Langkau ke kandungan utama

Sebab Perlu Nak Tak Nak Kena Ambil Juga Vaksin Covid-19 Kanak-kanak


Nak tak nak kena ambil juga vaksin Covid-19 untuk dewasa dan kanak-kanak. Duk sembang dengan kawan. Kita ni kalau boleh tak nak juga ambil vaksin tapi sebab kena sedar kita duk Kuala Lumpur (KL), kerja KL perlu ambil vaksin. Iyalah, segala jenis orang kita jumpa. Jaringan pengangkutan maju dan moden bersimpang siur. 

Tak kata kat orang lain pun, Sha sendiri pun balik kampung naik flight. Telahlah orang lain yang lagi banyak duit, ke sana ke sini ke sana ke sini. 

Baru-baru ni, cuti raya Cina (Tahun Baru Cina), highway sampai jem, pusat pelancongan sesak, banyak kenduri-kendara, family day dan reunion pelbagai hubungan. Semua berkumpul. Haa, orang kampun pun tak selamat sebab ada yang balik dari negeri lain, kan?

Dah campur dengan ramai orang, ada la lekat virus durjana ni. Ianya mudah merebak pula.

Satu lagi, kami takut long covid dan MIS-C, pengalaman dari orang terdekat kami.
Paling meruntun hati, kami sangat terasa dengan kehilangan orang tersayang yang tak sempat nak ambil vaksin.

Kawan pun menyeka air matanya.. Sedih dan rindu terkenangkan mereka yang telah pergi dahulu. Al-Fatihah.. 

Nak tak nak kena ambik juga, untuk lindungi diri. Ikthiar selain berdoa dan berserah kepada Allah.

Kanak-kanak memang imun tinggi tapi antibodi untuk lawan Covid belum ada dalam badan, kecuali pernah dijangkiti. Vaksin ada sel virus yang dilemahkan / dimatikan. Bila masuk dalam badan, sel darah putih akan lawan, tu yang kita rasa pening lah, nak demam lah, sakit tempat cucuk, sengal,tak boleh angkat tangan dan sebagainya. Lepas dah makan sel virus tu, barulah bina antibodi. Kalau virus COVID masuk, terus kena serang.

Alhamdulillah, i was managed to handle vaccinated (Pfizer for Children) for my son, 5years and 6 month by yesterday. Syukur, dia tiada apa-apa side effect kecuali pening lalat sebentar cuma. Tiada demam. Tiada sakit tempat cucuk. Alhamdulillah.

Kesimpulan

Kalau tanya Sha, yes, Sha akan ambil vaksin untuk diri sendiri dan anak-anak (kalau sudah tersedia). Alhamdullillah vaksin untuk kanak-kanak, Malaysia dah luluskan. Sebelum ni memang Sha nak sangat.

Korang nak takut apa? Sha rasa rakyat Malaysia ni terutamanya orang Melayu terlalu jumud (kebelakang dan mundur) bab vaksin ni. Duk percaya cerita (hersay) sahaja. Bukti, jurnal dan hujah pakar tak nak pula percaya. Pi percaya entah sape-sape yang tiada kelayakan untuk bercakap pasal isu ini.

Orang Cina ni banyak maju. Laju je diorang penuh tempat ambil vaksin. Semalam pun ramai ibu bapa Cina bawa anak-anak untuk divaksinkan.

Terpulang korang nak ambil vaksin booster dan vaksin. Hak masing-masing. Sendiri yang sakit. Sendiri yang tanggung. Tapi ingatlah, wajib menjaga diri sendiri, menerima amanah Rabbul Izati. Apa nak jawab depan Tuhan dan makhuk lain bila kita tidak menjaga nyawa?


Terima kasih singgah sini. Boleh baca topik lain yang menarik. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Open Tracker