Seorang guru yang sangat guru dari sekolah ini, SMK Dato' Syed Ahmad Aku, ingin bercerita tentang seorang guru yang pada aku, sangat 'guru'. Cikgu ini seingat aku tidak pernah dapat mengajar aku sepenuh waktu. Dia pernah jadi guru menggantikan guru lain sahaja. Tidak pernah ada satu subjek yang beliau ajar sepenuh masa untuk kelasku sendiri. Pernahlah beberapa kali beliau menjadi guru ganti sehari dua untuk guru yang tidak hadir. Cikgu ni popular kat sekolah sebab segak satu hal, agama pun baik. Baik pun baik. Sopan santun. Tapi dah kahwin masa tu. Dan aku pula bukanlah seorang pelajar yang terlalu popular atau pandai untuk cikgu kenal aku. Aku juga bukanlah kategori murid nakal atau bermasalah untuk dikenali. Aku kategori tengah-tengah. Nak kata cikgu-cikgu kenal aku, rasanya tak kot. Sekolah paling ramai pelajar di Kedah masa tu. Aku masuk sekolah tahun 1998 - 2004 (Pra-Universiti). Aku pula bukan duduk rumah dekat dengan mana-mana guru. Ye la, murid pertengahan. Cikgu n...