Langkau ke kandungan utama

Pertandingan Pantun Merdeka, Maaf untuk Ahli Sahaja

Pertandingan pantun



Ada wasap masuk kata ada pertandingan pantun, maaf untuk ahli sahaja. Disertakan dengan butirannya untuk rujukan di masa hadapan.

🇲🇾Perhimpunan pagi dan Perjumpaan Bersama Pengarah  Bil 1/2023🇲🇾

Assalamualaikum WBT dan Selamat pagi

Dimaklumkan bahawa Perhimpunan Pagi dan Perjumpaan Anggota bersama Pengarah  bagi Bil 1/2023 akan di adakan seperti ketetapan berikut:
          Tarikh                :    18 Ogos 2023(Jumaat)
          Masa                  :    9.15 pagi 
          Tempat              :    Ruang kerja Seksyen Rangka dan Pemetaan (di 
                                          hadapan bilik ICT)    
          Tema pakaian    :   Baju bertemakan Jalur Gemilang🇲🇾
          Urus Setia          :   Seksyen Rangka dan Pemetaan

KKSS ingin menganjurkan Pertandingan Pantun Gema Merdeka. Syarat penyertaan seperti berikut:
1. Pantun yang dihasikan adalah pantun 4 kerat.
2. Pembayang dan maksud pantun mesti bermula dengan huruf D,O,S dan M atau K,K,S dan S.
3. Setiap Seksyen hanya perlu menghantar 1- 3 penyertaan yang terbaik sahaja.
4. Setiap penyertaan akan di nilai dari segi keaslian dan kreativiti.
5. Tarikh tutup : 17 Ogos 2023 (12 tghri)
6. Pemenang dua kategori: Johan dan Naib johan. (Hadiah hamper disediakan)

Contoh pantun:
Dam dam dum bunyi senjata,
Orang berpusu ke dataran,
Semaikan semangat patriotic di hati kita
Malaysia Madani, teras perpaduan penuhi harapan.

Kangkung belacan dalam sia,
Kiriman dari Muhamad Jiwa,
Saya anak Malaysia,
Setia dan jatidiri memenuhi jiwa.

7. Mohon hantar penyertaan kepada xxxx
8. Mohon panjangkan dalam group PMS juga.

Sekian, tkasih.

Sha tengah busy2 sangat sebab nak kejar kerja. Orang lain dah siap, Sha belum siap. Sebabnya hari tu Sha cuti 3 hari. Kalau x cuti, siaplah kerja Sha tu.
Sha memang nak masuk tapi tengah busy kaw-kaw sampai xde masa nak cari idea. Tapi baru je google sambil buat kerja cuma nak baca je x sempat. Sibuk wei.

Tetiba bos datang petik nama. "Kak Hapisah masuklah pertandingan pantun". Bos pertikaikan pasal ini berbalas pantun. Sha cakaplah bukan ni. Cipta pantun ni.

Dia kata syaratnya no 4 tu, asli dan buat sendiri. Sha jawab memang macam tu. Tu la banner ni tak tulis reka ke cipta ke, senang sikit orang nak faham. Sha pun pada mulanya ingat berbalas pantun. Tengok syarat, eh bukan.. Ni cipta pantun ni. 

Tengah duk bercakap dengan bos, kawan Sha datang tengok syarat
Tetiba pap, siap pantun dia! Sedap pula tu. Memang dia berbakat besarlah. Tapi dia suruh Sha yang masuk guna pantun dia. Sha x nak lah. Sebab Sha pun nak masuk atas nama sendiri juga. Kang menang pantun dia, ha macam mana pula nak bahagi hadiah. Sebab dia tak nak pakai nama, tapi katanya, hadiah nak. Erm, pening kalau menang nanti, nak bahagi macam mana?

Sha serahkan pantun kawan Sha pada bos dan cakap nama kawan Sha yang buat.
Sha tengah siapkan kerja dan belum buat lagi pantun tapi duk rasa dah akan menang. Dapat ilham yang pantun huruf D tu yang menang. Duk merah muka dah. Hahaha.

Pengumuman

Pada sebelum umum keputusan, kawan Sha cakap "Mesti Kak Pisah menang punyalah,"
Sha tak yakin menang. Sebab ye la, simple je Sha reka pantun. Ye la, busy sangat-sangat dengan kerja, sampai mata sakit duk hadap skrin je. Penat.

Mana ada masa rehat. Tak ada rest. Duk pulun nak siapkan kerja je. Penat. Balik rumah, uruskan hal rumah dan anak-anak pula. Ajar anak kerja sekolah. Suap makan. Tidurkan anak-anak

Masa nak umum tu, berdebar kuat. Biasanya debar ni, menang.
Masa amcee baca pantun tu, eh Sha kenal itu pantun kawan Sha. Sha cakap kat kawan yang lain. Itu pantun kawan kita, Tika.
Sha dah menjerit keseronokan bagi kawan Sha.
Bila amcee baca pantun kedua, Kak Kas yang berada di sebelah Sha ni, terkejut. Sebab pantunnya. 
Bila amcee baca pantun ketiga pula, itu pantun Sha!
Bila amcee umum seksyen Sha yang menang, riuhah kami bersorak.

Sha hantar dua pantun tapi satu je tersenarai. Kira oklah kan. 
Tahniah untuk para pemenang.


Terima kasih singgah sini

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Open Tracker