niaga jual asam, support perniagaan isteri |
SUPPORT PERNIAGAAN ISTERI: ASAM DAN AIR MINERAL
Support Perniagaan Isteri, jual asam dan air mineral. Suami tolong angkat barang, kadang tolong keluarkan modal, kadang tolong beli barang niaga. Petang tadi (4 April 2018), Sha balik kerja awal sikit sebab hadiri event. Kebetulan suami pun habis kerja awal. Sha ajak pergi pasaraya NSK beli untuk niaga.
Suami tak nak. Dia kata takut rugi, saya bagi je (sedekah) pada kawan2 nanti. Lagilah rugi. Tapi Sha tetap berkeras nak pergi beli jugak.
Bila dah pergi, mahalnya barang kat pasaraya ni. Kalau macam ni, macam mana nak jual murah? Memang tak balik modal.
Ni pun Sha dah buat 20g, tapi x tau nak jual harga berapa. Kalau 50 sen atau RM 1, tak sesuai. Jadi Sha tambah bagi jadi 35g. Tu pun untung RM 1 jer..
Rasa macam nak buat 30g je untuk jual RM 1. Baru berbaloi. Tapi x sempat. Anak pun Sha x sempat tengok, dah merajuk tak nak susu. Menangis. Sha pun dah mengantuk. Mesin timbang pun gelong. Xpe la. Sedekah.. Promo awal untuk mula biz baru.
Asam ni sesedap rasa. Sedap sangat. Betik kering.
Kawan-kawan la duk suggest jual asam dan gula2. Tapi gula-gula mahal. Plus banyak jenis. Nak jual pun tak tergamak.. Sebab terpaksa jual mahal nak cover modal. Itu baru modal, belum kira untung.. Maka marilah berhuhu kita. Tak jadi jual cekelat!
Sha bukan berkira tapi kehidupan menekan Sha untuk berniaga. X paksa pun beli kan..
Air mineral botol besar dah lama Sha letak.. Laku. Alhamdulillah.
Nak jual makanan macam ni segan rasanya..
Semoga ada rezeki Sha jual asam.. Aminn.
Big why, nak beli rumah.. Fuh, tinggi kan impian. Tak apa, gantungkan harapan setinggi bulan, kalau jatuh pun, lekat pada bintang.
Update: Sha dah masuk dua kali beli stok asam. Ramai minat asam putih (betik) walaupun Sha jual RM1 untuk 26g. Buat 19 pack, tinggal 6 pack je untuk 1 minggu (5 hari), jual kat meja sendiri je kat ofis. Kawan-kawan ofis je yang beli. Bahagian Sha ada la dalam 20 orang. Alhamdulillah, ada sambutan.
Tapi Sha baru up barang gula-gula macam M&M tu tapi tak ada sambutan. Dah la beli banyak. Tengok lah nanti, kalau tak jalan, Sha bagi je la pada kawan-kawan ofis dan pada taksa anak Sha, Harraz tu.
Update lagi: Sha dah dapat tawaran untuk memiliki rumah. Doakan Sha berjaya lulus loan housing loan. Kalau korang nak tau pasal bab rumah ni, Sha ada create satu blog untuk rumah. Milik rumah: Jom beli rumah walaupun lelong. Pengalaman mereka yang memang masuk dalam dunia rumah ini. Pengalaman Sha belum sempat masuk lagi.
Berminat? Boleh whatsapp Sha di: http://wasap.my/60194625310 Terima kasih singgah sini
Ulasan
Catat Ulasan
Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.