Produk Freeman: Polishing Mask: Charcoal and Black Sugar yang Best |
Hari ini aku baru membeli salah satu produk Freeman: Polishing Mask: Charcoal and Black Sugar (jenama Freeman, Topeng Gilap yang ada Arang dan Gula Hitam) di Watson dengan harga RM16.07. Promosi ke apa, aku pun tak tahu. Tapi bila tengok internet harganya memang murah.
Mula-mula aku beli ingatkan mask yang boleh tarik-tarik tu, yang melekat kuat kat muka, jenama Sheshido.Okay, aku dah salah produk. Produk yang aku nak beli tu ada di Kedai Avon, harga RM19.00. Macam nak menyesal dah salah beli. Tapi, wow benda lain. Namun, aku sangat sukakan hasilnya!
Jenama Freeman. Tengoklah kandungannya. |
Cara gunanya mudah sahaja. Picitkan sedikit gel tersebut ke tapak tangan, sapukan ke muka. Biarkan sehingga lima ke tujuh minit.Kemudian, gosokkan mask tersebut selama seminit hingga dua minit. Kemudian, basuh dengan air suam. Ingat, air suam tau. Jangan guna air biasa atau air sejuk. Kang tersumbat pula pori-pori kulit anda.
Kalau nak terus membuat scrub tanpa buat mask pun boleh. Tapi, tak boleh setakat pakai mask tapi tak buat scrub. Scrub is most important thing! Percayalah, wajah anda akan bersinar selepas itu. Glowing.
Kalau anda berkulit sensitif atau ada kemerahan, aku tak cadangkan guna produk ini sebab ianya scrub yang agak kasar. Tapi sangat dicadangkan kepada mereka yang mempunyai warna kulit tidak rata (bertompok-tompok) dan mengembalikan keserian kepada kulit yang kusam.
Topeng dan scrub gula ini membantu menyerap minyak yang berlebihan. Aku cadangkan guna sekali seminggu tetapi tidak boleh lebih dari sekali bagi yang mempunyai kulit kering. Manakala bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak, jarakkan dengan dua kali seminggu atau lebih jarang menggunakannya.
Ni la isinya.. Yang bersinar tu ialah gula |
Pengalamanku pakai Polishing Mask: Charcoal and Black Sugar
Mula-mula letak Polishing Mask: Charcoal and Black Sugar kat muka, aku rasa sedikit bahang. Mungkin sebab arang tu yang panas. Tapi sekejap sahaja. Tak ada hal lah kalau rasa suam macam tu dan sekejap sahaja.
Kemudian, aku tunggu lima minit macam tu, aku gosok gula-gula yang ada. Masa ini rasa berminyak. Aku terfikir, okay ke nanti sebab kulit wajahku dah sedia berminyak. Tapi, bila aku basuh dengan air suam, rasa berminyak tersebut hilang. Rasa licin sahaja kulit muka. Kemudian, aku lap dengan tuala dan tengok cermin. Wow, glowing! Bersinar dan makin cerah.
Aku pernah buat facial atau polish muka macam ni. Aku guna minyak zaitun dan gula halus. Best saja muka. Caranya tuang beberapa titis minyak zaitun di tapak tangan anda dan lumur pada muka. Gosokkan gula tersebut sehingga menjadi halus dan hilang di muka anda. Kemudian basuh dengan air suam.
Kesimpulan
Produk ini adalah murah tetapi berbaloi memilikinya. Harga pun murah berbanding produk lain yang jauh lebih tinggi. Orang kata alah membeli, menang memakai. Tapi bagi yang ini, harga murah tapi berbaloi-baloi.
Ayuh, bersinar dan berseri bersama Produk Freeman: Polishing Mask: Charcoal and Black Sugar!
Knapa galak kn 1 smgu je.xley pkai evryday cm facial cleaner ke.. lepas pkai 5 minit dia jd keras cm mask.or bleh trus bilas, pm
BalasPadamawak, biasalah mask (topeng) kan disarankan pakai seminggu sekali dua sahaja.
BalasPadamtapi mask ini saya pakai hari-hari. terpulang kepada individu.
Selepas pakai lima minit, tak jadi keras pun. Biasa sahaja. Gosokkan gula-gula yang ada dimuka itu. Kemudian bilas dengan air suam. Air suam tau, bukan air sejuk. Kalau tidak anda tidak merasai perubahan dan best pakai produk ini.
Trust me! =)
Awak pakai hari2 ke? Effect macam mana? Tak rosak ke kulit sebab kasar kan.
BalasPadamSaya tak pakai hari-hari. Saya pakai 3 hari sekali. Kesannya best sangat.
BalasPadamkasar? Tak adalah. Ia elok untuk membuang macam nasi-nasi putih di wajah dan melicin serta melembutkan kulit wajah.
Cubalah.
saya dh guna tp seminggu sekali sis.. apa pun mmg awesome 😍
BalasPadamDyg Norliana: Kan.. Memang best. Awesome. Kadang-kala rasa nak saja guna setiap hari. Tapi tak boleh, nanti kering sangat muka.
BalasPadamApa pun, best sangat bila sentuh muka yang tulus mulus.
Kalau dah pakai scrub ni lepastu nak pakai clay mask freeman yang lemon n mint tu boleh ke, atau tak perlu dah
BalasPadam