Makanan Malaysia memang sedap-sedap. Dah lama Sha nak kongsikan tips petua untuk memasak sedap. Sha pun tak ada lah pandai masak sangat. Masak biasa-biasa sahaja. Tapi bolehlah ada rasa sedap tu. Dapat pujian "sedap" dan 5 bintang dari suami pun dah cukup baik. Lepas tu, suami akan cakap, "Esok awak masak lagi macam ni" Kira ok la kan.. 1. Nasi sedap Wangi Satu Rumah Kadang beras kita tu tak elok atau rasa tawar sahaja. Aha, nak tambah bagi sedap sikit dan berselera nak makan nasi? Sha ada petuanya. 2-3 ulas bawang putih - dipotong panjang-panjang 1 inci halia - dimayang 1 helai daun pandan - disimpul Basuh, toskan beras dan letak air macam biasa. Kemudian masukkan bahan-bahan tersebut ke dalam periuk. Tak perlu kacau. Masak nasi seperti biasa. Nanti, nasi akan harum semerbak. Pasti ada yang akan bertanya masak apa wangi sangat ni. 2. Telur Dadar Sedap Nak Mati Telur dadar, ada je yang sedap. ada yang tak berapa nak sedap. Tapi kalau nak ...