergi 1 keluarga kecil. Sekurang-kurangnya, 2 keluarga

Open Tracker