Langkau ke kandungan utama

Caj Bateri Untuk Seorang Isteri dan Ibu



Anak-anak


Caj bateri untuk seorang isteri dan ibu. Semalam, viral pasal isteri yang terlalu letih sampai masuk ICU.
Kemudian, nampak kawan cerita pasal kepentingan keberadaan seorang mak untuk anak2nya.

Kesimpulannya, jaga diri. Jangan terlalu letih. Berehat or stop. Cuti. Berada dekat dengan anak2. Kita xtau sape yang akan pergi dulu.

Teringat cerita arwah Sarjan Malbat Lubnan yang rebah setelah sebulan bercuti berjumpa anak2. 😭😭😭 Innallillah.. Al-Fatihah..

Umur sama dengan Sha, 39 tahun. Cerita kat Harraz.

Harraz pula kakinya terluka terkena batu. Hidungnya pula berdarah. Alahai, kesiannya kat anak mama.

Maka, mama dengan keadaan kurang sihat, keletihan, sakit bahu dan pinggang, ambil cuti kecemasan pada hari ini. Nak spare time dengan anak sulong. Tapi Harraz p sekolah lah.. Tengah hari balik.

Untuk kaum hawa, jika letih, berehat dulu. Jangan paksa diri. Cuti. Kesihatan lebih penting. Jika kita tiada, siapa nak jaga anak2 kita? Belum tentu sama kasih sayang yang diberikan. Ingat senang nak membela dan membesarkan anak orang lain?

Cerita ini semalam, sehari sebelum cuti umum pada hari ini. Pagi-pagi memasak, tengok tv, tunggu Harraz balik sekolah agama, pukul 11.20 baru sampai rumah padahal dah keluar sekolah agama pukul 11.00 pagi. Dia dan jiran sebelah rumah, Umar pergi jalan-jalan bersiar-siar kat taman perumahan ini.

Masa Harraz nak ke sekolah kebangsaan, dia lambai dan senyum tak henti. Priceless and very precious that moment. Nampaklah Harraz gembira dan bahagia mama ada di rumah.

Selepas transporter ambil Harraz ke sekolah, baru Sha masuk bilik, tonton drama hero kegemaran. Rupa-rupanya, terlelap. 1.30 tengah hari terjaga. Sambung tidur. Pukul 3.30 terjaga kembali.

Segar rasa badan.

Gambar masa kenduri kawan nak p Haji. Kawan muda setahun. Seronoknya, muda2 dah dapat buat haji. Semoga mendapat haji yang mabrur. Aaminn.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Open Tracker