Langkau ke kandungan utama

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔

Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain.

Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas.
Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton+50 polyster (poly).
3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon.
3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku.

Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo.
Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor.
Camo – Celoreng

Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher.
Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an.

Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga.

Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.
Double stich – Jahitan berkembar pada lengan dan bawah. Biasa pada baju 90-an hingga kini.
Tag – Label pada pakaian.
Kelamu / Kelambu – Baju yang nipis akibat tempoh masa dan kesan pakai owner asal. Biasanya t-shirt 3 kain atau 2 kain bisa jadi kelambu.

Skrin – Gambar,corak atau lukisan pada depan baju.

Backprint – Gambar belakang. Biasanya tour shirt.
Fake – Palsu, tiruan.
Repro – Keluaran semula pattern lama. Original! Ramai silap faham mereka kata repro itu fake. Orang kita yang bingai pi letak istilah RePro atas item fake.
Deadstock – Item lama condition seperti baru.

NOS – New old stock. Barang lama yang tak pernah dibuka, diguna dan dibasuh.

Kepala kain / Seldvage – Seluar jeans, jaket, chambray yang mempunyai garisan putih atau garisan merah pada hujung kain.
Takek – Berbentuk seperti garisan yang timbul tepi seluar belah luar. Berbentuk rail keretapi. Biasa ada pada seluar kepala kain.
BIN – Buy It Now

Target – Harga yang diinginkan seller.

Keras cokeng – Harga yg tinggi untuk item tersebut.

Yum Krum /Yuk Kram / Yam Kram -  Biasanya bale dibuat di Thailand. Barang original. Contoh Levis Original. Harga satu bale boleh cecah RM10,000 untuk 50 kg macam tu.

CONDITION

1. Like new - Item elok, tak ada defect. Boleh bawa jalan-jalan ke pasaraya atau raya. Like new biasanya macam orang tak pernah pakai lagi. Material masih keras seperti baru beli di kedai. Condition dari 9/10-10/10.

2. Jalan - Sama macam like new tapi rendah sikit condition nya. Condition dari 8/10-9/10.

3. Taman - Boleh pakai untuk bersiar-siar atau main kat taman. Ada defect atau kain berbulu sedikit. Condition rendah dari jalan.

4. Harian - Sama macam taman tapi rendah sikit. Ada defect. Berbulu. Sesuai untuk pakai di rumah.
Merecik – Item tu sempurna dan cantik.

Galas / Kenyang – Seller berjaya menjual sesuatu atau banyak item pada harga tinggi.

Joybidder / Joybuyer/ Black Out Buyer (BOB)– Pembida atau pembeli yang dah deal tapi tidak bank in atau menyepi.

Joyseller – Penjual yang post barang jualan tapi close jualan pada rakan sendiri.Tujuan sebenar nak show off.

Lipak / Scammer – Penjual yang tidak pos barang setelah buyer bankin. Ada juga yang buyer jadi scammer. Cakap bankin tapi duit tak masuk. Hantar resit bukti palsu.
(hati-hati)

Newbie / Kubis – Orang baru main bundle.
Sifu / Otai / King – Merujuk orang lama yang berpetahuan tinggi dalam sesuatu item dan seiring dengan item item keras yang dia miliki.
Wor / Dewa / Kutai – Mereka yang memiliki item-item rare dan mahal.
Credit  to Bro @Sadakollohulazim


CONDITION BAJU:

1) Like New - Kain kejong keras, Cantik dan Nampak Macam Baru. This is WOW!
2) Jalan - Condition yg Boleh dipakai berjalan2 kt Mall ke, Kenduri ke and etc.. Kita anggap macam baju anak kita yg sedia ada skrg ni. Kalau da basuh 5, 6 kali. Tetap Lusuh juga, kan? But, Still Acceptable untuk kita buat baju tu pakai berjalan.
3) Taman - Baju yang kita redha anak-anak kita main kat padang bersama rakannya. Mungkin sedikit lusuh.

Sha olah sikit-sikit berdasarkan ilmu bundle yang Sha ada.

Ulasan

  1. Balasan
    1. Bootleg merupakan baju yang bukan official. Bukan fake sebab design dia lain dari original

      Padam
    2. OBO tuh apa maksud

      Padam
    3. Or best offer

      Padam
  2. Balasan
    1. Sebelum baju kena print , kena jilat dulu , tue lah tag jilat .

      Padam
    2. Sebelum baju kena print , kena jilat dulu , tue lh print jilat .

      Padam
  3. Balasan
    1. Skoda ni istilah kelantan yg diambik dari perkataan sekadar

      Padam
    2. Skoda tu 1 bale la sayang oi...hihihi..

      Padam
    3. skoda tu macam baju basahan

      Padam
    4. Skoda=Sekadar
      Untuk pemain bundle bermaksud barang biasa-biasa

      Padam
  4. Balasan
    1. selalu nya terjumpa barang ii vintage org panggil jackpot ataupon dpt barang vintage dgn harga yang murah dikira jackpot

      Padam
    2. Jackpot tu maksudnya barang yang mahal dan berbaloi2 beli tapi dijual dengan harga murah. Anda patut beli item ini jika berkenan.

