Langkau ke kandungan utama

Siapa Belum Niaga Dalam Shopee Lagi? Rugi

Siapa Belum Niaga Dalam Shopee Lagi? Rugi tak rebut peluang yang ada. Shopee senang je nak niaga. Bersistem. Siap bekerjasama dengan pos laju. Settle. Tak payah susah payah buka online banking, tengok duit dah masuk ke belum.. Tengok pula track items kat pos laju. Tak payah susah-susah. Semua ada dalam sistem. Mudah.

Teaser..
Untuk peminat OWL..
Cantik kan?

Japg menyusul gambar, insya-Allah.
Nak settlekan pos dulu. Pepagi dah pergi CC untuk online n print slip pos laju Shopee.

Mungkin ada yang tertanya2, "saya niaga Shopee juga tapi xperlu pergi CC pun."

Sis, Sha dulu pun macam awak sis. Tulis sendiri cosign note pos laju.. Tapi Sha dah niaga lama kat Shopee tu. Sha daftar 5Kg Free Shipping Program. Seminggu juga tunggu untuk pengesahan dan kebenaran menggunakan kemudahan ini. Sha dapat kalau x silap Oktober 2018. Alhamdulillah, lagi mudah, tak payah nak isi borang lagi. Print. Potong. Settle.

Saja kongsi pasal Shopee. Sha ada juga Carousell tapi tak best, macam biasa. Kita deal dengan seller. Seller yang uruskan semua. Kalau dia scam duit kita maka x dapat balik lah.. Tak ada sistem. Nak boost pun kena ada coin.

Tapi Shopee lain, dia x kan release duit kita selagi customer tak dapat barang dan berpuas hati. Free boost 5 barang untuk 4 jam.

So far, sale Sha dengan Shopee ni ada la RM 2k macam tu (secara berperingkat). Tak banyak kan berbanding orang lain. Tapi Alhamdulillah, syukur. Sikit pun kita bersyukur, banyak lagi kita bersyukur.

Ada tanya Sha, x reti dengan Shopee. Dah ada akaun, letak je new product. Masukkan butiran. Settle.

Sha dulu pun tak reti juga. Tak faham juga. Godek2 sendiri je. Senang je. Kacang!

Nak tanya Sha pun boleh. Moga jadi amal jariah yang berpanjangan.

Nak guna medium lain, gunalah. Guna medium yang sesuai dengan kita. Tak perlu nak paksa dengan dan iri hati dengan kejayaan orang. Kita sepatutnya bangga dan tanyalah tips. Hihi.

Kita doakan baik2 dengan orang, malaikat akan aminkan dan doakan perkara yang sama kepada kita.

Jadi, Sha doakan biznes korang bertambah maju zuss zass da boom dan dideraskan rezeki selaju air terjun.
Aaaminn.

#SarungBantal
#Bundle
#Plain
#SarungBantalPlain
#BukanSebaranganBundle
#BundleIsAwesome
#Eksklusif
#Shopee
#ShopeeSeller
#Shamyheart

Ulasan

  1. I was browsing iPrice smartphones when it redirected to Shopee website.. From then on, I got addicted shopping from Shopee ^_^

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Pantang larang dan makanan orang demam campak. Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak.  Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. Risau gatal je.   3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan . 4. Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau m...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Open Tracker