      Sebenarnya jackpot diambil dari permainan kad daun terup yang mana menang berganda, jackpot!

      Padam
  5. Balasan
    1. Selam tu macam p bundle beli baju bundle , beli baju bundle dkt kdai tu dipanggil selamla istilah untuk kaki bundle

      Padam
  6. Balasan
    1. Sumbat baju penuh2 satu bag plastik jual stu hargaa.

      Padam
  7. Balasan
    1. Dekat bale tu ada lambang monyet.

      Padam
  8. Balasan
    1. rolling duit, rolling modal. pusingan duit keluar masuk. modal keluar masuk

      Padam
  9. bale Lhk tu apa? bole listkan singkatan nama untuk bale ? . dan kertas yg ada di bale mcm merah putih tu pe beza ye hehe sory byk soalan

    BalasPadam
  10. Sejak akhir-akhir ini banyak yang sebut 'Rindem' ...apa makna nya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maybe random sis, cuma slang seller tu sebut jadi rindem. 🤣

      Padam
    2. Rindem tu panggilan utk levis 501 selvage tp bkn bigE tahun 60-70an klo xsilap.. asal perkataan siam lìñdæng.. lin (tepi) daeng (meroh).. tp kbnykan kpla kain tu dh ilang merah dio sbb lama.. lebih kure crito dio.. 😁

      Padam
  11. Apa maksud iron on eh, sorry tersilap letak nama 😅

    BalasPadam
  12. Apa maksud iron on eh, ha ni baru betul nama 😅

    BalasPadam
  13. Balasan
    1. jenama Wassal di depan guni. Ada pelbagai jenama lain

      Padam
  14. Wasal tu nama@label bale. Kira macam kilang yang keluarkan bale tu

    BalasPadam
  15. Balasan
    1. banyak maksud, tapi takat ni best offer jelakot

      Padam
  16. maksud baju premium ?? plss skoda da tahu nak thu premium means baju tu macm mana biasa biasa macm skoda atau apa ya ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dak² jaman now pakai istilah premium untuk brg copy ori

      Padam
  17. Balasan
    1. Potong Tang Corner.. (Bid Last Minit Sblm Close)

      Padam
  18. Balasan
    1. Item adalah original tapi bukan baru. Jenama original tetapi merupakan barang yang terpakai atau kadang2 tidak pernah dipakai, yang didatangkan di dalam guni bundle.

      Padam
  19. Balasan
    1. Ini untuk bidaan bermula dengan asas(tapak). Kalau 0 anda bebas nak mulakan dengan berapa ringgit. Kalau seller kata tapak 50 = bermula RM50 dan ke atas, harga yang perlu anda letak. RM55 ke, 60 ke, terpulang kepada anda berapa kenaikan yang anda mahukan. Akan berlaku bidaan dari buyer yang lain. Jadi, apabila sudah mencapai persetujuan, item akan dilock untuk anda. Seterusnya lakukan pembayaran.

      Jika seller meletakkan syarat kenaikan bida, anda kena ikut peraturan tersebut. Contoh kenaikan RM5 ke 10 ke..

      Padam
  20. Maksud

    Item kepala nga ekor bang

    BalasPadam
  21. Mantap blogger.. dah susah cari oeg nak buat blog sekarang.. byk info dalam blog ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berkongsi sedikit ilmu yang ada. Saya pun banyak belajar lagi.

      Terima kasih sudi singgah blog ini dan tinggalkan komen yang menyejukkan hati.

      Padam
  22. Urang slalu kate 'item bundle'.. Item bundle tu ape ea?

    BalasPadam
  23. '"Item bundle" merujuk kepada barang yang dijual adalah bundle / terpakai / preloved/ secondhand. Bukan barang baru.
    Semoga penjelasan ini dapat beri anda faham apa itu item bundle.

    BalasPadam
  24. Assalamualaikum admin tumpang tanya ye boleh terangkan tak pasal item kepala atau lain mcm kepala 1 saya kurang faham

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia bundle ada 3 item..kepala,badan,ekor..item kepala tu item mahal,badan item sederhana,ekor item murah yang selalu jual kt pasar karat tu

      Padam
  25. Setiap bale ada tali hitam atau hijau. Apa beza ya?

    BalasPadam
  26. apa naksud back door ?

    BalasPadam
  27. ape maksud bale cooper ?

    BalasPadam
  28. Maksud barang pak maun

    BalasPadam
  29. Apakah maksud baju vintage y2k ya,??

    BalasPadam
    Balasan
    1. item yang keluar pada tahun awal 2000 ,kalo jumpa item tu pada tahun ni di kira vintage y2k merujuk pada tahun 2000,

      Padam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Open Tracker